Selamat Jalan Mahathir: Dosamu Tetap Ku Kenang !!! 
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Pertama kali Cucu nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca. Sudah agak lamer jugak Cucu menyepikan diri , maklumlar terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran Cucu..Alhamdullillah.... Cucu berharap agar Cucu dapat lulus cemerlang nanti. Macam yang Cucu perkatakan dulu.. Bulan Oktober 2003 ini Cucu balik bercuti ke Malaysia.. Dan dapatlah Cucu menyambut Bulan Ramadhan bersama sanak saudara dan kaum kerabat Cucu di tanahair. Cucu merasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan kengkawan lama cucu termasuk juga menerima email yang banyak daripada kalangan pembaca..terima kasih kerana masih mengingati Cucu Mat Kilau ....Salam Perjuangan Buat Semua !!

Tanggal 31 Oktober 2003, maka termaktublar dalam lipatan sejarah tanahair kita..Empayar Mahathir yang sekian lama memegang tampuk pemerintahan negara akhirnyer terbukti menyerahkan kakuasaannyer . TAHNIAH TUN MAHATHIR !!!! Cucu amat berbangga dengan apa yang berlaku..kerana sebelum ini, ramai juga yang sangsi akan kejujuran Tun Mahathir ini...Namun terbukti sekarang !!! Beliau akhirnyer melepaskan jawatan tersebut setelah lebih 22 tahun bermaharajagila dan memunggah hasil mahsul kekayaan negara.

Alkisah , maka media masa arus perdana pun saban hari..memaparkan cerita Tun Mahathir nii... Malahan beliau turut digambarkan sebagai "Tun Perak Moden" seorang Bendahara yang terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Apa pun gelaran dan momokan yang mengagungkan bekas Perdana Menteri Malaysia ini..Namun kita harus ingat dan sedar akan kejelekan yang telah beliau lakukan sepanjang berkuasa..

Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir ini memerintah...Cucu memang tak akan lupa jasa-jasa beliau yang membangunkan negara ini...dengan segala dasar yang dicanangkan termasuk Bersih Cekap Amanah, Pandang Ke Timur dan banyak lagi. Memang Cucu akui negara ini telah menjadi sebuah negara yang disegani seantero dunia. Dengan terciptanya Litar Sepang, KLCC, MSC, Cyberjaya, Putrajaya dan banyak lagi... Cucu amat menghormati ketokohan dan kewibawaan beliau...ini.

Cucu juga amat respek dengan kelibat Tun Mahathir yang berjaya menutup kejelekannyer dimata rakyat Malaysia... Masa yang diambil untuk melepaskan jawatannyer adalah satu skrip yang menarik...setelah berakhirnya persidangan OIC di Putrajaya... Setelah banyak negara Islam nampak bahawa Mahathir adalah Negarawan Islam terulung abad ini.. memang pandai si Mahathir nii... "Bom Jangka" yang disetkan..memang meletup pada masanyer.. Malahan seluruh rakyat Malaysia..digembar-gemburkan di media masa... melihat bahawa Mahathir adalah..seorang manusia yang bersih dari segala dosa dan noda... Inilah yang dipaparkan di kaca TV sekarang ...

Tapi bagi Cucu..sebaik mana pun manusia yang bernama Mahathir.. Cucu tetap akan sematkan dalam hati sanubari Cucu..dan telah termaktub dalam sejarah yang akan Cucu ingatkan kepada anak cucu ..serta kaum kerabat Cucu ..bahawa MAHATHIR adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling "jijik" dan "goblok" sekali. Kejelekan dan DOSA Mahathir paling terserlah sekali dan tak dapat untuk Cucu maafkan hingga ke akhir hayat Cucu ialah Mahathir Menolak Ulamak, Menghina Nabi Muhammad SAW, Mempertikaikan Ayat-ayat suci Al-Qur'an, Mempelekehkan Hadis dan Sunnah Nabi dan apa yang penting sekali Menolak HUKUM HUDUD terlaksana di muka bumi Allah ini, semata-mata ingin menjaga kepentingan survival politik beliau.

Manakala itu , Cucu juga masih ingat DOSA Mahathir pada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dosa Mahathir pada Tahanan ISA, Dosa Mahthir pada seluruh pencinta keadilan, Dosa kepada seluruh rakyat yang ingin kan Islam , Dosa Mahathir kepada seluruh rakyat ingin bersuara dan kebebasan di Bumi Malaysia ini. Dosa Mahathir kerena MEROSAKKAN sistem kehakiman negara, Dosa menghalang serta menutup kes-kes RASUAH dan SALAH LAKU pemimpin serta kroni yang sebulu dengannyer... Lihat ajer apa yang berlaku kepada Rahim Tamby Chik, Rafidah Aziz, Mike Tyson, Eric Chia dan ramai lagiii... Semua dosa-dosa ini tak akan Cucu maafkan hingga akhir hayat Cucu..

Cucu juga sedih melihat apa yang berlaku kepada Dato' seri Anwar Ibrahim..yang dipenjarakan, dihina, difitnah, dituduh dengan tuduhan palsu, dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia..serta diperlakukan seperti binatang oleh Mahathir dan kuncu-kuncunyer...Semua Dosa-dosa ini sebenarnyer lebih besar dari apa yang dipaparkan di media masa sekarang..Justeru itu Cucu menyeru kepada seluruh pejuang keadilan dan Islam di Malaysia ini, sempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah sama-sama kita menilai kembali segala kelemahan dan kekuatan kita. Tambahan pula dalam kita bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-11 tidak lama lagi.

Bagi diri Cucu, Cucu menyeru kepada semua agar...menyebarkan segala bukti kejelekkan dan kegoblokkan Mahathir ini kepada seluruh rakyat terutamanya anak-anak muda yang masih mentah dan tidak memahami politik.. Kalau boleh tanamkan dan sematkan dalam hati anak-anak kita supaya kenal siapakah MAHATHIR sebenarnyer... Selamat Tinggal Mahathir : DosaMu tetap ku kenang !!

Sempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia ini juga, Cucu nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh kepimpinan Barisan Alternatif... Buat Kak Wan serta Keluarga Di Bukit Damansara...Kenangan dirumah Kak Wan semasa Perkahwinan Nurul Izzah tetap dalam kenangan Cucu... Bersabarlar di hari baik bulan baik ni... Buat semua yang mengenali Cucu, salam perjuangan dan kepada yang hantar email kat Cucu tu..Insya Allah Cucu akan balas semuanya..

Ada yang bertanya perkembangan "VCD Hishamuddin dan Nasha" pada Cucu. Terus terang untuk Cucu nyatakan disini..SB-SB Cucu masih menjalankan sisatan serta melakukan pemantauan ... Cucu difahamkan selepas isu ini didedahkan di internet.. Pihak polis telah mengarahkan siasatan dilakukan..dan ramai anggota polis termasuk SB kawan Cucu di Bukit Aman takut untuk tampil bagi membantu Cucu...Mungkin kesilapan Cucu juga kerana mendedahkan terlalu awal berita panas itu..menyebabkan mereka sempat melakukan sesuatu..

"KALAU TAKUTKAN RISIKO, USAH BICARA SOAL KEADILAN DAN PERJUANGAN !!!!"

CUCU MAT KILAU
Manchester United, UK
cucumatkilau@yahoo.co.uk - 04.11.2003



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!