Ahli Parlimen Kuala Selangor Muflis?

Pepatah orang tua-tua ada menyebut : “Harimau mati meninggalkan belang,gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama,” siapa pun tidak akan menafikan kebenaran maksudnya.

Bagaimanapun jika kita rajin mengintai, mendengar dan menyelidiki ragam manusia yang beraneka tanpa penghujung itu nescaya di sana ada penemuan-penemuan baru boleh dijadikan pepatah atau bidalan untuk memperkayakan lagi khazanah kehidupan ini.

Kelompok manusia yang berpotensi mengundang kontroversi menjurus ke arah penemuan-penemuan baru tadi adalah `orang-orang politik`, khususnya mereka yang tamak dan rakuskan kuasa. Sebelum menang sesuatu jawatan sanggup menjanjikan bulan dan bintang, apabila kejayaan sudah ditempa semuanya itu terbang melayang.

Kepak mula kembang,leher mula panjang,lidah mula bercabang dan mata mula keranjang akhirnya sombong bongkaklah dia, menipu tak terhingga, sebarang kritikan tak boleh diterima dan mana-mana dahi licin yang sanggup menggoda dan tergoda akan menjadi mangsa tanpa mengira perawan atau isteri orang.

Begitulah ringkasan sejarah politik YB Daud Tarihep Ahli Parlimen Kuala Selangor juga bekas Ketua Umno bahagian Kuala Selangor 2001–03. Kini dia terpaksa lari malam apabila gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian pada pemilihan 18 Julai 2004 lalu.

Daud masih bernasib baik kerana walaupun kalah sebagai Ketua Bahagian mamun beliau masih lagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, kalaulah tidak kerana itu sudah pasti dia akan `bercakap sendirian`(gila) sebaik-baik sahaja kecundang jawatan Ketua Bahagian di tangan Amiruddin Sutero Adun Jeram.

Walau apa pun, jawatan Ahli Parlimen itu tidak dapat dijamin mampu bertahan sampai ke penghujung musimnya ( 2009) nanti. Silap-silap 2005 atau 2006 kerusi Parlimen Kuala Selangor terpaksa dikosongkan bagi membolehkan satu p/raya kecil diadakan.

Tentu khabar ini amat tidak menyenangkan hati kaki-kaki busuk Daud apatah lagi bekas Ketua Bahagian itu sendiri tetapi mereka harus bersedia menerima risiko sebagai golongan yang kecundang.

Setakat kecundang sahaja tidak mengapa tetapi yang menjadi masalah mereka terdedah kepada kes-kes yang bila-bila sahaja boleh meletup, semuanya itu mereka tutup di sepanjang tempuh kekuasaan mereka di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor dari 2001-2003.

Umpamanya kes melibatkan Daud secara peribadi berhubung dengan hutang piutangnya terhadap beberapa pihak. Bermula daripada kontraktor, pembekal bahan, rakan taulan dan lain-lain, semua sudah lama menuntut pelunasan malangnya tidak dilayan oleh Daud.

Terbaru pada 30 Julai lalu Mahkamah Majistret Kuala Selangor telah mengeluarkan perintah agar Daud melunaskan hutangnya sebanyak RM41,000 menjelang 30 Oktober 2004 kepada pembekal bahan binaan banglonya di Seksyen 6 Shah Alam yang sudah siap lima tahun lalu. Jika dia gagal mematuhinya perintah bankrupsi akan dikuatkuasakan.

Itu baru satu kes, belum lagi kes-kes lain yang sedang menanti masa untuk diledakkan dan paling menarik kes-kes (hutang-piutang) itu semuanya akan `dihighlightkan` oleh bekas-bekas penyokong kuat Daud satu ketika dulu.

Tidak cukup dengan kes peribadi,sekurang-kurangnya ada dua tiga kes tertunggak yang melibatkan moral, pentadbiran dan pengurusan serta kewangan parti antaranya:

a. Pihak pentadbiran baru Umno Bahagian Kuala Selangor dikatakan pening kepala kerana terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM200 Ribu yang ditinggalkan oleh bekas ketua bahagian lama (Daud).

b. Status Yayasan Sepakat yang ditubuhkan atas kapasiti Umno Bahagian Kuala Selangor tetapi dimonopoli secara mutlak oleh Ketua Bahagian. Sejak mula tertubuh akhir 2001 lalu Yayasan itu tidak pernah mengadakan mesyuarat apalagi membentangkan penyata kira-kiranya. Daud mentadbir Yayasan sepakat melalui Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) tanpa merujuk sedikit pun kepada Ahli Lembaga Pengarah.

Selain Daud sebagai Pengerusi,Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain ialah Ustaz Sayuti (Timbalan Ketua Bahagian 2001-2003) dan Amiruddin Sutero (Naib Ketua Bahagian 2001-2003) serta beberapa orang AJK Umno Bahagian, namun semuanya dianggap tidak wujud oleh Daud.

Difahamkan RM Ratusan Ribu telah disuntik ke dalam Yayasan Sepakat, tetapi semuanya tinggal misteri hanya Daud dan Ahli-ahli Lembaga Pengurusan di mana Mohd Nita Atan sebagai Pengurus Besar sahaja yang mengetahui ke mana wang itu terbang.

c. Janji Daud untuk membentangkan `Kertas Putih` berhubung dengan `consultant fees`terhadap peruntukan RM 5 Juta dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang `dikurniakan` kepada Umno Bahagian Kuala Selangor melalui projek-projek tertentu untuk `belanja awal` persiapan p/raya umum lalu, tidak pernah ditunaikan.

Syarikat Konsultan milik anak bekas Ketua Penerangan Encik Azim Kassim bertindak selaku proksi Umno Bahagian (Daud).

Sejumlah RM500 Ribu diberitakan berjaya dikutip namun bayang wang itu langsung tidak kelihatan di mana-mana pun. Daud dan geng-gengya termasuk Azim Kassim, Dato Yusof Hassan dan Nadmilail gagal menjelaskan status wang tersebut meskipun telah didesak berkali-kali di dalam mesyuarat agung tahunan Umno bahagian.

d. Status hubungan Daud dengan bekas Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Aziefah Jins Jaafar. Ada yang mengatakan wanita itu sudah bercerai dengan bekas suaminya September tahun lepas dan kini menjadi isteri ke-3 Daud. Apa pun Aziefah telah melahirkan anak ketiga empat hari sebelum Mesyuarat Agung Puteri Umno Bahagian pada 11 Julai lalu. Di dalam mesyuarat agung tersebut Aziefah proksi kem Daud tewas kepada Asiahtun Nazlina Baharum dengan 1 undi.

Persoalan menjadi buah mulut ahli-ahli Umno Kuala Selangor bukan disebabkan ketewasan Aziefah kepada Asiahtun dengan 1 undi di dalam Mesyuarat Agung yang terpaksa diadakan dua kali itu, tetapi mereka lebih ghairah untuk mengetahui anak siapakah yang telah dilahirkan oleh Aziefah?

Bayangkanlah apa akan berlaku sekiranya kesemua kes di atas mengambil tempat secara bergiliran; kes bankrupsi, kes pecah amanah, kes penyelewengan dan kes JAIS (maksiat) pula, apa akan jadi pada Daud?

Sebelum berundur terimalah pepatah baru ini untuk tatapan semua: “Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, Daud kalah meninggalkan hutang dan tembelang.” Setuju tak?

Cikgu Pencen - 09.08.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Klik untuk melihat kedudukan 
laman M@RHAEN dalam Malaysia's Website Top 100 yang sudah disekat drp berada di atas mengatasi laman-laman tajaan mereka. Macam UMNO jugaklah...