Timbalan Pengerusi Tetap Umno 
Wasiat Anak Buah Undi Bulan (BA)
Bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Kuala Selangor juga selaku Ketua Umno Cawangan dan Ketua Kampong Permatang diberitakan telah berpesan agar anak dan kaum keluarganya mengundi calon Barisan Alternatif (Pas-keADILan).

Hj. Mohd Ariff Jamaluddin telah meninggal dunia secara mengejut pada malam 10 Mac lalu. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Permatang pada petang 11 Mac 2004.

Apa yang menarik, Allahyarham tatkala hayatnya merupakan penyokong kuat dan fanatik Umno. Namun seminggu sebelum meninggal Allahyarham Mohd Arif telah memanggil seorang anak buahnya (wanita) di Kampong Tanjong Keramat Kuala Selangor ke rumah beliau.

Wanita berkenaan juga merupakan AJK Wanita Umno Cawangan Tanjong Keramat merasa terkejut apabila Mohd. Arif berpesan kepadanya: “Isteri saya sebagai saksi, mulai saat ini saya telah mengarahkan anak buah dan kaum keluarga saya agar mengundi calon BA (Pas dan keADILan) bila p/raya nanti.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dipanggil sebagai Kak Nah berkata: “Saya tak sangka itu merupakan pesanan (wasiat) terakhir Allahyarham. Pada mulanya saya menjangkakan itu hanya gurauan tetapi rupanya luahan hati terakhir beliau sebelum kembali ke pangkuan Illahi. Insya Allah selaku anak buahnya saya ingat wasiat beliau dan tidak ragu-ragu akan sokong BA.”

Mudah-mudahan Allah swt mengampuni segala dosa Allahyarham. Setidak-tidaknya di akhir-akhir detik kehidupan ini hatinya telah terbuka untuk menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab kepada kaum keluarga dan anak buahnya bukan setakat di dunia malah sampai akhirat.

Bagaimana pula dengan anda yang masih hidup, berilmu, berharta dan bergelar Ustaz, Imam, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampong, JKK serta macam-macam lagi, tetapi masih mahu diperhambakan oleh Umno BN!

Berubahlah atau anda terpaksa menerima cemuhan anak cucu di saat-saat sepatutnya mereka mendoakan kesejahteraan anda di alam barzah nanti!

Al-Fatihah untuk Allahyarhan Hj Mohd.Ariff Jamaluddin!

- Dollah Dagang  - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN