Muhasabah: Apa Maknanya Mengundi BN?
Apabila anda mengundi BN maknanya anda

1. sama-sama menyokong dan menegak kezaliman Buktinya: Berapa ramai tahan ISA yang merangka dan diseksa dalam penjara tanpa dibicara semata-mata pendirian mereka yang tidak selari dengan polisi
kerajaan tak kira sama ada pelajar atau ahli politik.

2. sama-sama memusnahkan ekonomi negara dengan hutang yang berbilion-bilion di belanjakan dengan boros dan untuk memperkaya kroni-kroni mereka. Buktinya: Pinjaman luar untuk kilang Perwaja akhirnya masuk dalam poket Eric Chia.

3. sama-sama bersubahat dalam merosakkan masyarakat dengan program maksiat. Buktinya:Pesta hiburan oleh artis yang diagung-agungkan oleh kerajaan dalam negeri atau luar negeri mendapat restu dan sokongan oleh kerajaan. Pesta Sure Heboh TV3 mendapat sokongan dari Menteri Besar. Anugerah Berita Harian kepada artis yang rosak akhlak mendapat publisiti meluas. Lihat corak hidup bebas mereka seperti artis Barat.

4. sama-sama mendokong sistem kehakiman yang haprak yang memilih muka untuk membuat keputusan. Hakim-hakim bertaraf berok boleh dibeli dengan pangkat dan wang ringgit. Buktinya: Kes yang paling klasik ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang yang tak belajar undang-undang pun tahu tidak bukti langsung tetapi disabit juga kesalahan kerana hakim berok tidak bermoral dan rasuah.

5. sama-sama menyokong sistem kepolisan yang hanya menjaga kepentingan tertentu dan menyeksa rakyat. Buktinya: Kalau orang UMNO buat laporan polis dengan segera ambil tindakan tetapi kalau orang lain ia masuk fail sahaja. Kalau yang berhimpun dan melanggar
undang-undang itu orang UMNO mereka tidak diambil tindakan. Tetapi jika orang lain akan disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia.

6. sama-sama membiarkan rasuah berleluasa tanpa tindakan.
Buktinya: Rafidah, Rahim Tambi yang terbukti ada kes tidak ditangkap. Pegawai kerajaan yang rasuah kecil-kecil ditangkap.

7. sama-sama menyokong menghina hukum Allah. Buktinya: Hukum hudud dipersendakan. Sunnah dihina. Ulama difitnah. Ajaran Islam diputar belit untuk menghalalkan tindakan kerajaan.

8. sama-sama menyamun hak rakyat Terengganu dalam royalti minyak. Buktinya: Bila rakyat Terengganu memilih Islam dengan segera royalti dirampas. Tetapi bila Sabah dikuasai PBS tidak pun di rampas royalti. Wang tersebut kemudian untuk memperkaya penyamun terbus UMNO yang muka tak malu.

9. sama-sama bersubahat dengan musuh Islam. Buktinya: Apa sahaja arahan zionis dan Amerika yang ternyata untuk menghapus Islam dituruti dengan rela hati oleh UMNO/BN atas alasan memerangi pengganas. Orang Islam yang cinta kepada Allah dan Rasulnya di
humban dan diISAkan kerana arahan musuh Islam No. 1, Amerika. Diciptalah Kumpulan Mujahideen Malaysia dan berbagai fitnah . Hingga pelajar yang kenal dengan pembuat bom pun dihumban dalam penjara. Tapi anak Dollah Bedawi yang ternyata buat komponen senjata nuklear bebas-sebasnya.

Nah..saya nak tanya Imam Firdaus (ustaz SUKOM), Dr Abdullah, Dr Masitah ( penceramah sex), Dr Munir ke mana ilmu agama yang kamu pelajari bertahun-tahun bila lulus sokong kezaliman semata-mata hanya mahu hidup mewah di bumi yang fana ini yang entah esok atau lusa Allah matikan kamu dalam keadaan bersekongkol dengan kezaliman yang kamu dokong. Apakah kamu ini tidak takut kepada hukum Allah nanti.

Kesimpulannya penyokong UMNO termasuk yang berpendidikan agama seperti mereka yang di atas hanya PERCAYA kepada Islam dan kekuasaan dan kebesaran Allah tetapi TIDAK YAKIN kepada Islam. Inilah perbezaan besar antara UMNO dan PAS.

- Dus Gur - 11.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN