Etika Rasuah: Puak UMNO Cakap Tak Serupa Bikin!

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alahai geli geleman Cucu melihat kelibat orang kuat Lembaga Displin UMNO Haprak, Tengku Ahmad Rithauden kat TV3 Suku malam tadi (19/5/2004). Dengan imejnya yang dah separuh abad, beliau mengeluarkan kenyataan supaya semua ahli UMNO yang ingin bertanding atau menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan AJK Cawangan dan bahagian UMNO tidak lama lagi agar tidak menggunakan pengaruh WANG untuk memancing undi. Dalam erti kata lain "RASUAH" lar tuu... Hairan Bin Ajaib betul bila TV3 Suku memaparkan kandungan etika parti UMNO Haprak, yang antara lain tidak mahu ahli-ahlinya terlibat dengan rasuah. Lucu..lucu !!
 
Sejak bila pulak termaktub dalam etika parti Haprak UMNO ni soal rasuah ? Agaknya sejak Pak Lah menggambil alih jawatan Memanda Menteri dari Mahathir , tak pun lepas menang besar dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu. Yang lebih melucukan kata Tengku Ahmad Rithaudden kononnya parti itu tidak mahu gejala rasuah berlaku dalam parti, kerana parti menolak bulat-bulat rasuah katanya.
 
Memanglah nyanyok agaknya orang tua ni !!! Parti UMNO memanglah tak buat rasuah..Tapi yang buat rasuah ialah si mangkuk hayun yang memimpin parti tersebut, baik diperingkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan. Bak kata nenek-moyang Cucu, "RASUAH" ni dah jadi "Darah-Daging" puak-puak UMNO Haprak ini sejak dulu, kini dan selamanya. Justeru itu mana mungkin ada orang yang tergamak mengharamkan rasuah dalam UMNO. Kalau adapun dulu-dulu, macam YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.. yang cuba nak membersihkan parti UMNO Haprak dari gejala rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Tapi , akhirnya apa yang berlaku terhadap Hamba Allah itu ??
 
Lantaran itu, boleh percayakah kita yang UMNO menghalang ahli-ahlinya daripada menggunakan wang untuk memancing undi dalam pemilihan UMNO tak lama lagi. Cucu bukannya baru sekarang kenal dengan spesis UMNO Haprak ni... Seingat Cucu, rakan karib Cucu yang cuba mempertahankan dirinya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang mengatakan telah kehabisan RM120,000 semata-mata untuk membawa ahli-ahli pemuda berfoya-foya dan berjoli sakan selama seminggu di salah sebuah resort terkemuka di Kuantan. Walaupun dah habis duit sebanyak itu, yang sedihnya rakan karib Cucu nii akhirnya "masuk angin keluar asap" masih lagi kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk merebut kerusi Ketua Pemuda Bahagian.
 
Bayangkan itu baru ketua pemuda !! bayangkan berapa banyak pula wang yang digunakan oleh mereka yang bertanding sebagai ketua bahagian ? Ataupun yang bertanding di Menara PWTC bagi merebut jawatan tertinggi parti ?? semua ni sebenarnya ramai yang dah tau, kisah rasuah dalam UMNO nii..
 
Maka , sebagai moral of the story....  UMNO Haprak nii sebenarnya cakap tak serupa bikin !!!  Kalau nak diikutkan berbagai etika lagi yang perlu diikuti dalam perlembagaan UMNO.. Tetapi disebabkan ada sesetengah manusia yang rakus dan tamakkan kuasa, mereka sanggup lakukan apa saja demi kedaulatan diri mereka sendiri. Dalam UMNO kuasa adalah segalanya. Kalau dah tak ada kuasa, maka akan dipandang sebelah mata oleh rakan seperjuangan... walaupun dulu mereka berada disaf hadapan parti haprak itu.
 
Cucu harap perangai yang ditunjukkan oleh balaci-balaci UMNO ini tidak menjadi ikutan kepada Barisan Alternantif, terutamanya menjelang pemilihan agung parti masing-masing.

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 19.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN