Hishammudin dan Najib: Sukan Untuk Negara atau…?
Kiriman Cikgu Komando (Laman M@RHAEN)


Ke manakah arah tuju pendidikan negara?

Soalan ini sering berlegar-legar di kepala. Dalam beberapa waktu ini jentera pendidikan di seluruh negara diasak dan diamuk dengan pelbagai visi, misi dan "kecapaian" berserabut. Sama seperti selalunya, tukang canang misi dan visi berkenaan barangkali tidak berpijak di bumi nyata dan menyaksikan realiti yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan barisan guru.

Dalam pada menyusun agenda sukar iaitu mengajar dan memahamkan pelajar dalam Bahasa Inggeris, sekolah dikerah pula untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti sukan. Apa ke bangang, apa ke jadahnya?? (pinjam NTV7 punya favourite quote).

Dulu beria-ria semasa zaman Musa Mohamed, pelajar-pelajar diingatkan bahawa akademik adalah perkara utama. Heboh di surat khabar tentang meritokrasi dan semua pegawai kementerian selalu menyatakan bahawa pelajar harus mengutamakan akademik untuk kemasukan ke universiti. Sekarang apa dah jadi dengan meritokrasi? Kini, ribut tiada, tsunami dah reda, datang pula bala baru kepada pelajar dan guru yang dibawa khas oleh pendekar retorik bersaudara (Pak Najib dan abang Awww..!).

Sehari selepas Hishammudin mengumumkan bahawa pendidikan jasmani akan dijadikan subjek peperiksaan, saya masih ingat lagi, akhbar-akhbar utama menyiarkan ulasan para pelajar berkenaan hal itu. Mereka meminta agar kementerian menyelesaikan terlebih dahulu masalah seperti kekurangan guru PJ, guru bukan opsyen PJ dikerah mengajar PJ, ketiadaan Guru Pakar PJ, kemudahan peralatan PJ (hah..ni punca baik untuk menjadi rebutan macai-macai BN) malah sesetengahnya mengeluh kerana sudah cukup banyak subjek peperiksaan yang perlu dilalui dan tidak nampak signifikannya subjek PJ diperiksakan dan apakah keberkesanannya kepada kualiti atlet sukan negara? Bukan semua pelajar layak menjadi atlet, sukar sangatkah hakikat itu diterima oleh Hishammudin yang begitu berani memberi jaminan dalam akhbar bahawa sukan tidak mengganggu pelajaran murid-murid.

Kalau sayalah Menteri Pendidikan..malu saya..apa tidaknya itu baru pelajar-pelajar memberikan gambaran realiti sebenar kepada dunia, apakah situasi perlaksanaan subjek PJ di sekolah-sekolah! Punyalah ramai pegawai-pegawai kat KPM takkan sorang pun tak boleh nak consult Datuk Menteri tentang fenomena masalah ini sehinggakan pelajar pun tahu soal pengurusan PJ yang lemah!

Malah Najib dan Hishammudin sepatutnya menunjukkan contoh terlebih dahulu dengan mendidik anak-anak mereka menjadi atlet berwibawa sebelum sibuk nak mengerah anak orang lain bersukan sampai menjejas pelajaran. Jangan cakap aje pandai..oo..anak orang tak pa..anak sendiri tak boleh yee?? Sebelum itu, bersemangat kebangsaan sedikit dan tukarlah tempat belajar anak-anak menteri ke sekolah kebanyakan..baru tahu bagaimana!

Bohonglah kalau kata sukan tu tak memberi kesan kepada pelajaran. Saya guru dan saya tahu apa yang saya katakan. Sedikit sebanyak keputusan peperiksaan memang akan tergugat dan ramai ibu bapa akan merasakan panas hati nanti. Apa pula tindakan terburu-buru Hishammudin dan Najib kelak bagi mengatasi rasa tidak puas hati?

Cacamerba dan berserabut. Itulah yang saya rasa tentang arah tuju dan matlamat pendidikan Malaysia.Belum selesai satu, datang satu lagi. Berubah menteri, berubahlah idea dan saranan, semata-mata nak menunjukkan ketokohan berdasarkan ketololan.Kenapa kita tak pernah membuat penilaian terlebih dahulu sebelum mencadangkan sesuatu..? Adakah pernah dibuat kajian bahawa sukan di Malaysia merosot kerana pendidikan sukan di peringkat rendah diabaikan? Mana kajian? Mana, mana dan mana...?

Saya rasa soal sukan di Malaysia merosot lebih kepada pengurusan (politiking) badan sukan, kekurangan program sukan dan pertandingan bagi belia atau pendek kata kelemahan kementerian sukan itu sendiri. Saya merasakan lucu amat apabila membaca kisah Najib mengenai Vijay Singh(pemain golf professional) dan pengharapannya agar Vijay Singh jadi pemastautin tetap Malaysia. Inikah satu cerita bodoh yang ingin dijustifikasikan kepada tindakan mewajibkan prosedur pelajar diterima di universiti harus mempunyai pengalaman sukan? Ingat tak lagi para pembaca cerita bodoh Mahathir ketika mahu mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dahulu...? Cerita Pegawai PTD yang tak pandai berkomunikasi dalam BI tu...nampaknya trend ini diteruskan lagi oleh kedua-dua pendekar retorik keris tersembul.

Kalau setakat nak buat cerita bodoh macam ni, lebih lagi..saya boleh buat... Dan inilah mentaliti kepimpinan yang ada sekarang, semata-mata nak melihat jaguh Malaysia bertaraf dunia, segalannya ter..ter..ter...dan tak mengapalah rosakkan seluruh bangsa.Tak mengapalah anak-anak orang lain (lagipun bukan anak sendirikan datuk..??) hilang tumpuan kepada pelajaran kerana bersukan. Memang betul sukan juga boleh menjana kehidupan yang sihat dan cergas dan pelajar dapat belajar dengan lebih baik. Tetapi saya musykil dan ragu-ragu kerana pengolahan visi ini nampak tidak terancang dan secara tiba-tiba sepertimana sewaktu pengumuman dasar pengajaran sains matematik dalam BI dahulu.Udang di sebalik batu senang nak nampak, golekkan sahaja batu tu.. tetapi udang di sebalik kementerian ni..hmm sukar sungguh untuk dipercayai! Apalagi kalau dah terkena dahulu. Lagipun tak cukupkah sekolah sukan yang ada secara khusus untuk melatih pelajar-pelajar handal dalam bidang sukan. Apakah dengan mewajibkan peperiksaan PJ, sukan di Malaysia akan maju dan gah! Adakah ini satu agenda peribadi untuk membekalkan peralatan-peralatan sukan ke sekolah-sekolah dan seterusnya menambahkan lagi projek-projek gajah putih yang dalam perutnya penuh lintah-lintah pemakan darah rakyat!! Paling hebat mungkin projek membina gimnasium-gimnasium di setiap sekolah..fuh pak cik Kayoooo..macam ni!

Kaji tidak, siasat tidak, yang penting prospek fulus dan projek. Azalina pun satu hal..kementerian sendiri pun tak boleh nak handle sendiri ke..tak malu ke?? Yang pergi menyibuk kat sekolah-sekolah buat apa? Tak boleh handle kementerian sendiri sampai mengharap bantuan orang lain.

Sebab itulah selalu guru "menjerit" (bukan KL sahaja menjerit!); terlalu banyak tugas kementerian lain dibebankan ke atas pundak guru-guru..Kesihatan, Belia Sukan, Warisan, Sains & Inovasi, Hal Ehwal Dalam Negeri, Hal Ehwal Wanita..semua campak ke sekolah. BPR pun buat Pertandingan Pidato kat sekolah..sungguh lucu suasana sekolah sekarang ini.

Saya sungguh hairan..seiring dan sejalan pula projek Kompleks Komuniti Sukan Najib dengan idea mewajibkan PJ sebagai peperiksaan. Agaknya projek apa pula ye lepas ni? PLKN + PJ + Pelajar + Pusat Komuniti Sukan = $$$$$. Menteri Pelajaran pula bekas Menteri Sukan. Contact mesti ramai.

Hmmm..simplenya formula senang difahami. Ingat, rakyat bukannya bodoh. Panas hati pasal projek PPSMI belum reda dah jolok lagi dengan projek sukan pula. Pak Lah, tengok-tengoklah sikit rentak anak buah tu, ramai ibu bapa kat Malaysia ni dah bengang!

Cikgu Komando
Pahang - 25.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: