PLKN Untung RM1.2 Juta : Awas !! Projek Lumayan Kroni Najib ( PLKN )!!! 

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah kini semakin hebat rakyat Malaysia memperkatakan tentang Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Cucu yang selama ini tidak pernah memperkatakan sesuatu tentang program ini, akhirnya terpanggil untuk sama-sama membicarakan soal PLKN ini. Kabarnya , pogram yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Najib itu semakin hari semakin menghadapi masalah yang besar.

Apa tidaknya, bermula dengan isu pergaduhan di kem-kem PLKN seluruh negara, kemudian timbul pula isu rogol dan Allah SWT nak tunjuk mutakhir ini timbul pula kejadian peserta PLKN yang mati lemas akibat kecuaian jurulatih yang mengawasi mereka. Apa pun komen yang diberikan oleh Dato’ Najib akan hal ini pastinya sekadar satu helah untuk meneruskan program tersebut sebenarnya.

Bila timbul isu gaduh, Najib berkata peserta dipilih dari latar belakang yang berlainan. Ada peserta yang mempunyai tahap displin yang baik dan tidak kurang pula yang mempunyai masalah displin di sekolah. Persoalannya kenapa peserta yang bermasalah ini tidak diasingkan sejak dari awal lagi. Dan apakah benar ramai peserta lepasan SPM yang mempunyai masalah displin di sekolah dipilih untuk menyertai program ini ?

Kemudian bila timbul isu rogol, Najib begitu mudah mengatakan mereka tidak dapat mengawal tingkah laku semua jurulatih yang ditugaskan mengawasi peserta. Bagi Najib, Jurulatih juga bernafsu untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Bayangkan betapa sedihnya perasaan ibubapa serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian rogol tersebut. Mereka menghantar anak mereka semata-mata kerana akur dengan arahan kerajaan dan takut dikenakan tindakan mahkamah, tetapi akhirnya mereka pula kehilangan anak yang disayangi.

Dan bila timbul pula isu peserta lemas , Najib begiu mudah membuat kesimpulan peserta terbabit diluar kawalan jurulatih. Ini kerana beliau tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh jurulatih semasa kejadian. Begitu mudah sahaja Najib memberi komen yang bertujuan untuk terus menyokong PLKN ini.

Cucu cukup hairan, kenapalah terlalu dangkalnya pemikiran mereka-mereka ini. Apakah rahsia sebenar kenapa Program Latihan Khidmat Negara perlu diteruskan oleh Najib sebenarnya? Cucu mendapat maklumat bahawa program ini lebih banyak unsur-unsur negatif sebenarnya. Program ini langsung tidak menitik beratkan soal agama. Ini amat berbeza dengan Kursus Bina Negara yang sering dijalankan di Kem-Kem Bina Negara di seluruh negara sebelum ini. Cucu sendiri pernah terlibat dengan beberapa siri Kursus Bina Negara sebenarnya, dan Cucu dapat melihat semeua peserta diwajibkan untuk menyertai solat berjemaah, mendengar kuliah agama serta lain-lain aktiviti agama . Ini berbeza dengan PLKN yang sedang berjalan diseluruh negara ketika ini. Cucu difahamkan peserta bebas untuk menunaikan solat masing-masing, sememangnya ramai yang tidak akan berbuat demikian sebenarnya. Bahkan program pula bermula sewawal Jam 6.00 pagi, yang mana watu tersebut bertembung dengan waktu Subuh bagi sesetengah kawasan di negara kita.

Bayangkan peserta diminta berkumpul di padang seawal Jam 6.00, ini bermakna barang sesiapa yang cuba menunaikan solat Subuh akan ketinggalan untuk berbaris dan akan dikenakan tindakan. Semenatra itu juga, tidak ada solat jemaah dan kuliah yang harus diikuti oleh peserta. Bukankah ini amat mendukacitakan, terutamanya bagi para ibubapa yang sering menitik berat perkara tersebut kepada anak-anak mereka.

Cucu cuba membuat risikan, kenapalah Dato’ Najib beriya-iya benar untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara ini ? Akhirnya Cucu berjaya juga memperolehi jawapannya daripada SB Cucu yang terlibat secara langsung dengan program tersebut baru-baru ini.

Adalah difahamkan Program Latihan Khidmat Negara adalah satu program yang dimonopoli oleh kroni-kroni Najib di seluruh negara. Bayangkan kos sebanyak RM500 juta yang dikeluarkan untuk program tersebut adalah satu jumlah yang besar, dan dipercayai setiap kali program tersebut dijalankan penganjur akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja. Ini bermakna sekiranya mereka berjaya mengadakan 3 program dalam masa setahun di kem mereka, maka mereka akan mendapat untung RM3.6 juta setahun.

Anggaran ini dibuat berdasarkan kepada kos 800 peserta yang terlibat dalam satu-satu masa di sesebuah kem. Lantaran melihat keuntungan yang besar inilah, kebanyakkan kroni-kroni Najib diarahkan untuk mencari lokasi-lokasi yang sesuai bagi dijadikan kem-kem PLKN. Maka berlumba-lumbalah kroni Najib menyediakan kertas kerja program tersebut untuk dihantar kepada Najib. Inilah yang menyebabkan Najib perlu menjaga hati kroni-kroninya yang menadapat untung dengan adanya PLKN ini. Bahkan ada disesetengah kem, penganjur langsung tidak mengeluarkan modal untuk menjalankan PLKN di tempat mereka, tetapi akhirnya mereka dibenarkan juga atas dasar kroni Najib.

Maka andainya satu kem PLKN berjaya mendapat untung RM1.2 juta setiap kali program itu diadakan, bagaimana pula dengan Najib sendiri. Cucu difahamkan pihak yag bertanggung jawab bagi menyelenggara PLKN ini ialah orang-orang Najib dari Kementerian Pertahanan ( MINDEF ). Sedangkan umum sudah tahu ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, kontrak membuat pakaian seragam anggota tentera di seluruh negara telah diserahkan kepada syarikat yang dimiliki oleh isteri beliau iaitu Datin Rosmah Mansor. Maka Cucu juga yakin, pakaian seragam PLKN juga pasti akan diuruskan oleh Syarikat Datin Rosmah. Patutlar pun Najib beriya-iya benar mahukan program tersebut diteruskan walaupun ia sekadar membazirkan masa para peserta yang terbabit.

Bagaimana pula dari segi penyediaan khemah, peralatan latihan, keperluan di kem dan sebagainya. Bukankah ia menguntungkan kroni-kroni Najib !! Maka yang menjadi mangsa ialah para peserta yang terpilih, sebab itulah ramai ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka membazirkan masa untuk dilatih ala tentera seperti itu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-ana perempuan yang bersopan-santun dan penuh dengan cirri-ciri kewanitaan. Mereka ini tidak berminat untuk dilatih “ala-tentera” seperti PLKN sebenarnya.

Jika benarlah apa yang diperjelaskan oleh SB Cucu tentang “Untung-Besar” yang akan diperolehi oleh kroni-kroni Najib dengan adanya Program Latihan Khidmat Negara ini…Maka elok benar PLKN ini disebut juga sebagai “ Projek Lumayan Kroni Najib” ( PLKN ).

Justeru itu juga Cucu menyeru kepada para ibubapa yang prihatin tentang masa depan anak-anak mereka, sila jauhkan anak-anak anda dari PLKN ini. Biarlah apa yang terjadi pun, kita tidak mahu maruah, akhlak dan akidah anak-anak bangsa kita dimusnahkan dengan program seperti ini.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 01.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN