Umno Kuala Selangor Terus Dirasuk Hanturaya

Setelah puas merasuk Ust Sayuti Said, Timbalan Ketua Penaja supaya tidak lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor dalam pilihan raya umum akan datang, Encik Mohd. Daud Tarihep selaku Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor mula mengacau Encik Amiruddin Sutero.

Amiruddin selaku Naib Ketua Penaja bahagian itu telah dihebahkan memburuk-buruk Dato Seri Dr. Khir MB Selangor kerana kurang bijak menangani pelantikan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian di Selangor.

Difahamkan Dr. Khir hampir-hampir termakan hebahan itu. Mujur bekas AJK Bahagian Kuala Selangor yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan lepas sempat menemui Dr. Khir untuk menejelaskan keadaan sebenar setelah mendapat maklumat daripada Amiruddin sendiri.

Bekas AJK Bahagian Kuala Selangor yang amat dihormati oleh ahli-ahli Umno setempat kini dilantik sebagai salah seorang AJK di Bahgian Tanjong Karang, hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Amiruddin juga adik kepada bekas Exco kerajaan Negeri Selangor Dato Miskon Sutero dianggap oleh Daud serta kaki-kaki busuknya sebagai musuh mereka dan agen Dr. Khir di Kuala Selangor.

Kerja kotor Daud itu bertujuan untuk merenggangkan hubungan intim Amiruddin dengan Dr. Khir. Sekiranya ia berhasil, mudahlah bagi Daud untuk meranapkan peluang Amiruddin yang disebut-sebut sebagai salah seorang calon favourite Umno untuk kerusi Dun Jeram yang kini disandang oleh Datin Paduka Mesrah Selamat, Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Strategi Daud untuk meletakkan dirinya sebagai calon Parlimen dan memastikan kerusi Dun Jeram dan Dun Bukit Melawati (Dun baru) diisi oleh proksinya, adalah sebagai persediaan agar dirinya terselamat daripada dicabar pada pemilihan  bahagian tahun ini.

Daud yang benar-benar terdesak akibat tindak tanduk politik gelojohnya yang tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno Kuala Selangor sentiasa dihantui syak wasangka bahawa selain daripada bekas-bekas pencabarnya pada tahun pemilihan 2000 - Hj. Jahaya Ibrahim dan Dato Hanafi Sulaiman, Amiruddin juga akan turut terlibat untuk menjatuhkannya.

Bakal MB Selangor, Timbalan Menteri dan Menteri Penuh itu (tak tau yang mana satu dihajatinya) tambah terserlah tembelangnya apabila dikatakan terlibat dengan skandal yang membabitkan pimpinan Puteri Umno dibahagian itu.

Sementara itu Exco Kerajaan Selangor Dato Abd. Fatah Iskandar ketika ditemui di Kuala Selangor baru-baru ini menganggap Daud sebagai`orang cerdik tetapi bodoh` kerana masih terbawa-bawa ego dan stail pegawai kanan kerajaan yang menganggap orang-orang bawahan sebagai kakitangan yang mesti menurut perintah.

Kata Fatah: “ Orang-orang Umno diperingkat cawangan bukan seperti kakitangan kerajaan yang tidak dibenarkan melawan bos. Lebih baik Daud membuang tabiat silamnya yang begitu bermegah dengan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Tan Seri Mohammad Rahmat,kalau tidak didalam masa yang terdekat Daud akan menjadi sejarah.”

Cikgu Pencen - 11.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu!