Korban Umno: Lembu Lari, Wang Masjid Diguna Untuk Ganti?

Ahli kariah masjid Al-Awwabin Pekan Batang Berjuntai, Selangor, gempar apabila AJK Pentadbir memutuskan untuk menggunakan wang masjid bagi membeli seekor lembu korban sebagai mengganti seekor lembu korban yang cabut lari sebelum sempat disembelih.

Peristiwa itu berlaku pada hari raya pertama sebaik-baik sahaja para jemaah selesai menunaikan Solat Sunat Eidil Adha. Melihat kejadian yang tak disangka-sangka itu, ada cadangan daripada beberapa orang `cerdik` supaya lembu yang lari itu dikejar kemudian ditembak.

Seorang hamba Allah bernama `Ismail Kontraktor` kebetulan memiliki selaras senapang patah, tanpa berfikir dua kali bergegas balik ke rumah di kawasan perumahan berhampiran masjid tersebut untuk berlagak sebagai hero tetapi hajatnya tak tercapai apabila beliau terlibat dengan kemalangan.

Motorsikal yang ditunggang oleh Ismail berlanggar dengan sebuah motorsikal lain yang ditunggangi oleh seorang lelaki India.

Lembu yang tidak mahu dikorbankan tadi pun terus ghaib menghilang sehingga tidak dapat dikesan.

Terpempan dengan insiden itu, tiga orang AJK masjid, Hj.Adam-Nazir, Ariffin Rahmat-Bendahari dan Cikgu Zamzam- AJK memutuskan serta-merta acara korban mesti diteruskan kerana penganjur korban adalah Setiausaha masjid yang kebetulan sedang menunaikan ibadah haji.

Dengan kuasa yang ada, mereka bercadang untuk menggunakan wang masjid bagi membeli seekor lembu lain. Mujurlah masih terdapat orang yang waras membantah cadangan gila itu. Kebetulan beliau adalah penyokong BA.

Bantahan itu mendapat sokongan ramai orang termasuk ahli-ahli Umno sendiri, tetapi ketiga-tiga orang badut tadi tetap mengeras dengan hujjah akal mereka tanpa sedikit diselitkan dalil agama.

Ahli-ahli kariah yang tidak berpuashati terus menghubungi Kadhi Daerah Kuala Selangor dan Timbalan Mufti Selangor untuk mendapat penjelasan lanjut dari segi hukum. Kedua-duanya menjelaskan haram hukumnya duit masjid digunakan untuk kepentingan individu.

Akhirnya hasrat menggunakan wang masjid dibatalkan, walau bagaimanapun majlis korban tetap dijalankan keesokan harinya yang turut dihadiri oleh Ketua Penaja (Hanturaya) Umno Bahagian Kuala Selangor Encik Daud Tarihep.

Imam Masjid diminta mengisytiharkan bahawa lembu korban itu tidak menggunakan wang masjid tetapi wang waris walak sipenganjur Cikgu Toha Tarihep.

Dalam pada itu ramai juga ahli kariah yang tidak berselera menerima agihan daging korban berkenaan kerana was-was tentang taraf  kesempurnaannya. Mereka masih kurang mempercayai wang masjid tidak digunakan.

Soalnya mengapa ibadah korban yang begitu murni, mengundang kecoh? Jawabannya amat mudah:

1. Penganjur korban adalah abang Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor- Daud Tarihep.Walaupun sipenganjur tidak dapat hadir bersama kerana sedang menunaikan ibadah haji,tetapi majlis tersebut jelas bermotifkan politik untuk memberi peluang kepada Daud menayangkan muka dikawasan yang dianggapnya hitam (black area). Disitu orang Umno pun tak sukakan beliau,BA apalagi!
2. Ketiga-tiga AJK masjid `dungu` itu pula,dikenalpasti sebagai pengampu Daud yang kuat.Mereka sanggup berbuat apa sahaja,termasuk menyalahgunakan wang masjid asalkan hati Daud dan abangnya dapat dijaga.
3. Apabila masjid ditadbir oleh dogol-dogol yang tak kenal Alif,Ba,Ta agama apa-pun boleh berlaku,yang halal jadi haram,haram jadi halal.
4. Ibadah yang tidak ikhlas dan suci dari segi sumbernya akan ditunjukkan oleh Allah swt musibahnya didunia ini secara nyata sebagai iktibar kepada orang lain.

Cubalah para pembaca sekalian renungkan,kalaulah tiada orang waras dan mengerti agama berani menegur cadangan `three stooges` itu tadi,sudah tentu ahli kariah Masjid al Awwabin Batang Berjuntai memakan daging korban hasil salah guna wang masjid.

Tidakkah haram perbuatan itu ? Sekiranya enggan mengaku juga, confirmlah mereka haram jadah.

Sudah-sudah lah tu Daud! Tak cukupkah kamu merasuk Umno Kuala Selangor sehingga kucar kacir ,kini kamu cuba menunjukkan kuasa dimasjid pula . Besar sangat kah kamu ?

Sayogia diingat kamu hanya Ketua Penaja Umno Bahagian saja,wakil rakyat belum,apa pun belum…..silap-silap haribulan tau usahkan wakil rakyat,dicalonkan pun belum tentu lagi!

Cikgu Pencen - 23.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN