Pengerusi PIBG Sekolah Bestari Batang Berjuntai Menyeleweng?

Ramai kalangan ibu bapa di sekitar Pekan Batang Berjuntai, Selangor yang menghantar anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Bestari dekat sini merungut kerana tidak berpuas-hati terhadap prestasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh Encik Ariffin bin Rahmat.

Banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka gagal dijawab dengan baik oleh Ariffin Rahmat, di antaranya ialah:

1 Bantuan `One off` dari Kementerian Pendidikan untuk murid-murid kurang kemampuan sebanyak RM 120 per kepala, tidak disalurkan dengan betul. PIBG pada tahun lalu hanya membelanjakan RM 80 sahaja untuk tujuan itu manakala baki RM 40 dipercayai masuk ke dalam poket golongan tertentu.

2 Menyedari rahsia mereka akan dibongkar  di mesyuarat tahunan PIBG pada 6 Mach akan datang, bantuan `One Off` tahun ini serta-merta disalurkan terus kepada murid-murid terlibat. Tindakan ini diambil sebagai langkah untuk menutup tembelang mereka pada tahun lalu.

3 Yuran PIBG yang terlalu tinggi RM 30 setiap pelajar turut dipertikaikan. Terdapat lebih kurang 900 orang pelajar di sekolah tersebut. Para ibu bapa tidak pernah diberitahu ke mana wang tersebut dibelanjakan, sedangkan PIBG sendiri dikatakan rajin memungut derma daripada `sponsor-sponsor` tertentu setiap kali menganjurkan apa-apa `function`.

4 Komisyen daripada pembekal buku dan peralatan pembelajaran sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun PIBG, tetapi hal itu tidak pernah berlaku. Ariffin dan Guru Besar Encik Rahmat Siraj dipercayai memfaraid sesama sendiri.

5 Pengerusi PIBG terlalu boros. Contohnya di dalam satu `function` sebanyak RM 600 dibelanjakan untuk PA system .

6  Pengerusi PIBG memainkan peranan untuk menentukan siapa yang layak menerima SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks). Di dalam banyak kes mereka yang sepatutnya layak disingkirkan, begitulah sebaliknya. Pengerusi PIBG pilih bulu atau turut makan sogok?.

Encik Ariffin Rahmat dikatakan terlalu angkuh dan tidak menghiraukan keluhan para ibu bapa dan penjaga murid. Beliau juga merupakan AJK Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor, Ketua Penaja Cawangan Umno Taman Seri Indah Btg. Berjuntai, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Pengerusi Badan Kebajikan Taman Pancaran Btg. Berjuntai, AJK Badan Bertindak Umno Dun Ijok, Bendahari Masjid Awwabin Batang Berjuntai dan Banker kepada Encik Daud Tarehip Ketua Penaja Umno Bhg. Kuala  Selangor.

Mungkinkah kerana kesibukannya memegang banyak jawatan, membuatkan beliau kurang konsentrasi di dalam menjalankan peranan sebagai Pengerusi PIBG SKB Btg. Berjuntai? Jika begitu serahkanlah sahaja jawatan itu kepada orang yang lebih bertanggungjawab dan jujur.

Cikgu Pencen - 21.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN