MANIFESTO 2004:
Pendidikan dan Rawatan Perubatan Percuma
Oleh Dr AQ
PENULISAN INI ADALAH HASIL PERKONGSIAN PENDAPAT DARIPADA BEBERAPA KENALAN, BACAAN, PENDENGARAN DAN ILHAM TUMBUH  DARI TAPAK ILMU YANG SEKEDARNYA. SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG ISLAM KHASNYA DAN MANSUIA AMNYA.

          Tahun 2004 lebih menonjol manifestasi gejala dan penyakit yang timbul dari sistem kehidupan sebelumnya. Manusia dan alam bertindak begitu rupa, sehingga jutaan mati dalam keadaan ngeri  akibat daripada keganasan manusia sendiri: jutaan menderita sakti ganjil. Ramai yang jadi gila: ratusan anak jadi buta akibat tembakan peluru getah: ribuan orang di beberapa negera Islam yang kudang kaki dan dan kudung tangan diakibat bom. Perancangan perang dan “sembelihan” terus berlaku.  Bilangan manusia gila bertambah dari hari ke hari. Sistem ekonomi yang tidak menentu menekan kehidupan. Kapitalis di bawah pengaruh falsafah hidup kebendaan menyumbang kepada keganasan. Justeru mengejar “wang” maka  babi juga jadi gila akibat daripada makanan yang tidak “natural”: lembu jadi gila dan terkini burung, terutama ayam pun”gila”.

           Gila-gila bukan lagi dengan pengertian “tekun dan bersungguh”, tetapi ia dalam konteks “jamak”. Keadaan sudah terlepas dari kawalan -“out of control” di sana sini.

      Kabar dan berita yang negatif  memberi soalan yang sukar dijawab :

Siapa lagi yang boleh kita memberi kepercayaan penuh?
Politik untuk kesejahteraan mansuia?:
wakil rakyat untuk bercakap “gila-gila” tentang nasib rakyat?:
pejabat kerajaan “gila-gila”untuk mentadbir dengan baik dan segera?:
mahkamah “gila-gila”untuk mengadili dengan bijak, saksama dan berdasarkan “kebenran”?;
penguam “gila-gila” untuk membela undang-undang atas dasar bukan sahaja keadilan tetapi kebenaran?: semua “gila-gila” memperlihatkan kesungguhan !.
apakah bank dapat  terus menjamin wang disimpan dengan selamat?:
security untuk simpan saham dengan selamat?:
apakah rumah sakit untuk cari pesakit dan bukan cari wang?:
apakah sekolah dan universiti untuk memberi ilmu atau cari wang?;
siapa pula kawal ilmu dan semua profesor?:
apakah ilmu untuk ilmu? dan ilmu untuk kehiudpan mansuia di dunia dan akhirat?;
apakah ilmu jadi alat syarikat untuk membuat “penyelidikan” produk mereka?:
wang cari ilmu dan ilmu untuk cari wang?;
siapa percaya kepada  siapa? siapa kawal siapa?
apakah polis untuk menlindungi undang-undang atau cari salah sahaja?:
apakah terjamin ayah dan ibu untuk menjaga anak?:
apakah guru untuk mengajar  ilmu demi kebaikan murid?:
apakah alim-ulama berkewajipan mempertahankan syariat?:
apakah tanah untuk pohonan dan tempat tinggal yang selesa dan muruh?:
apakah tanah dibolot oleh syarikat dan bank orang luar?
apakah air untuk mansuia, haiwan dan hidupan laut bernyawa?:
apakah api dan elektrik untuk hidupan yang ringan, murah dan selesa?:
apakah angin-komunikasi untuk hubungan kehidupan mansuia segera dan ringan (murah)?:
Siapa penghulu dan pengikut yang membolot tanah air , air, api dan angin?;
Apakah nombor rakyat 000?

Siapakah yang mengawal (control) setiap bidang kehidupan mansuia dalam sesuatu masyarakat atau negara, malahan “setengah atau seluruh dunia” ini? Seorang? beberapa orang? syarikat gergasi? orang atau negeri luar? orang dalaman? syarikat tertentu? kolektif rakyat sendiri? siapa yang jadi alat? : orang politik? : kakitangan pemerintah?  siapa yang memerintah pemerintahan? siapa perintah perintahan? Siapa yang menalai penilai? Siapa yang menghakimkan hakim?

Puluah malahan ratusan isu dan soalan yang boleh diketengahkan sekarang. Dan semeangnya “mereka” akan menjawab. Ada soal ada jawab dan ada alasan. Lihat sahaja apa yang berlaku di keliling kita dan di luar negara.

UNTUK DASAR KEHIDUPAN YANG PRAKTIK MAKA PERJUANGKAN  KEBEBASAN  : “Free Education and Free Medical”

TIDAK PERLU BAYAR WANG SEKOLAH HINGGA SETINGGI MUNGKIN: DAN TIDAK PERLU BAYAR PERUBATAN.

JANGAN SEBUT ALASAN YANG BERDOLAK DALIK. JANGAN SEBUT FASAL “KETIADAAN DANA”.

JANGAN MELENCUNGKAN ISU KEPADA PERKARA LAIN.

INI ADALAH SOAL POKOK, SOAL DASAR BAGI KEHIDUPAN MASYARAKAT UNTUK MEMBANGUN.
JIKA INI DIPERJUANGKAN DARI DAHULU MAKA SEKARANG TIDAK TIMBUL SOAL KEMISKINAN DAN KELEMBAPAN MASYARAKAT.

MENGAPA ABAIKAN HAL TERSEBUT SELAMA INI?
Lihat dalam zaman penjajahan pun anak diwajibkan bersekolah dan “mereka itu” yang jadi pemimpin diberi biasiswa: dan “hospital free” bagi rakyat ! Kalau mereka tidak dapat biassiwa, apa mereka sudah jadi sekarang?  kerja apa, woi...?  Maaf.

Insaya Allah bersambung.

Dr. AQ - 06.02.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN