Tangkap Seteru:
Agenda Utama Bakal Wakil Rakyat (Hanturaya Umno K.Selangor)

Ketika ahli-ahli Umno dan para pengundi Kuala Selangor sedang mencongak siapakah calon-calon yang akan berentap mengadu nasib baik di peringkat Parlimen maupun di ketiga-tiga DUN Jeram, Bukit Melawati dan Ijok,orang-orang suruhan `ketua bahagian paling bermasalah` di Selangor terus berkeliaran ke hulu ke hilir penuh konfiden menghebahkan Daud bakal jadi `somebody` selepas p/raya nanti.

Yang percaya hanya segelintir, selainnya hanya mencebik sambil mengejek. Jika penyokong pembangkang tak mengapa tetapi kalau ahli-ahli Umno sendiri berbuat begitu sahlah Daud Tarihep sedang menghadapi masalah besar yang terlalu sukar untuk ditangani.

Berbagai ikhtiar politik baik yang sedikit bersih mau pun kotor telah dilakukannya,majlis-majlis solat hajat dan bacaan Yaasin termasuk bersedekah kepada anak –anak yatim sudah dianjurkannya; memohon berkat supaya namanya tercalon sebagai Wakil Rakyat.

Apa pun, program-program yang diatur itu masih terlalu jauh untuk dinilai keberkesanannya. Terbaru pada 7 Mac 04, Daud cuba menganjurkan pertandingan Bolasepak 9 Sebelah di Stadium K. Selangor tetapi gagal mencapai matlamat. Tak berbaloi langsung!

Renungkanlah! Jika pemuda Umno sendiri memboikot program itu, bagaimana pula yang bukan Umno? Macam mana pula golongan tua, nilah yang memeningkan kepala Daud!

Didorong oleh perasaan yang tidak menentu itulah Daud difahamkan telah memberitahu anak seorang bekas Exco Kerajaan Terengganu bahawa agenda utama setelah dia menang sebagai Wakil Rakyat nanti adalah menangkap seteru utamanya.

Menurut Daud seteru utamanya itu adalah Mohd Amin Server Khan. Siapa Mohd Amin kepada Daud?

1. Amin adalah bekas valachee setianya ketika Daud menubuhkan skuad BAKA.
2. Amin adalah runner utama Daud di dalam membahagi-bahagikan wang kepada para perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di dalam usaha Daud merampas jawatan Timb. Ketua Bahagian dari tangan Datuk Miskon Sutero pada tahun 98. Usaha Daud gagal.
3. Amin menjadi mangsa kepada `politik wang` anjuran apabila BPR campur tangan atas arahan DS Abu Hassan Omar ketika itu. Amin didakwa dan dibicarakan selama hampir lima tahun. Nasibnya baik apabila beliau dibebaskan.
4. Daud pada mulanya berjanji akan menangani segala masalah yang dihadapi oleh Amin asalkan Amin sanggup berkorban merahsiakan segala-galanya. Demi perjuangan dan setiakawan Amin bersetuju menggadai maruah namun akhirnya ditinggalkan oleh Daud bagaikan anjing kurap sebaik-baik sahaja Daud memenangi Ketua Bahagian Umno K. Selangor pada tahun 2000.

5. Amin memberontak akhirnya membuat Pengakuan Bersumpah bahawa memang benar Daud terlibat di dalam `money politicking` pada tahun 1998. MKT Umno, J/Kuasa Disiplin Parti dan Umno Selangor turut diminta oleh Amin agar bertindak terhadap Daud.

Anak bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu memberitahu seorang pimpinan Umno Bahagian Kuala Selangor bahawa kemarahan dan dendam Daud terhadap Mohd Amin begitu mendalam.

Mohd. Amin dituduh oleh Daud telah dibayar oleh seseorang (Abu Hassan) untuk memusnahkan kredbilitinya. Benarkah tuduhan itu,kalau benar mana buktinya? Daud gagal untuk mengemukakan sebarang bukti,yang ada hanyalah sangkaan jahatnya semata-mata.

Jika Amin sudah dibayar oleh Abu Hassan, sudah tentu dia tidak perlu bersusah payah seperti sekarang, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Lagi pun Mohd Amin bukanlah sesiapa di dalam Umno Kuala Selangor, dia bukan AJK Bahagian bukan juga AJK Cawangan,dia hanya ahli Umno biasa. Amat bodohlah Daud, sekiranya dengan ahli Umno biasa pun dia gementar.

Daud juga harus tahu tiga perempat AJK Umno Bahagian Kuala Selangor sekarang sedang menanti masa yang sesuai untuk mengusirnya.

Ustaz Sayuti Timbalan Ketua, Amiruddin Naib Ketua, DP Mesrah Selamat Ketua Wanita, Dato Hanafi, Hj Jahaya Ibrahim, bekas-bekas ahli BAKA dan ramai lagi sedang menyingsing lengan untuk menggodam Daud.

Jangan salahkan mereka,kerana kebanyakan mereka sudah begitu lama bersabar dengan karenah Daud yang rakus - sentiasa menganggap diri terlalu power, sedangkan dia lupa orang melihat dia bagai beruk mendapat bunga.

Kepada tuan-puan ahli Umno dan para pengundi sekalian,cubalah renungkan sejenak belum pun bergelar YB, malah nama pun belum tentu terlekat sebagai calon tetapi Daud Tarehip sudah memasang niat jahat untuk menganiaya seorang bekas pengikut setianya.

Apa akan jadi kalau manusia semacam itu benar-benar berkuasa nanti……pasti dia akan berlaku kejam, kuku besi, tamak, angkuh, rakus, sombong dan takkabur. Apakah pemimpin sebegitu yang orang Melayu Islam mahukan?

Cikgu Pencen - 09.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN