Bila Pula TUN Nak Kena?
Oleh Dr Nologareng
Memang benar seperti kata ramai penulis rakyat yang menulis tanpa jemu betapa 100 hari PakLah bertakhta tidak pun menjanjikan apa-apa. Beliau dilihat lebih sebagai khadam Mahathir bedebah yang berambus pergi sahaja. Tempoh percubaan seratus hari yang dilalui lebih menyerlahkan ketidak-mampuannya berbanding kesungguhan untuk menunjukkan yang ia adalah seorang yang amat diharap untuk membawa perubahan kepada kerajaan dan negara.

Selepas 100 hari, ramai yang ternganga dan terpinga-pinga apabila akhbar dan pemimpin kerajaan berebutan untuk memuji PakLah dengan sakan. Najib mendahului dengan merawitkan rakyat sekali betapa PakLah telah berjaya dalam tempoh tersebut. Maka orang politik lain juga turut memeriahkan keadaan. Walhalnya Najib membuat kesimpulan nakal itu dengan berhujah daripada petikan ruangan akhbar pojok sahaja. Sesuailah dengan kelulusannya. Mungkin Najib sudah ketinggalan, semua orang tahu betapa ruangan sebegitu sudah lama dijadikan medan propaganda yang dikarang sendiri seorang dua wartawan.

PakLah dan jentera pemikirnya memang sedar akan kegagalannya untuk mencipta satu iklim baru jawatan Perdana Menteri yang sudah dirosakkan oleh ketuanya dahulu. Bukan suatu yang mudah untuk perbetulkan keadaan yang dirosakkan dalam tempoh 23 tahun. Itu pun jika ia berpendapat begitu. Lebih dahsyat lagi kalau ia hanya ingin meneruskan dasar yang ditinggalkan Bapa Pengkhianatan Negara itu tanpa mahu mengangkatnya kembali ke atas landasan yang betul.

Mengikut apa yang ditulis oleh Marhaintua, plan B jentera PakLah adalah untuk membuktikan betapa ia memang berazam hapuskan rasuah dalam pentadbiran negara. Dua Tan Sri disogokkan secara berturutan, Eric Chia dan juga Kasitah Gadam. Jika acuan yang serupa mahu dikenakan dalam sedikit masa lagi, banyaklah kekosongan yang berlaku dalam kabinet kerajaan hari ini. Rafidah Aziz akan mendahului senarai yang kemudiannya diikuti pula oleh Samy Vellu. Apa yang pernah diungkitkan oleh mantan TPM dulu, DS Anwar Ibrahim akan turut menyeret Rahim Thamby Chik. Malah Khalil Yaakob, Khir Toyo juga kecut perut.

Pemerhatian yang dibuat oleh Marhaintua (Mr. Clean Sudah Jadi Mr. Kelentung?) berkenaan sama ada peralihan strategi membanteras rasuah PakLah itu mendapat restu Mahathir atau sebaliknya memang mempunyai komplikasi tersendiri. Ini kerana sekiranya lebih ramai jerung politik yang dipukat, bermakna tarikh Tun terseret semakin dekat. Soalnya beranikah PakLah melakukan tugas berat itu?  Sekiranya PakLah cuba bermufarakah dari tali pusat Tun Mahathir dan loyalis yang bersarang dalam kabinetnya, ia sedang bermain dengan api yang pasti membakar.

Sebelum kita menolak kebimbangan yang dibuat oleh Marhaintua akan bala yang menanti PakLah, elok kita renungi kembali akan 7 kejadian cubaan bunuh ke atas DS Anwar Ibrahim yang bermula dengan brek kereta yang diputuskan sehinggalah kepada, helikopter terhempas milik TS Yahaya, cerita sadis ‘Lebam Mata’ dan keracunan arsenik!! Memang PakLah dalam bahaya sekiranya ia terus bermain dengan api rasuah yang tentu sahaja akan mengarah kepada lelaki tua yang berkuasa di Putrajaya Holding dengan gaji sekitar RM100,000 sebulan! Kita katakan demikian kerana hampir segenap bisnes dan dunia niaga di BSKL bersangkutan dengannya. Sekali gus Tun bedebah itu mempunyai rangkaian ekonomi yang jitu, berkuasa untuk mengugut dan dikelilingi para loyalis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk terus bernyawa. Apatah lagi sekiranya tindakan BPR yang semakin galak itu menanti sahaja untuk menyeret mereka.

Setakat hari ini, taraf tindakan BPR lebih kepada operasi wayang kulit sahaja. Pertuduhan dan juga perjalanan perundangan setakat ini hanya untuk menjulang imej PakLah yang semakin lelah itu. Adalah menarik untuk direnung bagaimana sepatutnya DS Anwar yang dipenjara secara haram itu perlu dipanggil sebagai saksi pula dalam kes Perwaja kerana beliaulah orang pertama yang mendedahkan penyelewengan yang menapuk hutang lebih RM13 billion itu. Sehingga hari ini Anwar tidak pun dipanggil untuk soal-siasat. Kenapa agaknya?

Menarik juga untuk direnung kenapa agaknya daripada berpuluh fail yang melibatkan jerung seperti Rafidah Aziz, Rahim TC hanya spesis Eric Chia dan Kasitah Gadam sahaja yang baru kena. Dalam kes Perwaja yang lebih ditumpu orang ialah Tun sendiri bukannya Eric Chia apatah lagi apabila beliau sendiri mendakwa telah diperkenan oleh Tun Kepala Taik dalam setiap tindak tanduknya dahulu. Lagi pun buat apalah mengetuk gendang soal RM75 juta sedangkan yang lesap adalah sekitar RM13 billion!!

Memang semakin ramai menteri dan pembesar yang kecut perut. Siapa yang makan cili tentu terasa pedasnya. Rafidah Aziz dikatakan terlibat dalam rasuah apabila ia berada dalam satu mesyuarat meluluskan pemberian saham ‘pinkform’ kepada anak menantunya. Beliau terpaksa duduk dalam majlis itu sedangkan ia tahu itu merupakan satu kesalahan, kerana telah disuruh PM lalu - Tun Kepala Taik Dr Mahathir. Rafidah ketika itu sebagai khadam juga untuk memastikan yang anak lelaki Mahathir turut mendapat habuannya. Begitulah caranya mereka menjaga Hak orang Melayu dalam ekonomi dengan membolot untuk anak-pinak mereka sahaja.

Banyak penyelewengan yang melibatkan Bilionan RM telah dilakukan oleh Mahathir bedebah secara penuh muslihat. Antaranya ialah dengan kaedah tender anugerah terus yang tentu sahaja dinaikkan nilai harganya untuk disauk kembali kemudiannya. Ada yang digunakan untuk memenuhi kantung pilihan raya, ada pula yang telah disedut untuk peribadi sahaja. Adalah menarik untuk direnungi betapa jumlah wang Petronas sebanyak RM250 Billion lesap begitu sahaja tanpa dapat diterangkan ke mana perginya. Berpuluh billion RM yang lainnya hangus bersama dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Kepala Taik.

Khabarnya ada 18 nama perasuah yang menunggu giliran untuk diseret bagi menghiasi kempen pilihan raya ini. Akan tetapi agak aneh pula apabila Dr Rais Yatim tetiba mengecilkan skop yang akan ditangkap BPR dengan cara mengatakan ketiadaan bukti perlu. Apabila kita membariskan nama-nama mereka itu, ada satu persamaan yang sungguh ketara antara mereka. The patrone! Penaung. Mereka dinaungi oleh musibat yang sama sebelum ini. Siapa? Tun Ehem-ehem…..

Lalu kita pun menyoal:- Bila Pula Tun Nak Kena???

Dr. Nologareng - 18.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN