Awas: SPR Jangan Jadi Macam Pengadil WWF (World Wrestling Federation)

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Keputusan Pilihanraya Umum ke-11, Walaupun agak mengelirukan sesetangah pihak ... namun segalanya tidak dapat dinafikan bahawa Barisan Nasional terus mengekalkan tampuk pemerintahan negara. Dengan kemenanangan lebih 2/3 kerusi Parlimen , BN dilihat telah berjaya memnarik kembali sokongan rakyat terhadap kerajaan, yang sedikit tercalar dalam Pilihanraya Umum ke-10 tahun 1999 lalu.
 
Mungkin dulu, Isu Anwar dilihat sebagai faktor penentu kejayaan besar pembangkang. Tambahan pula pemecatan Anwar pada 2 Sept 1998 , masih segar dan panas , hingga isu tersebut berjaya menarik sokongan pengundi atas pagar ataupun ahli UMNO sendiri untuk memberi sokongan padu kepada Pembangkang ketika itu.
 
Persoalan yang timbul sekarang ialah , benarkah keputusan pilihanraya umum ke-11 ini telah ditentukan sejak dari awal lagi? . Ramai yang sungguh kecewa dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) , sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan untuk mengadili pilihanraya umum di negara ini. Apakah benar SPR berkompromi dengan Barisan Nasional untuk memastikan BN menyapu bersih majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya baru-baru ini. Cucu masih ingat sekitar tahun 2002 dulu, Cucu pernah menulis satu artikel yang bertajuk " Awas !!! SPR Parti Kompenan Baru BN Dalam Pilihanraya Umum Akan Datang ! ".  Kini, apakah benar firasat Cucu dulu, bahawa SPR benar-benar telah menjadi parti komponen BN. Isu inilah yang hangat diperkatakan mutakhir ini. Hujjah ini diperkuatkan lagi dengan helah persempadanan semula kawasan pilihanraya, kemudian kenaikkan deposit, kemudian wujudnya pelbagai akta pilihanraya yang secara dasarnya telah memberi satu kelebihan kepada Kerajaan dan Barisan Nasional.
 
Keputusan sudah diterima, bahkan di kebanyakkan negeri perlantikan Menteri Besar sudah pun dibuat, ini bermakna mahu tidak mahu rakyat terpaksa menerima segala keputusan pilihanraya umum baru-baru ini. Mungkin ada sesetangah pihak yang merasakan keputusan pilihanraya lalu harus dibatalkan, dan pilihanraya semula perlu diadakan terutamanya di negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Ini timbul berikutan ada beberapa keputusan SPR yang boleh dipertikaikan. Di Kedah dan Trengganu misalnya, ada pihak yang terjumpa kertas undi yang bertaburan di merata tempat. Kenapakah ini berlaku ? Bahkan Cucu juga ada mendapat laporan terdapat kejadian "Pengundi Hantu" yang dikerahkan mengundi di Kelantan dan Trengganu. Di Pahang kabarnya terdapat pengundi yang menggundi sebanyak dua kali di saluran yang berbeza.
 
Bahkan apa yang lebih menyedihkan kabarnya ada pihak yang menggunakan pelatih Khidmat Negara, untuk mengundi di beberapa tempat di Trengganu. Lantaran itu penambahan mendadak peratusan pengundi di Trengganu adalah tidak munasabah, kata sesetengah pihak.
Perbezaan ini jelas menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku di Trengganu. Apakah semua kesalahan ini boleh diletakkan di bahu SPR semata-mata ?
 
Cucu sebenarnya agak terkilan juga dengan beberapa keputusan SPR yang jelas memberi ruang yang cukup luas untuk memastikan kemenangan mutlak buat Barisan Nasional . bagi Cucu, apalah guna pertandingan kiranya pengadil yang mengadili pertandingan tersebut, secara jelas nampak berpihak kepada puak-puak tertentu. Bukankah ini jelas nampak satu lakonan, kononnya negara ini adalah sebuah negara demokrasi. Teringat plak kat arwah ayah Cucu, masa tengok rancangan gusti WWF  kat TV ( World Wrestling Federatiob)... sampaikan kami bergaduh...Cucu katakan gusti tu hanyalah lakunan semata-mata, sedangkan arwah ayah Cucu mengatakan gusti tu adengan "Kisah Benar".  Sebab tuu larr, biler kiter tengok gusti tuu..seolah-olah pengadil menyebelahi sebelah pihak. Kalau pengadil yang OK pun..akhirnya akan dibeli oleh pihak-pihak tertentu atau pun ada orang luar yang masuk campur dalam perlawanan tersebut yang mana akhirnya orang yang sepatutnya menang akhirnya tewas akibat permainan kotor atau pun pengadil yang berat sebelah.
 
Maka itu apa yang berlaku terhadap SPR dalam mengadili pilihanraya di negara kita juga lebih kurang sama dengan "Pengadil Pertandingan Gusti" yang sering kita saksikan di kaca-kaca TV sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, Cucu berharap suruhanjaya bebas yang dicadangkan oleh Pengerusi SPR untuk menyiasat segala kecuaian dan kesilapan teknikal yang berlaku dalam pilihanraya umum baru-baru ini haruslah benar-benar "Cekap, telus dan adil". Kiranya ada bukti yang menunjukkan SPR Cuai dalam hal ini, semua pihak termasuk pengerusi dan setiausaha SPR perlu akur untuk melepaskan jawatan masing-masing.
 
Cucu takut, badan bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat SPR nanti juga "berat sebelah", kerana ada ura-ura yang mengatakan segala penyelewangan dan kesilapan teknikal yang berlaku telah dibuat oleh pegawai SPR yang dibeli oleh Parti Pembangkang terutamannya PAS. Maka akan timbullah nanti, Kerani Pilihanraya adalah anak-anak atau saudara mara orang-orang PAS atau Keadilan? Andainya ini adalah jelas, dalam usaha untuk membersihkan imej SPR itu sendiri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. Semoga selepas ini kita akan dapat menyaksikan satu pilihanraya yang lebih bersih dan adil.
 
p/s.. Ramai pembaca yang menghantar email kepada Cucu untuk mengetahui siapakah Cucu Mat Kilau yang sebenarnya. Ada juga yang mengkritik kononnya Cucu merosakkan imej Cucu Mat Kilau .Justeru itu untuk mengelakkan kekeliruan , Cucu nyatakan kepada semua pembaca bahawa Cucu bukanlah Cucu Mat Kilau yang ASAL ( Keturunan Sebenar ) Nama Cucu Mat Kilau hanyalah nama PENA Cucu , Walau bagaimanapun Cucu juga berasal dari Kg. Pulau Tawar, Jerantut Pahang yang merupakan kampung asal dan kampung kelahiran Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau dan Tok Gajah. Moyang Cucu juga sama-sama berjuang dengan Mat Kilau semasa penjajahan British di Pahang, dan keturunan Cucu juga merupakan keturunan Mat Kilau. Kepada orang Pahang dan Pulau Tawar terutamanya yang marahkan Cucu, cukup Cucu katakan Cucu ialah Cucu kepada AKI MAT YUNUS B TEH dan WAN SIPAH BTE TEH, keturunan asal Pulau Tawar, yang juga merupakan saudara mara kepada Mat Kilau dan Tok Gajah, sebarang keraguan / pertanyaan bolehlar menghantar email kepada Cucu ataupun sila SMS di talian berikut 019-9625511 . Harap Maklum.

CUCU MAT KILAU
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 25.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN