Graduan Menganggur: 
Umno.. Jangan Perdagangkan Sistem Pendidikan Negara !!!


Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah baru-baru ini ketika pulang ke kampung Cucu di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang… Cucu sempat bertemu dengan beberapa orang rakan Cucu  yang telah sekian lama  berpisah. Sambil kami berbincang tentang hal peribadi masing-masing, kami juga sering membincangkan beberapa persoalan tentang senario politik semasa negara mutakhir ini.
 
Isu  yang hangat diperkatakan oleh kami ialah persoalan tentang sikap  dan dasar pendidikan negara hari ini yang dilihat tidak berupaya melahirkan pelajar dan mahasiswa berkualiti, cemerlang  dan berakhlak mulia serta kegagalan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan utnuk mereka. Perkara ini seharusnya diambil berat oleh kerajaan Barisan Nasional terutamanya parti utama Bn iaitu UMNO sendiri. Cucu  melihat sejak kebelakangan ini, pihak kerajan lebih mementingkan pulangan lumayan dengan memperdagangkan sistem pendidikan negara. Maka akibatnya akan lahirlah para graduan yang tidak berkualiti , cemerlang  dan berakhak mulia seperti yang Cucu maksudkan.

Laungan mengatakan negara maju sudah tiada ertinya lagi apabila statistik menunjukkan hampir 100,000 graduan menganggur dianggarkan pada masa ini. Maka adalah diharapkan dengan kejayaan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum  ke-11 baru-baru ini sesuatu harus dilakukan dalam mengatasi masalah graduan mengganggur ini. Cucu juga berharap parti UMNO yang didokong oleh orang Melayu mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan ini, kerana hampir 90% graduan mengganggur adalah merupakan anak-anak Melayu yang perlukan pembelaan yang sewajarnya.

Langkah memperdagangkan sistem pendidikan ini Cucu lihat bermula sejak era kepimpinan Dato’ Seri Najib sebagai Menteri Pendidikan lagi. Kalau dulu seingat Cucu, mana-mana pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hanya perlu mengemukakan slip keputusan terbabit untuk mendapatkan borang memasuki maktab perguruan atau dikenakan kadar antara RM5 hingga RM6 untuk mendapatkan borang ITM / UPU ( Unit Pusat Universiti ). Itulah fenomena ketika negara kurang maju kononnya.
 
Tetapi sebaliknya keadaan berubah di era Najib, borang maktab dan UPU dijual dengan harga yang tidak munasabah , antara RM10 hingga RM12. Manakala agen-agen yang dilantik oleh kementerian seperti Pos Malaysia dan Bank Simpanan Nasional pula akan menerima komisyen apabila menjual borang tersebut bagi pihak kementerian. Akibat daripada perniagaan borang kemasukan ke IPT inilah menyebabkan pihak kerajaan mengaut untung yang berlipat ganda. Bayangkan kuota untuk memasuki Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) bagi setiap sesi pengajian hanyalah antara 30,000 hingga 40,000 pelajar sahaja tetapi borang kemasukan yang dijual terkadang mencecah melebihi 100,000 borang. Itu belum lagi termasuk dengan borang kemasukkan ke universiti lain ( Borang UPU ). Akibat daripada perniagaan inilah maka akhirnya, peluang kemasukan ke pusat pengajian tinggi semakin terhad dan tipis bagi seseorang pelajar walaupun mereka mendapat keputusan yang  baik dalam SPM atau STPM.

Susulan dari itu, maka di zaman Najib jugalah bermulanya era “perniagaan” baru yang dikenali sebagi “Francaisi”, macam francais KFC, McDonald dan makanan segera pulak Cucu rasa. Apabila lambakan pelajar yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPT terlalu banyak, maka system francais dilihat sebagai jalan penyelamat.  Maka terwujudlah berpuluh-puluh buah kolej swasta di seluruh negara, hinggakan kolej swsata yang tidak berlesen atau tidak mendapat pengikhtirafan dari Lembaga Aktradisi Negara (LAN)  dan beroperasi secara haram pun semakin banyak.

Apabila wujudnya banyak kolej swasta ini, sebenarnya yang menjadi sasaran ialah para pelajar lepasan menengah yang gagal memasuki universiti, maka mereka akan diterima belajara di kolej swasta tersebut. Untuk memudahkan pelajar terbabit maka diwujudkan sistem “ Belajar Dulu Bayar Kemudian” , yang bertujuan untuk memberi peluang pelajar belajar dulu sedangkan pihak kolej akan menguruskan tabung pinjaman untuk pelajar terbabit menerusi tabung pinjaman yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara ( PTPTN ).

Apa yang menjadi masalah disini ialah, akibat dari sistem belajar dulu bayar kemudian inilah menyebabkan pihak kolej swasta menawarkan tempat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di kolej mereka, lantaran itu pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM dan STPM juga diterima melanjutkan pelajaran ke kolej terbabit. Risik punya risik akhirnya SB Cucu mendapat maklumat terkini, bahawa patutlah kolej swasta berlumba-lumba untuk menambahkan pelajar mereka seramai yan mungkin walaupun kapasiti dan keadaan kolej terbabit tidak berupaya menampun pelajar dalam jumlah yang besar, inilah yang berlaku di Kuantan yang mana sebuah kolej yang mempunyai ruangan pendidikan yang minima telah menawarkan tempat kepada lebih 3000 orang pelajar dari seluruh negara. Akibatnya , sistem pendidikan yang tidak teratur dan selesa yang menyukarkan serta memberi impak yang besar terhadap pelajar terbabit. Disamping itu penyediaan asrama yang tidak selesa dan tidak terjamin, akibatnya berlaku masalah moral dikalangan pelajar perempuan dan lelaki. Maka banyaklah Cucu dengar dan baca dalam akhbar arus perdana, masalah sosial siswa dan siswi kolej swasta semakin serius di sana sini ( tidak perlu Cucu detailkan !).

Tetapi apa yang ingin Cucu perkatakan di sini ialah, akibat daripada sistem “Francaisi” ini ..pihak yang mendapat untung yang besar dan lumayan ialah kolej terbabit. Cucu difahamkan bagi setiap pelajar yang mengambil diploma , maka pinjaman PTPTN yang ditawarkan kepada mereka antara RM15,000 hingga RM17,000 selama 3 tahun pengajian. Apakah yang akan diperlohei oleh pihak kolej atas seorang pelajar ? Risik-risik yang Cucu terima, setiap satu pelajar yang mengambil diploma selama 3 tahun , pihak kolej akan mendapat untuk antara RM2000 hingga RM5,000 atas satu pelajar. Maka boleh kita bayangkan kalau satu kolej tersebut mempunyai 3000 pelajar  berapa banya untung yang mereka akan kaut daripada sistem ini ? sedangkan pelajar yang dihasilkan terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN setelah mereka menamatkan pengajian mereka di kolej terbabit.

Akibat daripada sistem francaisi inilah juga menyebabkan ramai kroni-kroni UMNO yang mendapat untung yang berlipat kali ganda, tambahan pula yang menambahkan lagi cawangan kolej mereka. Inilah yang sepatutnya kita tahu , dasar pendidikan yang sangat teruk dan menjijikkan. Pendidikan yang diperdagangkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Fenomena yang lebih teruk akan berlaku setelah mahasiswa terbabit menamatkan pengajian mereka di kolej atau universiti yang berkenaan. Masalah pengangguran yang amat membimbangkan !!! Statistik yang menunjukkan lebih 100,000 graduan menganggur ketika kerajaan mengatakan ekonomi negara meningkat dan negara maju sebenarnya adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Graduan tidak harus dipersalahkan, tetapi dasar pendidikan sebenarnya yang bertanggungjawab atas semua angkara ini.  Jika kita lihat terlalu ramai graduan yang menamatkan pengajian mereka dibidang masing-masing setiap semester, sedangkan kalau kita lihat didada-dada akhbar, berapa banyakkah tawaran pekerjaan yang disediakan untuk mereka ? Disektor kerajaan misalnya, kalau adapun jawatan kosong yang dibuka hanyalah memerlukan satu atau dua kekosongan, itu pun dalam tempoh 4 atau 5 tahun barulah iklan tersebut dapat kita saksikan di akhbar. Jawatan yang biasa memerlukan banyak kekokosongan ialah “pegawai penguatkuasa” yang biasa diiklankan oleh pihak Majlis Tempatan. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memperbanyakkan operasi saman, dan mengisi kantung majlis tempatan terbabit. Sedangkan jawatan lain !!! Bagaimana ??? Adakah pihak kerajaan sedar ini semua ??? Kemanakah perginya slogan “Tradisi Membela Rakyat” yang dilaung-laungkan selama ini. ?

Apabila timbul isu ini, graduan dipersalahkan…kononnya terlalu memilih kerja dan sebagainya. Siapa yang tidak mahukan kerja, tetapi apalah guna belajar hingga ke peringkat degree atau master sekiranya tiada lagi peluang pekerjaan untuk mereka yang boleh diisi dialaf baru ini. Negara sebenarnya berada dalam situasi ekonomi yang kronik. Kiranya negara ini maju, maka sepatutnya banyaklah majika yang menawarkan peluang perkerjaan baru kepada golonga terbabit. Kerajaan pula perlulah mengeluarkan arahan atau pun surat pekeliling kepada semua majikan di seluruh negara untuk membuka dan menawarkan pekerjaan baru kepada para graduan mengganggur berdasarkan kepada kepakaran masing-masing.

Cucu pernah bertemu dengan seorang graduan mengganggur baru-baru ini yang meluahkan perasaan sedihnya, beliau memiliki Degree In Civil Engenering dari Universiti Teknologi Mara yang mendapat purata nilai mata semasa belajar 3.79 , tetapi sudah hampis setahun bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kecil di Bandar Kuantan dengan gaji sekadar cukup makan sahaja. Siapakah yang harus dipersalahkan ?? Mereka tidak memilih peluang pekerjaan, sebaliknya katanya sudah berpuluh malah beratus resumer yang dihantar di seluruh Malaysia, namun tidak ada satu pun yang berani menawarkan peluang kerja untuknya. Alasan yang diberikan, beliau tidak mempunyai pengalaman dibidang yang dipohon, dan alasan dangkal inilah yang menyebabkan ramai graduan mengganggur akhirnya kecewa dalam kehidupan masing-masing dan bekerja dibidang yang tidak sepatutnya. Bukankah segala ilmu dan kepakaran yang telah mereka pelajari selama ini terbuang sia-sia begitu sahaja.

Persoalannya sekarang, mengapakah diketika negara maju ekonomi meningkat penggangguran juga meningkat, kalau dulu masalah penggangguran melibatkan para belia yang tidak  mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi hari ini ia jauh berbeza. Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian serius oleh kerajaan Cucu rasa sudah pasti lama kelamaan masalah graduan mengganggur ini akan bertambah serius dan semakin parah. Masalah ini bukan sahaja membabit anak-anak orang PAS, ADIL atau pembangkang malahan ianya juga turut melibtakan anak-anak orang UMNO, dan yang paling ramai pula ialah ahli-ahli Puteri UMNO yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut. Mereka ini dipergunakan sewenang-wenang untuk tujuan politik semata-mata, sedangkan masalah yang sama turut menghantui mereka. Siapakah yang harus dipersalahkan ??

Justeru itu, Cucu amatlah berharap agar pihak kerajaan berupaya membantu para graduan mengganggur ini. Walaupun kerajaan ada menyediakan kursus SLG ( Skim Latihan Graduan ) untuk tempoh lebih kurang 3 bulan, dengan menawarkan elaun sebanyak RM500 sebulan. Tetapi ianya tidak mencukupi bagi para graduan ini, apa  yang lebih penting ialah masalah pekerjaan sebenarnya.

Adalah lebih baik pihak  kerajaan mengarahkan setiap majikan di sektor swasta membuka peluang baru untuk pekerja baru di syarikat mereka, dan tidak hanya bergantung  kepada pekerja senior yang terkadang sudah tidak berkualiti dan efiesyen serta tidak berupaya menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Begitu juga disektor kerajaan, setiap jabatan terpaksa menyimpan pekerja-pekerja yang tidak berkualiti di jabatan mereka, kerana tidak ada undang-undang yang boleh digunakan untuk memecat kakitangan kerajaan yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ini menyebabkan ada sesetengah jabatan kerajaan terpaksa membayar “Gaji Buta” kepada segelintir kakitangan mereka yang sudah tidak berkualiti dan sering mengabaikan tanggung jawab mereka. Malahan juga ada jabatan yang terpaksa menyimpan pegawai yang sakit dan menghadapi masalah kesihatan yang serius semata-mata kerana tidak mahu pegawai terbabit kehilangan pekerjaan. Ini belum termasuk lagi dengan pegawai-pegawai kerajaan yang cuai, ponteng kerja, terbabit dengan rasuh, dadah, salah guna kuasa dan banyak lagi kesalahan yang serius yang sepatutnya tidak diberi muka oleh majikan. Lantaran majikan yang ingin menjaga imej dan prestasi jabatan, pegawaii-pegawai yang tidak cemerlang seperti ini dibiarkan bekerja sehingga mereka pencen.

Kalaulah fenomena ini terus berlaku, Cucu rasa memang sampai bilapun peluang yang terbuka untuk para graduan lepasan universiti untuk mendapat pekerjaan. Kita lihat hari ini, iklan yang biasanya menyiarkan kekosongan jabatan terbabit hanya keluar setelah ianya diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) , itupun setelah hampir 5 bulan atau setahun kekosongan itu dilaporkan.

Kepada semua mahasiswa yang masih menuntut di universiti-universiti tempatan ataupun luar negara, harapan Cucu bersedialah dari sekarang untuk menghadapi situasi ini. Jangan biarkan diri anda termasuk dalam statistik “ Graduan Mengganggur”. Demi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang, lakukanlah sesuatu yang dapat memberi pulangan yang lumayan kepada anda sekarang. Sebenarnya Cucu juga ada seorang rakan yang bersedia memberikan peluang dan tips kerjaya  kepada para mahasiswa dan graduan menganggur yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan. Sila SMS Nama dan alamat anda kepada beliau ditalian 016-3097832 .

Semoga dengan tersiarnya tulisan Cucu ini dapatlah memberi kesedaran kepada mereka yang selama ini menyokong UMNO dan Barisan Nasional , agar berfikir sebelum bertindak. Ingatlah, perjuangan yang paling bererti di sisi Allah SWT ialah “ Perjuangan Menegakkan Islam “ dimuka bumi ini. Kita sebagai khalifahnya harus sedar akan tanggungjawab tersebut, janganlah selama-lamanya kita dipermain-mainkan dengan politik kotor yang hanya mempergunakan kita untuk kepentingan politik mereka sahaja. Sedarlah, dan berfikirlah wahai rakan-rakan yang berada dalam UMNO. Dua persoalan yang perlu ditanya dalam diri anda ialah pertama, apalah gunanya anda berjuang dalam UMNO/BN sekiranya untuk memohon tanah bagi tapak rumah pun anda terpaksa panjat pejabat daerah dan pejabat PTG sama macam orang-orang PAS/ADIL , dan sehingga ke hari ini belum lulus-lulus lagi walaupun dan hampir 10 hinga 20 tahun !!! Soalan  kedua, apalah guna anda menyokong UMNO/BN, sekiranya anak-anak anda yang baru menamatkan pengajian dari universiti pun terpaksa mengganggur sama macam anak-anak orang PAS/ADIL !! sedangkan semasa kempen pilihanraya andalah orang yang bertungkus lumus serta bersusah payanh untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional selama ini.

Dua persoalan ini perlu ditanya, supaya menimbulkan kesedaran dalam diri masing-masing tentang situasi sebenar negara mutakhir ini, dan sikap sebenar pemimpin-pemimpin mereka selama ini.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 04.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN