Nik Aziz Berbahasa Kadiarq Pula Menunjuk Bagak
Oleh Dr Nologareng
TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memanglah seorang politikus dan Ulama yang berwibawa. Itu adalah antara sebab kenapa Kelantan terus di bawah pemerintahan Parti Bulan Purnama walau telah digodam semahunya oleh parti kalah yang masih mahu menunjuk bagak.

Semasa disoal pemberita yang mahu bikin cerita, MB Nik Aziz telah dengan berhemah mengatakan yang kerajaan PAS mungkin kehilangan beberapa kerusi ekoran kegiatan kempen parti lawan. Beliau tahu bahawa itu adalah jawaban yang mereka mahu dengar dan rakyat tahu. TG memang sudah mahir dan masak untuk berhadapan dengan wartawan khadam pemerintah. Jawaban itu sekali gus menyebabkan mereka tidak berselera untuk menghembus sebagai isu murahan.

Manakala Menteri ‘bow-tie’ Kadiarg Sheikh Fadzir pula telah menjual temberang betapa kerajaan Pusat melalui Kementeriannya telah berjanji dan merancang untuk memperkasakan pelancongan di Kelantan, seandainya BN menang membentuk kerajaan. Sebelum kita terus ditipu oleh menteri buah kana itu, elok kita menilai tahap mana kah pelancongan di negeri Kelantan itu sendiri. Cuba kita melawat ketika musim cuti sekolah atau ketika Cuti Umum yang panjang. Anda akan tahu sendiri betapa sibuk dan rancaknya industri pelancongan di negeri tersebut. Apa yang cuba disogok Kadiarq adalah satu kelentongan murahan untuk mengisi ruangan di akhbar sahaja.

Bagi kita yang selalu bercuti dan merendek seluruh negara, Kelantan bukanlah sebuah negeri yang ketandusan pelancong atau perlu pembangunan seperti kelentungan Kadiarq itu. Tak usahlah dia nak berbohong untuk membangun Pasaraya bertaraf dunia atau mahu membina tapak ala ‘StarWalk’ bagi memacu pelancongan negeri itu! Tanpa jalanan sedemikian, jalanraya negeri itu sudah cukup sesak dan padat terutamanya ketika cuti. Kalu betul ikhlas mahu meningkatkan lagi pelancongan negeri itu, Kadiarq melalui Kementeriannya boleh sahaja membawanya ke negeri itu tanpa perlu bersikap seperti pengail yang cuba menipu ikan dengan umpannya. Itu sekiranya beliau ikhlas lah.

Mengambil kira konsep Persekutuan dan kerajaan negeri dalam Malaysia, rakyat perlu tahu bagaimana khianat dan kotornya permainan Menteri Pusat. Kita yakin yang rakyat Kelantan tidak terperangkap seperti mana ungkapan TG NIk Aziz betapa rakyat negerinya sudah mahir berpolitik- Mereka kenal antara intan dan kaca!! Memang benar rakyat Kelantan melihat pemimpin dan parti Umno seperti mana kaca yang telah dihumban mereka. Buktinya amat jelas. Kalau mengikut rentak akhbar tahun 1999, hanya TG Nik Aziz dan anak-beranaknya sahaja yang tinggal sebagai ahli PAS, akan tetapi Pilihan Raya Umum tahun itu telah menyedarkan pemimpin parti Umno itu akan hakikat sebenarnya. Dan hakikat itu adalah fakta sehingga ke hari ini. Kata setengah orang apabila melihat kemeriahan bendera UmnoBn sepanjang tahun itu sebagai kulit sahaja.

Menurut tinjauan saraf UmnoBn yang saban waktu ke negeri Kelantan menilai sokongan rakyat, hanya keajaiban atau pun MAGERAN sahaja yang boleh memulangkan negeri itu ke pangkuan Umno. Ini telah pun dibuktikan dalam tahun 1978 dahulu, apabila Ibrahim Ali dan para akomplis lainnya yang telah membakar tayar dan tong-tong sampah sehingga menjatuhkan kerajaan PAS atas alasan keselamatan dan huru-hara. Kita tidak tahu, apakah helah sebegitu bermain di kepala pemimpin Umno terutamanya apabila umum tersedar betapa PakLah adalah Setiausaha MAGERAN selepas peristiwa 13 Mei dahulu.

Sebenarnya bukan di Kelantan sahaja Umno kehilangan pengaruh oleh kesilapan rejim terutamanya era Tun Kepala Taik. Mana-mana negeri Melayu yang kuat pengamalan agama Islamnya dalam kehidupan, kedudukan Umno tergugat. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Utara Perak telah membuktikannya. Dan ramai pemimpin Umno terselamat dalam Pilihan Raya Umum 1999 oleh pengaruh undi hantu yang kita jangka akan lebih marak dan merebak dalam Pilihan Raya Umum kali ini. Tentu sahaja kali ini ianya akan dijalankan secara yang lebih professional sehingga orang tidak tahu dan kenal.

Kini Kedah dan Selangor serta sebahagian Perak pula sedang menunjukkan perubahan. Lagi teruk Barisan Alternatif digodam lagi meluas pula pengaruh Umno padam. Jika kena pada gayanya, Kedah mungkin akan rebah. Khabar yang diterima menunjukkan MB Syed Razak tidak berapa sedap apabila dikatakan Saifudin Nasution akan mencabarnya. Seperti mana juga Najib yang khabarnya diburu Ezam Mohd Nor, kedua pemimpin Umno itu menggeletar lututnya sehingga telah menghantar utusan untuk tawar menawar. Yang peliknya, ejen SB telah berjumpa dan memujuk YB Saifuddin dari menentang MB Pak Syed. Manakala Najib yang sudah pun selesa dengan ribuan pengundi hantu yang dimukimkan sekitar Pahang seperti dakwa akhbar Harakah! (TPM Najib tidak pun menyaman akhbar itu- maknanya benarlah tu)

Apabila Pilihan Raya Umum semakin hampir, akan banyak dan meriahlah tawar menawar atau umpan yang dihulurkan para menteri atau dia punya kaki ke dalam akhbar. Hakikatnya janji dan umpan dulu pun masih belum tertunai. Tetapi mereka apa peduli. Yang penting adalah untuk menguasai undi dan menjajah minda serta hati. Yang lain itu tolak ke tepi. Sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi!!! Setelah dapat kuasa, lain pula ceritanya. Muka mereka lebih kerap muncul dalam tv sahaja ataupun akhbar yang telah dieunuch mereka.

Itu lah yang telah dijual Kadiarq dalam akhbar kelmarin. Sekali pandang nampak hebat apa yang dibuatnya itu. Akan tetapi apabila kita memerhati dengan lebih teliti, hati kita akan menjadi geli kerana ia telah menawarkan sesuatu yang salah dan tidak kena pada tempatnya. Sekiranya  ia tawarkan kepada negeri Perlis baru lah nampak berhemah. Lagi pun siapa lah yang mahu melancong sekiranya sepanjang perjalanan Speedtrap menunggu untuk membaham? Lebih baik duduk dalam rumah sambil menabung.

Sambil itu terus berdoa semoga tiada anak cucu kita yang ditimpa penyakit jantung atau Biliary atresia. Ah! Itu satu tajuk yang lain pula.

Dr. Nologareng - 23.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN