Angin Perubahan Bertiup di Kedah
Oleh Cikgu Muda
Assalamualaikum.

Saudara pengarang,

Tertarik dengan ruangan rencana yang ditulis oleh Norbakti Alias (BH, 18/2/2004) yang memperkatakan tentang suasana politik Kedah menjelang pilihan raya umum yang dijangkakan pada bulan hadapan.

Bagi pihak UMNO/BN, pendapat Menteri Besar Kedah (yang terakhir dari UMNO, insya Allah), Dato’ Seri Syed Razak dijadikan panduan manakala bagi pihak oposisi, PAS diambil kenyataan Ust. Nasaruddin Mat Isa, S/Usaha Agung PAS Pusat.

Daripada kedua-dua kenyataan yang dibuat, secara jelas dapat dilihat kenyataan Ahli Parlimen Yan lebih berpijak di bumi dan menunjukkan keyakinan yang jitu bahawa kali ini perubahan pasti akan berlaku di Kedah. Kenyataan Syed Razak pula secara terang tergambar kerisauan dan ‘sekadar nak menyedapkan hati’ sahaja.

Kemudian diulas juga tentang kononnya golongan ‘profesional’ yang bakal ditonjolkan oleh UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Perlu diingat bahawa rakyat Kedah lebih arif tentang individu-individu tersebut terutamanya Zainuddin Maidin, Nakhaie Ahmad dan Dr. Fauzi Basri dan tidak sabar-sabar untuk mengajar mereka pada pilihnaraya akan datang untuk melihat sejauh mana ‘profesional’nya mereka !

Berkenaan dengan satu email di dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily tempoh hari yang dikirim oleh Sarjana Singgora, saya amat tertarik dengan isi kandungannya yang saya pasti lahir dari hati nurani seorang anak Kedah yang benar-benar inginkan perubahan pada pilihanraya umum kali ke-11 nanti.

Saya menyokong kenyataan beliau yang menjelaskan sebenarnya PAS Kedah sememangnya tidak pernah kekeringan tokoh untuk menabur bakti kepada rakyat negeri ini dan walaupun dibangkitkan isu anak tempatan oleh UMNO/BN, bagi saya ianya hanya cetusan daripada kekalutan mereka sebenarnya dalam usaha untuk berdepan dengan tokoh-tokoh besar PAS seperti Prof. Dr. Haron Din dan Ust. Nasaruddin Mat Isa.

Akhir kalam, sebagai seorang warga pendidik di negeri ini, saya ingin melihat agar angin perubahan yang sedang bertiup sekarang ini, sekencang angin timur yang sedang menderu di setiap pelosok negeri jelapang padi ini. Semoga ianya menjadi kenyataan demi untuk menyelamatkan masa depan Islam, anak cucu kita dan tanahair yang kita cintai ini daripada terus dinodai dulu, kini dan selamanya oleh UMNO/BN.

Cikgu Muda - 19.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN