Penayangan Tragedi Memali dan Taksub:
RTM Semakin Disesatkan!

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Malang sungguh nasib Kementerian Penerangan apabila dikuasai oleh dua "Mamak Haprak" yang bagi Cucu tidak layak langsung untuk bergelar Ahli Parlimen apatah lagi menjadi Menteri. Entah kenapalah sejak akhir-akhir ini kajian demi kajian dibuat menunjukkan rakyat di negara ini lebih gemar menonton saluran TV swasta daripada saluran RTM? Maka, dipendekkan cerita, puak-puak mangkuk hayun ni pun buatlah kajian kononnya siaran RTM tidak bermutu.

Cucu nak tanya kat dua mamak terbabit iaitu Mamak Kadiaq (Datuk Kadir Sheik Fadzir) dan Mamak Maydin (Zainuddin Maidin), Apa betul rancangan RTM tak berkualiti? Ataupun rakyat marhaen semakin hari semakin meluat dan nak termuntah-muntah menyaksikan adegan-adegan yang memualkan disajikan oleh RTM sejak akhir-akhir ini.

Angin tiada, ribut tiada .... tiba-tiba ajer pokok bergoyang dibuat dek kedua-dua mamak RTM ni. Pilihan raya dah tamat, sudah terang lagi bersuluh UMNOCINO / Be End kononnya mendapat mandat majoriti rakyat untuk meneruskan pemerintahan di negara ini. Maka yang kalah pastinya pihak pembangkang terutamanya PAS, Keadilan, DAP dan lain-lain parti ikan bilis. Seantero dunia sudah tau bahawa puak UMNOCINO dan Be End menang bergaya menewaskan pembangkang dengan pukulan TKO.

Tapi, tiba-tiba selepas dua bulan berlalu ... RTM di bawah pimpinan Mamak Mangkuk Berayun ni dah kembali buat adegan haprak kat kaca TV untuk ditonton oleh rakyat Malaysia. Bermula dengan pemaparan "Tragedi Memali" , yang mana terguris hati Cucu bila membaca "Kronologi Memali - Rahsia PDRM". Seingat Cucu apa yang berlaku kepada as-Syahid Ibrahim Libya hampir sama kejadian yang menimpa nenek-moyang Cucu Pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah dan beberapa yang lain di kampung Cucu Pulau Tawar, Jerantut Pahang pada akhir abad ke-20 dulu. Maknanya pertumpahan darah yang berlaku di Kg. Memali sebenarnya sudah berlaku di kampung Cucu 100 tahun yang lalu. Cuma ketika itu pasukan polis tidak mempunyai kelengkapan seperti hari ini. Mereka hanya menggunakan senapang patah sahaja. Justeru itu maka as-Syahid Ibrahim Libya juga boleh dinobatkan sebagai pejuang Islam (Melayu) yang ingin mendaulatkan Islam dan mempertahankan tanah air, bukan seperti yang dikatakan oleh kerajaan bahawa beliau adalah penjenayah. Inilah juga yang berlaku kepada Mat Kilau, beliau dikatakan penderhaka oleh kerajaan yang telah dikuasai oleh Inggeris ketika itu. Cuma hari ini, kerajaan dikuasai oleh mentaliti penjajah (Inggeris). Semoga apa yang berlaku di Memali akan terus dikenang selamanya.

Persoalannya kenapalah RTM menayangkan kembali "Tragedi Memali" dan terbaru ditayangkan kembali kisah Al-Arqam, atas tajuk "Taksub". Apa yang Cucu tahu semenjak Ustaz Asaari dihantar ke Pulau Labuan dan pertubuhan Al-Arqam diharamkan, maka tidak kedengaran pula ia masih aktif atau kerajaan perlu untuk memaparkan kembali adegan taksub tersebut kononnya untuk menyedarkan seluruh rakyat supaya tidak terlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin tertentu !!!. Cucu naik pening dibuatnya, apakah motif sebenarnya pemaparan adegan ini di kaca TV sebenarnya?

Risik punya risik, maka Cucu dapat membuat kesimpulan dan firasat Cucu bahawa kedua-dua adegan itu ditayangkan bagi merintis jalan supaya rakyat Malaysia tidak terlalu taksub kepada pemimpin mereka. Ini lebih ditujukan kepada pihak pembangkang seperti PAS dan Keadilan sebenarnya. Mungkin selepas ini akan dikaitkan pula dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Hj. Hadi Awang dan sebagainya. Kononnya ahli-ahli parti pembangkang terlalu taksub menyokong pemimpin mereka, walaupun parti kalah dalam pilihan raya tetapi masih tidak mahu menyokong UMNO, yang bagi mereka parti yang dapat membela agama, bangsa dan negara. Inilah sebenarnya perancangan jahat yang akan dibuat oleh si mamak dua orang kat RTM ni !!!

Justeru itu Cucu amatlah berharap agar seluruh rakyat terutamanya para pejuang Islam dan keadilan agar berjaga-jaga dengan tipu muslihat UMNOCINO/Be End selepas ini. Penayangan tersebut juga adalah bagi menarik perhatian Amerika Syarikat, bahawa kerajaan Malaysia serius dalam menangani pengganas dan militan di negara ini. Cucu amat risau, atas desakan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan parti pembangkang terutamanya PAS dan Keadilan sebagai puak Militan dan akhirnya pengganas maka ia membuka ruang untuk Amerika menyediakan tapak ketenteraan mereka di negara ini bagi menghapuskan apa yang dikatakan pengganas terbabit. Ini jelas dapat dibuktikan bila YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib secara terbuka mengatakan PAS adalah parti militan, dan rakyat Malaysia memberi kemenangan besar kepada Be End setelah tidak setuju dengan cara militan PAS. Sedangkan pihak pembangkang di negara ini tidak pernah mengadakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan sebenarnya, dan terus secara profesional memartabatkan amalan demokrasi dengan menyertai setiap pilihan raya yang diadakan dulu, kini dan selamanya.

Apa yang penting kepada kita sekarang ialah tidak melatah dengan apa yang sedangkan kita saksikan hari ini. Tetapkan perjuangan dan semangat bagi meneruskan cita-cita kita untuk memerintah Malaysia menerusi amalan demokrasi, dan bukannya secara kekerasan. Maka langkah menayangkan tragedi Memali dan Taksub Al-Arqam sebenarnya semakin menyesatkan RTM itu sendiri dari terus diterima oleh segenap lapisan rakyat !!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

p/s Sila lawati web Cucu di http://cucumatkilau.cjb.net

Terbitan Semula M@RHAEN: Kronologi Memali - Rahsia PDRM

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
http://cucumatkilau.blogdrive.com/
cmk_pahang@yahoo.com - 10.06.2004 - 9.00 pagi (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: