Gempar!! Mahathir Bina Istana Di United Kingdom!
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Al-kisah setelah bekas Memanda Menteri Tun Mahathir melepaskan jawatannyer..keesokkan harinyer beliau terus saja berangkat ke Sepanyol...  Cucu terfikir jugak apa ker jadah si Mahathir ni..beriya-iya benar nak bercuti selama dua minggu ke Sepanyol !!! Apakah agenda yang tersirat sebenarnyer...Mungkinkah ada pertemuan yang berlaku antara Mahathir dan kroni-kroninyer di sepanyol..yang bertujuan untuk membahagi-bahagikan khazanah negara yang dirampas sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan negara ?
 
Apalah salahnyer..setelah 22 tahun bergelumangkan dengan dosa dan noda..dan umur pun dan semakin tua " Rumah Kata Pergi ..Kubur Kata Mari"...Si Mahathir dan Hasmah ambil peluang mengerjakan umrah di Bulan Ramadhan ke Mekah...Bukankah itu lebih 'afdal' dalam usianya itu daripada terus pergi berpoya-poya dan makan angin ke Sepanyol kononyer..
 
Persoalannyer di sini...Benarkah Mahathir ke Sepanyol ? Ataupun...beliau hanya singgah di Sepanyol dan pergi ke negara lain. Seperti yang Cucu jelaskan dalam artikel Cucu sebelum ini ..Cucu ingin dedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia... satu berita sensasi lagi panas..iaitu berkenaan dengan Mahathir telah membeli sebuah istana di United Kingdom....
 
Maklumat tepat ini..Cucu terima daripada salah seorang rakan SB Cucu yang kebetulan amat rapat dengan salah seorang Bekas Pegawai Pengiring Mahathir.. ( Yang sentiasa pakai baju bush-jaket hitam...mengekori kemana saja Mahathir pergi tuu..)
 
Menurut rakan SB Cucu tuu... Memandangkan si Mahathir dah nak berhenti bulan Oktober 2003 . ketika itu, maka sudah tiba masanyer untuk beliau menunjukkan dan membawa pegawai pengiringnyer ke satu kawasan yang tidak dikenali di United Kingdom...dari cerita pegawai pengiring tersebut..perjalanannyer memakan masa yang lama..dan mereka sendiri tertanyer-tanyer kemanakah destinasi mereka..
 
Setelah sekian lama akhirnyer Kapal terbang khas yang membawa Mahathir dan pegawai pengiringnyer itu mendaratlar di kawasan terbabit..sebuah ladang yang luas..sangat cantik suasana di tempat tersebut... Kemudian mereka dibawa dengan sebuah kenderaan khas ke satu kawasan yang amat cantik..iaitu merupakan sebuah mahligai yang seolah-olah istana dari kayangan.
 
Dipendekkan cerita..mereka dibawa melawat-lawat ke sekitar kawasan istana ..yang katanyer mungkin saiznyer dua atau tiga kali lebih luas dari Mahligai Air Mata Rakyat di Putrajaya. Tiang-tiangnyer saja dah menunjukkan kegagahan pemiliknya...  Mungkin harganya pun menelan billion Ringgit Malaysia.. bekas Pengawai pengiring tersebut sempat merakamkan gambar-gambar mereka ketika berada dalam kawasan Istana itu...
 
Apa yang menghairankan mereka ialah..seluas-luas istana Mahathir  itu..dan seramai-ramai pekerja yang bertugas di situ..mereka tidak berjumpa seorang pun pekerja berbangsa Melayu..hampir semua pekerja yang bertugas di situ adalah terdiri dari Orang Cina.. Biler ditanya kepada Mahathir..Mahahthir menjelaskan bahawa..dia tidak percaya dengan orang Melayu..kalau dibawa orang Melayu bertugas di situ...beliau khuatir rahsia Istananyer akan didedahkan kepada rakyat Malaysia..macam apa yang Cucu dedahkan sekarang ...Mujurlar salah seorang Bekas Pegawai Pengiring Mahathir tu..dah tak tahan..dan insaf melihat apa yang dikatakan oleh Pihak Pembangkang adalah BENAR BELAKA !! Mahathir sememangnyer memunggah kekayaan negera untuk kepentingan keluarganya..Bukti jelas menunjukkan beliau telah membeli satu kawasan yang luas di United Kingdom dan membina sebuah Istana yang boleh mengalahkan Istana Ratu Elizabeth..
 
Sebelum ini apabila diperkatakan hal ini..ramai yang tak percaya...Dan apabila beliau melihat sendiri keadaaan tersebut..barulah beliau percaya..yang sememangnyer Mahathir telah bersedia dari awal lagi. sebelum menamatkan riwayat pemerintahannyer. Bukti jelas Istana tersebut adalah lambah kehaprakkan Mahathir.. Harapan Cucu agar.. maklumat ini didedahkan dan disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia...
 
Menurut Bekas Pegawai pengiring Mahathir tu lagi..dulu pernah tersiar berita Mahathir jatuh dari kuda dekat Argentina...Yang sebenarnyer beliau terjatuh dari kuda dalam kawasan Istananyer di UK..bukannyer di Argentina seperti yang digembar-gemburkan.. Hanya media massa kat Malaysia ajer yang mebuat laporan salah..
 
Pada pandangan Cucu..jika benarlar apa yang diceritakan oleh salah seorang pegawai pengiring Mahathir ini..memang sahlar bahawa Mahathir tak akan tinggal lagi di Malaysia selepas beliau meletakkan jawatannyer..beliau tahu..lamer-kelamaan..skandal dan segala kedurjanaan yang beliau lakukan terhadap rakyat Malaysia pasti akan didedahkan..Lantaran itular beliau membeli sebuah ladang di UK dan membina istananyer disana..mungkinkah Mahathir akan menamatkan riwayat hidupnyer di sana.. Sama-sama kita nantikan ending cerita MAHATHIR ini...
 
Kalau tidak ada aral melintang...Cucu sedang menguruskan untuk mendapatkan gambar-gambar yang diambil di Istana tersebut..untuk dipaparkan kepada semua pembaca..Sebab bekas Pegawai Pengiring Mahathir itu juga menyatakan kepada rakan SB Cucu tuu..yang beliau sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan semasa berada di Istana Mahathir itu. Kalau berjaya Ok lar..tapi kalau tak dapat..Cucu tak boleh buat aper-aper..OK..apa pun tunggu !!

"KALAU TAKUTKAN RISIKO, USAH BICARA SOAL KEADILAN DAN PERJUANGAN !!!!"

CUCU MAT KILAU
Manchester United, UK
cucumatkilau@yahoo.co.uk - 04.11.2003



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!