DUN Ijok Krtitikal: Khir Toyo, Mike Tyson dan Ah Tiam (Bapak Gangster
Bersekongkol Menindas Rakyat

BA Kuala Selangor telah meletakkan Hj. Abd Rahman Moharram Bekas Timbalan Pengarah Mida sebagai calon untuk menentang Dato K.Sivalinggam di DUN Ijok N.011.

Kombinasi Hj. Abd Rahman dengan YM Raja Kamaruddin bin Raja Abd Wahid @ Raja Komando selaku calon Parlimen Kuala Selangor P 096 benar-benar mencemaskan BN.

Pilihan raya kali ini merupakan kali keempat Sivalinggam mempertahankan kerusinya. Sejak p/raya umum tahun 1959 DUN Ijok (dulu Seri Cahaya) tidak pernah diwakili oleh ADUN berbangsa Melayu khususnya Umno, walaupun pengundi Melayu adalah majoriti di situ.

Difahamkan Umno kerap kali mencuba untuk mendapatkan kerusi tersebut tetapi gagal. Situasi ini menyebabkan para pengundi Umno dan orang Melayu yang lain merasa cukup bosan berwakilkan MIC.

Sebahagian besar daripada para pemimpin dan ahli-ahli Umno itu diberitakan sudah bertekad untuk tidak lagi menyokong K.Sivalinggam begitu juga MIC Bahagian Kuala Selangor. Mereka cukup kecewa kerana sejak sekian lama pemimpin MIC tempatan tidak pernah diberi peluang menjadi calon.

Kekuatan BA di DUN itu pula terus mantap semenjak p/raya umum 1999. Di kawasan-kawasan mengundi (daerah mengundi) majoriti kaum Melayu –BA menang namun faktor pengundi India dan Cina yang tidak memihak kepada BA menyebabkan Sivalinggam berjaya mempertahankan kerusinya tatkala itu.

Tetapi kini BN tidak lagi mengecapi situasi tersebut. Rata-rata pengundi kaum Cina yang mewakili 22 peratus daripada 12,404 orang pengundi berdaftar sudah berazam untuk menolak Sivalinggam yang tidak pernah turun ke padang dan mengambil berat masalah rakyat.

Para pengundi kaum itu terutamanya di Pekan Batang Berjuntai berikrar akan menyokong calon DUN BA Hj Abd Rahman anak tempatan yang mereka kenali. Manakala Raja Komando pula diminati kerana kaum Cina memang menyanjung dan menyokong mana-mana tokoh yang berani menentang penyelewengan kerajaan.

BN difahamkan benar-benar panik. Bukan sahaja Siva yang ditolak oleh para pengundi bahkan Mohd Daud Tarihep calon Parlimen pun turut tidak dihiraukan. Daud dibenci oleh sebahagian besar penyokong bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Ust. Sayuti Said.

Ustaz Sayuti merupakan anak jati Ijok dan mengundi di situ. Kaum keluarganya cukup ramai namun Daud menendang Sayuti ke DUN Melawati yang terlalu asing buat bekas MP Kuala Selangor itu. Tujuan Daud adalah untuk menyelamatkan diri sendiri sekali gus berhasrat untuk menyusahkan (menewaskan) Sayuti .
DUN Ijok berada di dalam situasi yang amat kritikal sehinggakan DS Mohd Khir Toyo selaku Pengerusi Umno dan BN Negeri Selangor terpaksa diturunkan untuk mengatasi permasalahan. Beliau dijadualkan datang ke Pekan Batang Berjuntai pada 18 Mac 2004.

Manakala TS Mohamad bin Mohd Taib Naib Presiden Umno yang hampir-hampir lupus tarikh perkhidmatannya akan turun ke Kg Jaya Setia pada 20 Mac 2004. Mat Taib pernah berlagak sebagai penyelamat kepada Sivalinggam yang pertama kali bertanding pada tahun 1990.

Tatkala itu S 46 yang diwakili oleh Dato Shahir (kini menjadi ahli Pas seumur hidup) hampir-hampir menewaskan Sivalinggam. Jika bukan kerana `rasuah` Mat Taib kepada pengundi Melayu di Kg Jaya Setia sudah tentu Siva tewas. Ertinya pengundi melayu belot di saat-saat akhir.

Apakah Mat Taib yang sudah lapok itu mahu merasuah sekali lagi pengundi Melayu Kg Jaya Setia? Hati-hatilah pengundi Melayu jangan anda mudah dirasuah yang hanya dirasai nikmatnya untuk beberapa hari sahaja, sedang untuk lima tahun akan datang kroni-kroni Umno BN terus merompak harta rakyat.

Tak cukup dengan Khir Toyo (Imam Rasuah Selangor) dan Mat Taib (Makmum Rasuah Selangor) diturunkan untuk menipu pengundi Melayu, Umno BN sudah pun menempah Ah Tiam (Bapak Gangster, Pengusaha Mesin Kuda, Ekor Gelap, Penyeludup, Perompak Pasir) untuk membawa gangster-gangsternya mengugut pengundi-pengundi kaum Cina di Batang Berjuntai dan Ijok supaya tidak menyokong BA.

Ah Tiam difahamkan telah dijanjikan untuk menyambung semula kerja-kerja mengorek pasir untuk dibekalkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Sejak 3 bulan sudah aktiviti haram Ah Tiam yang bersekongkol dengan pemegang permit pasir (AJK Umno Bahagian dan Cawangan termasuk Ketua-ketua Kampong) terencat apabila Khir Toyo mengarahkan sebuah sandiwara untuk memerangi perompak pasir.

Khir Toyo dan Mat Taib merupakan pemimpin rasuah manakala Ah Tiam gangster yang membujur lalu melintang patah asalkan kenyang, apakah manusia semacam ini yang akan menentukan nasib orang Melayu, Cina dan India di DUN Ijok dan Parlimen Kuala Selangor? Fikir-fikirkanlah jika anda masih bernama manusia!

Cikgu Pencen - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak beroperasi untuk sementara waktu)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN