Pilihan Raya Umum 2009
Oleh Ditus
Sekiranya BA ingin menyertai pilihan raya 2009 dengan berkeyakinan ianya adil dan saksama maka langkah-langkah ini patut di fikirkan. Saudara tentu boleh memikirkan impak dan implikasi di sebalik cadangan ini. Di sebalik peranan media, SPR, JPN, Polis dan sebagainya yang diketahui membantu pihak yang BACOL yang ingin memerintah dengan cara mudah seperti ingin kaya mudah melalui nombor ekor.

1.  Hari pembubaran PARLIMEN tidak ada teka-teki, mesti tetap seperti 21 OGOS 2009 diumumkan 6 bulan awal. Kenapa perlu berteka-teki dalam pembubaran PARLIMEN kerana rakyat yang menentukan dan menjadi KERAJAAN. Jadi rakyat mesti mengetahui lebih awal tarikh pembubaran dan pilihan raya yang akan di adakan. Rakyat yang patut menilai dan meneliti siapa yang bakal mereka pilih. Sedangkan hari perayaan tertentu telah ditetapkan tarikhnya, itu Cuma untuk membuat persediaan dan berhibur, inikan pula untuk membentuk kerajaan dan membawa hala tuju Negara.

2.  Daftar pemilih mesti/wajib disahkan dan ditandatangani oleh semua ketua parti yang ingin bertanding DAN  Pengerusi SPR iaitu 6 bulan sebelum penamaan calon dan daftar ini mesti di guna pakai untuk hari pengundian yang akan di jalankan. Ini termasuk tempoh bangkangan terhadap daftar pengundi. Setiap daftar pemilih diserahkan kepada parti dan pengerusi parti negeri akan juga menandatangani daftar pemilih tersebut yang mana HANYA DAFTAR PEMILIH YANG DI TANDATANGANI OLEH KETUA PARTI, PENGERUSI PARTI NEGERI DAN SPR NEGERI DI PAMERKAN PADA HARI MENGUNDI.

3.  Daftar pengundi di kategorikan mengikut TAHUN KELAHIRAN. Contohnya bagi yang layak mengundi bagi tahun 2009 ialah seperti berikut:
1988 - 1979  Muda
1978 - 1969 Pertengahan
1968 – 1959 Dewasa
1958 – Ke bawah  Warga Emas

4.  Masa pembuangan undi ditetapkan selama 3 hari dari jam 0800 hingga 1700 petang dan dikira terus jumlah pada hari tersebut dan tidak diperap kertas undi untuk menunggu selesai proses pengundian selepas 3 hari. Pada hari ke-3 mengundi baru ditotalkan jumlah undi tersebut. Ini memberi peluang kepada semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

5.  Berdasarkan perkara 3 dan 4 di atas, tempat pembuangan undi mesti dikurangkan dari yang ada sekarang  kepada maksimum 3 tempat sahaja bagi satu parlimen iaitu hanya 1 kawasan mengundi bagi satu DUN dan tidak lebih. Bukankah semasa pilihan raya kenderaan parti berkeliaran mengangkut pengundi? Kerana tempat membuang undi dihadkan maka masa dilanjutkan kepada 3 hari.

6.  Berdasarkan perkara 3, 4 dan 5 maka saluran pengundi di tambah kepada yang sepatutnya.

Ditus - 12.04.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN