Semakin Dekat Pilihan Raya, Semakin Kuat Rasukan Hantu Raya

Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor Mohd Daud Tarihep dilihat semakin gelabah untuk berdepan dengan pengundi dan ahli Umno di Parlimen Kuala Selangor pada p/raya umum nanti.

Tertekan dengan situasi dalaman dan luaran parti yang jelas semakin tidak memihak kepadanya Daud dikesan telah:

1. Merayu kepada Pengerusi Sekretariat BA Kuala Selangor Encik Mohd. Norman Toha supaya memberi laluan kepadanya untuk bertanding di DUN Bukit Melawati. Norman diminta oleh Daud agar bertanding di DUN Ijok.

Setelah gagal memujuk Norman Toha untuk memenuhi kehendaknya,Daud telah:

1. Membawa Encik Thirumoorthy Ketua Penaja MIC Bahagian Kuala Selangor menemui Pengerusi BN Selangor YAB DS Dr Khir Toyo bagi memaklumkan sekiranya YB Ustaz Sayuti Said masih dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor- BN akan tewas kerana MIC (masyarakat India) tidak akan menyokong beliau.
2. Meminta Thirumoorthy mencadangkan kepada DS Dr Khir supaya YB Sayuti dipindahkan ke DUN Bukit Melawati dan tempatnya sebagai calon Parlimen diambil alih oleh Daud.
3. Menjanjikan Thirummorthy sebagai calon DUN Ijok jika misi di atas berjaya.

Sementara menunggu respons dari Dr Khir, Daud terus bertindak lebih agresif dengan:

1. Meminta (memaksa) supaya Encik Fauzi Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) PDRM Kuala Selangor, supaya mengarahkan pegawai-pegawai bawahannya mengangkat nama Daud sebagai calon Parlimen kepada pihak atasan. Anggota SB amat marah dan tidak mahu melayani kehendak Daud.

Mengapa Daud bertindak liar sedangkan dia telah dicalonkan sebagai calon DUN Bukit Melawati:

1. Kurang konfiden akan menang di DUN Bukit Melawati kerana BA kuat di situ dan musuh dalamanya pun bersepah.
2. Mengharapkan Ustaz Sayuti tewas jika bertanding di DUN Melawati – (Daud sengaja mahu membunuh karier politik Sayuti yang dianggapnya sebagai pesaing.)
3. Jika bertanding di DUN Bukit Melawati sekalipun menang nanti, Daud tidak yakin dia akan dilantik sebagai Exco jika DS Dr. Khir masih lagi MB. Kedudukan dia sebagi ADUN biasa tidak akan menjamin dirinya akan terselamat sebagai Ketua Umno Bahagian.
4. Peluang Daud untuk memegang jawatan hanya akan diperolehi apabila dia bertanding di peringkat Parlimen. Pak Lah, menurut Daud akan melantik dirinya sebagai Timbalan Menteri.

Tidak diketahui pula sama ada segala alasan yang dikemukakan Daud itu benar atau palsu, tetapi yang paling pasti gelagat Daud itu akan mengakibatkan perpecahan teruk di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor dan kesannya nanti tidak mustahil BN akan tewas.

Cikgu Pencen - 03.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN