Awas!  Polis Johor Warisi Jenayah Ketuanya Datuk Musa Hassan!

Assalammualaikum WBT Dan Salam Perjuangan,
 
Alkisah, selang beberapa hari tragedi pembunuhan kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Ghani yang dirogol dan dibunuh secara kejam di Gelang Patah, Johor pada Sabtu lepas.. Kini muncul pula satu lagi kes yang lebih memalukan!! Kalau kes Nurul Huda, ianya melibatkan anggota Pengawal Keselamatan (Security Guard) yang kononnya tidak mempunyai tahap disiplin yang memuaskan dan ramai yang mempunyai rekod jenayah sebelum diambil bertugas. Lantaran itulah syarikat yang mengambil pengawal terbabit dipersalahkan oleh pihak berkuasa.
 
Maka akhirnya kini satu lagi bala menimpa, kali ini melibatkan anggota Polis daripada negeri UMNO Karat, Johor Darul Takzim pula. Sesuatu yang sungguh memalukan seluruh rakyat Johor. Kejadian empat anggota polis yang ditahan kerana dipercayai merogol bergilir-gilir seorang wanita warga Indonesia di Jalan Mahmoodiah di sini pagi semalam, setelah didapati keluar dari asrama di Pusat Latihan Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan, Tampoi sesungguhnya satu kejadian yang amat memalukan dan mencemarkan Polis Johor khasnya dan PDRM amnya.
 
Sebelum kejadian tersebut, negara turut digemparkan dengan kejadian rompakan Bank Alliance Cawangan Taman Yayasan, Segamat yang juga melibatkan anggota Polis daripada Negeri Johor iaitu Cif Inspektor Ahmad Shukri Hamid. Dalam kejadian tersebut Ahmad Shukri dari Alor Star, Kedah, merupakan salah seorang daripada dua lelaki yang ditembak mati oleh seorang pengawal semasa mereka sedang merompak bank berkenaan petang Isnin lalu.
 
Susulan daripada dua kejadian terbabit Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun mengeluarkan kenyataan yang mahukan jenis tindakan disiplin terhadap anggota polis yang terbabit melakukan kesalahan jenayah dikaji semula agar hukuman yang lebih berat dapat diperkenalkan jelas menunjukkan sebahagian besar anggota polis di negara ini tidak mempunyai tahap profesional yang cukup. Malahan sebenarnya, ramai di kalangan anggota polis terlibat dengan jenayah seks, rasuah peras ugut, pelacuran, judi dan sebagainya.
 
Maka tidak hairanlah kita kerajaan terpaksa menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap professionalisme para anggota polis semua. Persoalannya sekarang, benarkah anggota polis Malaysia benar-benar mempunyai disiplin serta profesional dalam menjalankan tugas masing-masing?
 
Apa yang jelas kepada kita ialah PDRM kini hanyalah dijadikan alat untuk menghalang serta menggagalkan segala aktiviti yang ingin dijalankan oleh Rakyat Malaysia terutamanya yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah. Banyak sikap "double-standard" yang ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka. Mereka menjadi mata telinga pemerintah yang zalim. Sebab itulah bekas Ketua Polis Negara sendiri iaitu Tan Sri Rahim Noor (bekas banduan) sanggup mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan mata tertutup dan tangan bergari, semasa beliau ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beberapa tahun yang lalu.
 
Sikap ganas dan kurang ajar inilah yang akhirnya menjadi contoh dan teladan kepada anggota polis keseluruhannya. Sebab itulah mereka tidak segan-segan sanggup melakukan jenayah sebenarnya. Bak kata pepatah “Bapa Borek Anak Rintik". Cucu juga difahamkan banyak kes rasuah yang melibatkan anggota polis sebenarnya yang ditutup mulut begitu sahaja. Kes-kes seperti Along, Ceti Haram, Disko, Kelab Malam, Pelacuran, Kongsi Gelap di negara ini sebenarnya gagal dibendung kerana kebanyakan anggota polis dari peringkat atas hingga yang paling bawah telah menerima "RASUAH" daripada pihak terbabit.
 
Bagaimana harus kegiatan jenayah ini diselesaikan sekiranya anggota polis yang ditugaskan membuat siasatan, pergi menyiasat kononnya tetapi menerima habuan wang daripada pihak terbabit. Anggota polis tidak berani untuk menegakkan Undang-undang apabila disajikan dengan imbuhan wang ringgit dan ancaman nyawa oleh mereka yang kebanyakan menjadikan kegiatan jenayah dan maksiat sebagai punca pendapatan mereka. Perkara ini bukan sahaja banyak berlaku di bandar-bandar besar, malahan juga turut melibatkan bandar-bandar kecil di seluruh negara.
 
Sebab itulah kita dapat lihat, anggota polis di negara kita ini hanya menggunakan motto “Mesra, Cepat Dan Betul" bila sesuatu kes melibatkan individu yang menentang kerajaan, contohnya yang melibatkan parti pembangkang. Ceramah-ceramah dan program yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dikacau-ganggu oleh mereka, pada hal ahli-ahli parti pembangkang juga merupakan rakyat Malaysia yang perlukan demokrasi dan parti yang mereka naungi juga adalah sebuah parti yang sah dan berdaftar.
 
Begitu juga bila rakyat Malaysia yang melaporkan kegiatan jenayah yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan, pihak polis bukan sahaja gagal membuat siasatan bahkan si pengadu pula akan ditekan malahan hingga didakwa kononnya membocorkan rahsia rasmi kerajaan dan sebagainya. Inilah yang berlaku serta yang dilakukan oleh Polis Raja Di Malaysia ini sebenarnya. Apakah mereka-mereka ini layak digelar profesional? Bila laporan yang dibuat oleh pihak kerajaan, barulah mereka menggunakan motto “Mesra, Cepat dan Betul ", dan bertindak dengan pantas sama ada menangkap atau mendakwa mereka yang terbabit di Mahkamah.
 
Berbalik kita kepada kes empat anggota polis yang dipercayai merogol secara bergilir-gilir seorang wanita warga Indonesia di Jalan Mahmoodiah di Johor Bahru, baru-baru ini. Kes ini jelas menunjukkan kepada kita PDRM sendiri gagal membuat penilaian yang sepatutnya dalam memilih anggota polis. Apa yang amat membanggakan, kejadian ini melibatkan anggota polis di Negeri Karat UMNO, Johor Darul Takzim.
 
Lebih menyeronokkan lagi ialah, Ketua Polis Johor ialah Dato' Musa Hassan, iaitu seorang anggota Polis Haprak yang pernah terlibat mereka-reka cerita dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lihat sekarang! APA yang berlaku anggotanya sendiri kini terbabit dengan LIWAT. Justeru itu tidak hairanlah kita anggota polis di Johor, terlibat dengan jenayah!!! Sebab mereka mengikut jejak Ketua mereka iaitu Datuk Musa Hassan, yang naik pangkat setelah berjaya menyempurnakan skrip Mahathir Mohamad dalam kes DSAI sebenarnya.
 
Semoga dengan kes ini dapatlah dijadikan ikhtibar kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau dahulu bila mereka nampak Pengawal Keselamatan mereka rasa takut!!! Kini berhati-hatilah kita semua.. AWASI ANGGOTA POLIS!!! Mereka juga “Musang yang berbulu ayam”!! Silap hari bulan kita dijadikan mangsa mereka!! Buat semua anggota polis, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jangan hanya bekerja membabi-buta mengikut arahan daripada pihak atasan. Ingat!! Bahawa di atas kepala anda ada tertera perkataan ALLAH dan MUHAMMAD S.A.W ...Maka berfikir sebelum bertindak.. Jangan menganaiya insan-insan yang tidak berdosa dan ingin menegakkan keadilan serta memartabatkan Islam di Bumi Malaysia yang tercinta ini. Ingat!!! Esok lusa kita akan mati menghadap ALLAH SWT bukannya menghadap Mahathir Mohamad atau Abdullah Ahmad Badawi.. !!! Ataupun menghadap Ketua Polis Negara!!!! Tak pun menghadap Perdana Menteri Malaysia!!
 
Buat semua pejuang Islam dan keadilan, teruskan usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa sistem keadilan, Undang-undang di negara ini sudah tercemar. Badan Polis dan Kehakiman telah dinodai oleh manusia yang rakus, zalim dan gila kuasa... Selagi mereka ini berkuasa selagi itulah tidak akan wujud keadilan di Bumi Malaysia ini. Ayuh yakin kan rakyat.. supaya mereka sama-sama bercita-cita untuk merobah fenomena ini dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan!!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan!!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan "Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cmk_pahang@yahoo.co.uk - 22.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN