Undi Kita Tidak Rahsia. SPR Penipu!
Oleh Cikgu Komando
 


 
 
 
 
 
 
 
 

Rashid Haprak ini lantaran keceluparan mulutnya berbicara dengan suara ala-ala sesumpah diklonkan dengan itik serati dihempap dacing berkarat telah mendedahkan kegiatan-kegiatan curang SPR berkomplot dengan BN selama ini. Walaupun kita barisan alternative dah laamaaa daahh tahu namun pendedahan sebegini jelas, terang benderang, bak lampu spotlight dipasang waktu siang tidak menyangka badigol ini seberani ini menyatakan pertalian eratnya SPR dengan BN dalam ruangan akhbar perdana 21 Mac 2004.

Jangan nak kelentonglah dengan menggunakan nama hakim..err sapa nama hakim tempat korang nak buka peti undi tu..Augustus Paula Abdul kaa? Sekali lagi kita dipermainkan dengan momokan undi kita adalah rahsia…Lagi satu kenapa ramai pulak yang tak boleh mengundi di Selayang, area Gombak dan sebagainya..adakah ini bermakna selepas ini ada tangan-tangan akan mencari peluang membuka peti undi dan mengubah keputusan kiraan?? Maklumlah orang yang tak patut mengundi pun bolehh jugak berpura-pura buat aduan…
 
 

Kiriman Cikgu Komando - 21.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:
Jelas perkara seperti ini tidak pernah berlaku makanya kenapa perlku diadakan selepas berpuluh-puluh tahun rakyat mengundi..tengok ayat yang si bahalol ni guna..berbelit-belit..”tetapi ini tidakberkaitan dengan orang yang dakwa mengatakan dia disekat daripada mengundi…” yang paragraph atas tu cakap lain pulak??? Lihat ayat dia betul-betul yang last sekali… tak ada siapa boleh tahu siapa undi siapa…okeh..pegang ayat tu sat…sementara kita rujuk kat bawah ni pulak..
 

Apa pulak kerahsiaan individu dengan kerahsiaan kampong, kerahsiaan Bandar, kerahsiaan negeri ada bezakah? Yang penting undi rakyat tak boleh didedahkan. Tengok gaya ayat yang dia gunakan ..nampak gayanya selama ini maklumat rakyat mengundi terdedah kepada Barisan Periuk Nasi National ini. Inilah yang menjadi modal ugutan dalam modus operandi mengundi. Kenapa perlu beliau sebagai Pengerusi SPR mengulas bagaikan seorang pemimpin UMNO…?

Tampaknya tidak memberi kesan..? Sudah berjalan lama..? Kesan baik (baik??) ada…? Kenapa banyak guna perkataan kita…adakah anda bengong wahai Pengerusi SPR..sedarkah anda bahawa anda harus berkecuali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya?? Tak nampak langsung sikap professional?? Buruknya saya tidak nampak? Awak bercakap atas dasar sebagai pemimpin UMNO ke sesumpah kering??

Nampaknya pengerusi SPR ini amat berbakat sebagai Penasihat UMNO dan Barisan Paria Nasional..silalah berhenti menjadi Pengerusi..dan ingatlah Rashid…jangan syok sendirilah…UMNO akan gunakan engkau sampai satu waktu mereka jugak yang akan tending engkau macam bangkai sesumpah mati kena hempap dacing!!



Sertai Maillist M@RHAEN