100 Hari Berkuasa: Dolah Hilang Maruah, Ibu Dan Perikemanusiaan
“Imam Umno itu bukan sahaja telah kehilangan maruah bahkan ibu dan perikemanusiaan!”Hanya itulah ungkapan yang paling sesuai untuk dilafazkan sebagai `sanjungan` sempena genap 100 hari beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada seorang diktator bernama Mahathir.

Abdullah diragut maruahnya secara terang-terangan di hadapan para pembesar dan teknokrat negara serta rakyat jelata apabila diktator tua Mahathir mengisytiharkan Najib sebagai TPM pada 6 Januari, kemudian dituruti dengan rombakan kabinet pada keesokan harinya juga atas perintah situa bangka itu.

Beliau juga telah hilang perikemanusiaan apabila tidak`merasai apa-apa langsung` terhadap tindakannya terus menyiksa Dato` Seri Anwar Ibrahim, menahan 5 daripada 13 orang bekas `pelajar Pakistan` di bawah ISA dan melonjakkan dua tahun lagi tempoh penahanan 13 orang dituduh sebagai`teroris` yang sepatutnya tamat 6 Februari lepas. Sebelum itu beberapa orang lagi menerima nasib yang sama termasuk Nik Adli anak MB Kelantan.

Walaupun Abdullah dikatakan begitu sedih sehingga hampir-hampir kekeringan air mata (jangan air mata buaya sudahlah) meratapi kepergian ibunya, tetapi beliau sedikit pun tidak menampakkan minat untuk mematuhi pesanan siibu tatkala Abdullah mengunjunginya sehari selepas pelantikan beliau sebagai PM: “Kerja baik-baik, jangan selalu berbangga diri (zalim dan berlagak) dan ingat-ingatlah orang bawah.”

Mungkin dalil-dalil di atas akan diremehkan oleh sesetengah golongan untuk menjustifikasikan kemampuan Abdullah sebagai PM di sepanjang tempoh 100 hari itu. Terpulanglah kepada mereka!

Apa pun jika maksud keadilan -meletakkan sesuatu kena pada tempatnya- dijadikan sorotan, sesiapa pun tidak akan ragu-ragu lagi untuk menobatkan Abdullah sebagai penzalim yang tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Mahathir.

Itu belum lagi disenaraikan banyak lagi kejahatannya termasuk bersekongkol menyaman Allah swt di mahkamah yang dihakimi oleh seorang Punjabi non-Muslim, bagi menghalang pelaksanaan hukum Hudud, Qisas dan Takzir.

Perihal retorika dan pembebelan Abdullah untuk memerangi rasuah, saranan supaya semua pihak baik di dalam parti mahu pun kerajaan supaya melapor dan bercakap yang benar-benar sahaja jangan berbohong, keazamannya untuk mempertingkatkan kredibiliti dan integriti pelbagai agensi kerajaan serta banyak lagi `idea-idea` baiknya, bolehlah ditakrifkan sebagai pengelipur lara jua. Sekadar bermanis-manisan di bibir, pelaksanaannya jauh sekali. Hanya temberang semata-mata!

Abdullah terbukti lebih ghairah membebaskan penjenayah paling ganas Jackie Chan rakan baik Presiden MCA Ong Ka Ting daripada Pusat Tahanan Simpang Renggam, setelah ditahan di situ selama setahun. Sedangkan kes-kes jenayah besar yang dilakukan oleh ketua MCA Cawangan Jalan Gurney, Pulau Pinang itu cukup lengkap dengan segala bukti untuk diheret ke muka pengadilan.

Barangkali Abdullah selaku Menteri Dalam Negeri melepaskan pembunuh paling sadis itu di atas pertimbangan bahawa beliau memerlukan khidmat Jackie Chan untuk menyusun semula gangster-gangster di bawah jagaannya bagi menjalankan kerja-kerja kotor untuk mempastikan Pulau Pinang sifar pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Bukan sahaja di Pulau Pinang, malah Jackie Chan diberitakan mempunyai rangkaian gangster yang cukup brutal di mana-mana sahaja. Tidak mustahil potensi yang ada itu akan dimanfaatkan untuk menakut-nakutkan pengundi kaum Cina keseluruhannya supaya tidak memihak kepada pembangkang!

Keberkesanan aksi Jackie Chan dan gangster-gangster itu telah terselah pada p/raya umum 1999 apabila DAP kalah teruk di Pulau Pinang dan di tempat-tempat lain yang sebelumnya menjadi kubu kuat parti Lim Kit Siang itu.

Anwar Ibrahim Wira Rakyat dan tahanan-tahanan ISA yang dizalimi itu, kesemua mereka berbangsa dan seagama dengan Abdullah. Segala tuduhan yang dilemparkan untuk menghalalkan penyiksaan berterusan kertas mereka hanyalah tohmahan jauh daripada kebenaran.

Manakala Jackie Chan yang amat terkenal dengan keganasannya bukanlah seagama dan sebangsa dengan Abdullah, lantas faktor apa yang mendorong beliau mengampuni segala dosa-dosa besar `Bapak Gangster MCA` itu?

Sebenarnya Abdullah dewasa ini sedang diperkuda-kudakan oleh Ong Ka Ting secukup-cukupnya, kerana Presiden MCA itu cukup faham bahawa tanpa sokongan kaum Cina Umno akan bungkus, tambahan pula Abdullah itu sendiri lembik senang digertak.
 
Bayangkanlah jika permintaan Ong untuk membebaskan Jackie tidak dihampakan oleh Abdullah, apatah lagi kalau MCA mendesak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya, sudah tentu akan dilayani oleh Abdullah.

Jika diamat-amati sekarang pun, seolah-olah status Bumiputera itu sudah beralih tangan daripada kaum Melayu kepada kaum Cina.

Seratus hari pemerintahan Abdullah sikit pun tidak membawa apa-apa makna terhadap sebuah peralihan kuasa. Imej Umno-BN tetap unggul bersama-sama kehaprakan Mahathir.

Abdullah dilihat sedang bertungkus lumus menyolek (make-up) kehaprakan itu supaya tidak lagi  kelihatan seperti Mahathir. Itu sahaja yang mampu dibuatnya.

Seratus hari pertama akan berlalu besok 8 Feberuari, apakah seratus hari kedua akan menyaksikan Abdullah kehilangan lagi? Khabarnya Hendon Mahmud yang tidak kelihatan pada hari pengkebumian Allahyarhamah Datuk Khailan, berada di Australia untuk meneruskan rawatan kanser payu daranya.

Anak lelaki tunggal Abdullah pula sedang terjebak di dalam isu `serombong centrifugal` komponen senjata nuklear. Scope anak syarikat Scomi Sdn Bhd. milik Kamaludin jelas dikesan terlibat menghasilkan komponen tersebut untuk dihantar ke Libya pada tahun lepas.

Bolehkah Abdullah bertahan jika ditakdirkan kedua-duanya pergi, seorang meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan seorang lagi pula mungkin diberkas untuk disoal-siasat oleh agen-agen keselamatan USA kerana disyaki bersyubahat menghasilkan komponen senjata nuklear.

- Dolah Dagang  - 07.02.2004 (suntingan M@RHAEN)
HarakahDaily: Jackie Chan: KDN Dipengaruhi Pertimbangan Politik?
BN Membela Penjenayah: Kerajaan BN Cuba Sembunyikan Sesuatu (Terbitan Semula)
BN Membela Penjenayah: Kes Jackie Chan Penyelesaian Ala-Hollywood? (Terbitan Semula)
BN Membela Penjenayah: Tiada Hubungan Antara MCA-Kongsi Gelap? (Terbitan Semula)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN