Petrol Dan Diesel Naik 2 Sen : Tahniah Buat Pengundi BN ( Barang Naik ) !!!!!

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Maka, Tahniah Cucu ucapkan kepada semua pengundi Barisan Nasional dalam piihanraya umum ke-11 baru-baru ini. Kerana kebijaksanaan tuan-tuan lah maka Harga runcit petrol RON97 dan RON92 serta diesel di seluruh negara akan naik dua sen seliter berkuat kuasa hari ini 1 Mei 2004..

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baru dilantik, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, turut terlibat ialah harga runcit gas petroleum cecair (LPG) yang meningkat dua sen sekilogram. Berikutan itu katanya kadar baru bagi petroleum RON97 di Semenanjung ialah RM1.37 seliter, Sabah (RM1.35 seliter) dan Sarawak (RM1.26 seliter), manakala Harga baru petroleum RON92 pula ialah RM1.33 seliter di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Apa yang lebih menyeronokkan Cucu lagi Shafie berkata, kenaikan itu telah diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu lalu.Katanya lagi  kenaikan harga itu adalah berikutan meningkatnya harga minyak mentah dunia dari RM94.12 satu tong kepada RM126.27 satu tong.

Cucu yakin dengan kenaikan ini, maka kos kehidupan dan kos-kos lain juga akan terus meningkat. Harga barang di pasar-pasar dan pasaraya juga akan terus meningkat , bukankah ini sesuatu yang menggembirakan bagi mereka yang memilih Barisan Nasional baru-baru ini. Dalam sejarah Malaysia,  belum pernah harga minyak diesel atau petrol diturunkan, sedangkan kerajaan mengatakan negara maju , ekonomi meningkat san sebagainya.

Ke mana perginya slogan " Tradisi Membela Rakyat" yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini. bagi Cucu kenaikan harga minyak ini akan memberi impak yang besar kepada rakyat termiskin, nelayan, petani, golongan berpendapatan rendah, masyarakat Felda, orang-orang kampung dan sebagainya. Baru sebulan lebih kembali berkuasa rakyat dihadiahkan dengan kenaikan seperti ini.

Justeru itulah betul dakwaan sesetengah pihak  bahawa BN sebenarnya bukan saja melambangkan Barisan Nasional tetapi ia juga bermakna BARANG NAIK .. Moral daripada kenaikan ini, gunakan sebagai satu senjata untuk kita menghentam para pengundi Barisan Nasional dan mereka-mereka yang bersekongkol dengan UMNO/ BN dalam pilihanraya umum baru ini.

Saranan Cucu, mulai hari ini ... Ucapkan tahniah kepada mereka !!! Dan beritahu beitahu mereka selepas ini banyak lagi harga barangan akan naik kerana BN tu maknanya Barang Naik. Tahniah kerana mereka mendapat untung yang besar daripada kenaikan tersebut, kerana duit pilihanraya yang mereka terima hari tu masih boleh digunakan untuk tempoh 5 tahun dari sekarang. Beritahu mereka, kalau mereka yang mengundi BN pun terpaksa membayar harga kenaikan tersebut, apa guna mereka mengundi BN...lebih baik mereka mengundi BA dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan" Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 01.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN