SPR- Sial Punya Rashit
Oleh Dr Nologareng
Pada satu masa dahulu, gelaran dan anugerah biasanya selari dengan keunggulan peribadi mahupun jasa yang ditabur sehingga Sultan atau Negara memberi mereka anugerah. Era itu sudah lama berlalu dan mengesot pergi. Kini gelaran dan anugerah sudah menjadi satu mata pencarian dan sumber kewangan bagi Pegawai Umno dan keluarga DiRaja. Hanya segelintir sahaja yang memperolehnya secara yang patut. Manakala yang lainnya yang merupakan majority telah memperolehnya secara jual beli.

Parti Umno-BN mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang mendapat gelaran untuk disangkut di hadapan namanya. Oleh kerana wang sudah menjadi satu keperluan utama, maka ia juga adalah penentu kepada siapa gelaran akan melantun. Datuk boleh dibeli dengan puluhan ribu RM. Malah ada yang menjangkau ratusan ribu terutamanya di kalangan masyarakat Cina.

Tan Sri dan Tun pula adalah gelaran yang dianugerahkan oleh YDP Agong. Ianya adalah antara gelaran yang tertinggi nilainya. Akan tetapi ia digelar rakyat sebagai Tun Kepala Taik atau Tiang Seri kalau penerimanya jelas spesis yang haprak dan perosak.

Selain dari Tun Kepala Taik, kini TS Abdul Rashid boleh diletakkan sebaris sebagai manusia yang keji, pengkhianat demokrasi dan juga musuh negara yang sebenarnya. Segala tindak-tanduknya terutamanya dalam tempoh pilihan raya ini telah menyerlahkan ia sebagai khadam setia Umno-BN bagai seekor anjing kepada tuannya.

Ia kini menerima sumpahan dan caci maki rakyat seluruh negara. Tindakannya dengan restu Abdullah dan Mahathir telah mengensotkan demokrasi negara setahap lagi ke belakang sehingga dibenci orang.

Lenggok bahasa, raut muka serta ulasan cakap bodohnya menampilkan keangkuhan mereka yang berada di belakangnya. Hujahnya berdolak-dalik, sekejap hulur dan pada masa lain menariknya semula telah menjadikan Pilihan Raya Umum ke-11 sebagai yang terburuk dalam sejarah negara. Yang peliknya, keputusan pula memihak kepada BN! Apakah ada udang sebalik mee?

Secara rasminya, kini segala kejian, cemuhan dan seranah tertumpah kepada SPR yang diketuai SP (Sial Punya) Rashid. Walhalnya yang patut disalahkan dan dituding sebagai dalang adalah Perdana Menteri sendiri yang berkuasa penuh ke atasnya. Begitulah nasib manusia pengampu dan khadam sebegini. Ia mengingatkan saya kepada satu pepatah Kikuyu yang bermaksud- Orang yang mencuci bontot keldai, satu hari pasti akan kena tendangannya. Begitulah nasib yang menimpa TS Rashid yang tetiba menjadi bintang yang sial.

Penggunaan kaedah haram bagi memastikan kemenangan bukanlah perkara baru dalam Gagasan BN. Selain menggunakan kaedah halal melalui Gerrymandering sempadan pilihan raya, jentera gagasan itu dengan sekongkol SPR telah pula menghilangkan nama pengundi setempat sambil menjolok orang lain sebagai pengundi. Lebih dahsyat apabila senarai pengundi yang dijual kepada Barisan Alternatif tidak selengkap yang diberi kepada BN dan juga data milik SPR. Pengundi yang hidup dinafikan haknya manakala ada pula sekongkol BN yang mengundi bagi pihak si mati seperti di Perlis!!

Buta pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara, penipuan dibuat secara besar-besaran sehingga membolehkan Gagasan BN menang besar pula. Ia memang dilakukan secara terancang. Bermula dengan segmen memuji PM baru dengan pelbagai pendekatan dan isu. Manakala tempoh 100 hari kekuasaannya pemberian Tun kepala Taik telah dinobatkan sedemikian rupa oleh Najib dan media. Ia diperkukuhkan dengan aksi 12 ekor monyet politik yang melompat pergi seraya membuat bising betapa PM PakLah hebat orangnya.

Namun kejayaan yang dilakar oleh Pegawai-pegawai SPR yang kebanyakannya orang Umno yang diketuai SP Rashid menjadi keterlaluan pula. Kata orang lebih kuah dari sudu, sehinggakan ahli Umno sendiri pun tidak percaya mereka beroleh kejayaan yang begitu besar di Terengganu dan lain-lain tempat. Ianya menjadi aneh kerana mood rakyat masih lagi berpihak kepada barisan Alternatif yang lebih jelas dan telus itu. Kadar pengundian yang keterlaluan tinggi serta pola perubahan sokongan yang menjolok mata telah menjadikan rakyat membuka mata. Ada yang tak kena kata mereka. There’s something fishy…..atau I smell a fish!

Tatkala penyokong BA dan para pemimpinnya baru merungut dan mengumpul data, para pemimpin Umno-BN pula tetiba memarahi dan menegur SPR dengan pelbagai alasan dan tuduhan yang sebenarnya memang diarahkan mereka juga!! PakLah menyinga, Najib menyebuk, Ong Tee Kiat menggiat dan seterusnya mereka membuat bising sehinggakan terpantul Rashid sebagai bintang yang sial!!

Untuk beberapa tempoh yang lalu, Rashid memang sentiasa mencuci bontot Umno-BN. Ia adalah arahan yang perlu dipatuhi. Kita boleh saja mengatakan yang bukan tangannya secara terus melakukan kerja kotor itu. Adalah satu yang perlu diambil berat apabila ada dakwaan yang mengatakan musibat yang terlibat secara terus dalam penipuan ini ialah Setiausaha SPR yang bernama Wan Omar. Beliau memang seorang ahli Umno yang totok! Manakala syarikat yang menyediakan server bagi SPR pula berkait rapat dengan DRB yang DS Rasuah Aziz ada kepentingan dalamnya!

Kini SP Rashit telah tampil menjawab permasalahan dalam Pilihan Raya Umum lalu seraya mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan. Kalau perlu seluruh gerombolan akomplis dalam konspirasi yang menghenyak pembangkang secara tidak adil. Pemimpin negara yang mendapat mandat secara keji berlumba-lumba pula membuat aduan dan menakik SPR, seolah-olah bukan mereka yang berada di sebalik kekecohan itu.

Cukupkah dengan peletakan jawatan itu bagi menangani penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-11 ini? Kenapa agaknya media lebih bertumpu kepada kisah SPR yang serong itu, sedangkan ia memang selama ini bersikap begitu? Masalah sebenar ialah keputusan pilihan raya wajar dianggap haram dan perlu dibatalkan!! Kenapa agaknya isu sebenar itu dipendamkan sambil SP RaSHIT dijadikan seekor kambing hitam tua? PakLah dan akomplisnya memang menyedari masalah ini, lantas memesongkan dengan segera perhatian kepada SPR. Malah lebih ajaib apabila mereka sendiri yang lebih dahulu membalun dan mengutuk Suruhanjaya yang merupakan khadam setia mereka itu??

Dr. Nologareng- 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN