U.G.K. UMNO Malaysia?
Sedikit masa dahulu kita dihebohkan dengan PKPM (Pasukan Khas Persekutuan Malaysia). Siasatan polis memperlihatkan bahawa PKPM disertai oleh orang-orang UMNO dari pelbagai peringkat kedudukan. Kes itu seolah-olah telah ditutup walaupun pangkat keahliannya lebih hebat daripada askar dan polis. Namanya sahaja menjelaskan kepada kita bahawa mereka lebih berbahaya daripada Al-Maunah. Sepatutnya mereka ditangkap disumbat dipenjara atau diISAkan, tetapi kisahnya tiada kesudahan. Seperti kata Nazri Menteri Usahawan, masa cerita baru meletup, heboh di media, tetapi selepas itu sunyi sepi tanpa berita. Hasil siasatan langsung tidak dimediakan. Polis memang tidak berani menyiasat sesuatu yang berhubungkait dengan UMNO. Apatah lagi menterinya adalah PM. Lagi tak berani .. nak mampuih wehhh…

Kelmarin ketika saya berjalan kaki di Pulau Pinang, saya terpandang dan berhenti seketika sambil memerhatikan satu lambang keluli macam lambang wakil rakyat atau ahli majlis yang terlekat pada sebuah kereta Mercedes C200 metalik perak cerah berpletkan PFK 98**. Di belakang dan di hadapan kereta itu tertulis dengan megahnya perkataan "U.G.K. UMNO Malaysia" yang berlatarkan lambang keris telanjang UMNO. Saya pusing kereta itu dua tiga kali untuk mencari identiti lain di dalam atau di luar tetapi tiada sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan U.G.K. itu. Setelah urusan saya selesai saya cepat-cepat kembali menghampiri kereta tersebut. Menunggu dan memikirkan apa maksud UGK tersebut. Mungkin Unit Gerak Khas barangkali. Harap ada pembaca yang boleh memberi maklumat yang tepat dengan UGK ini.

Kalaulah betul UGK itu bermaksud Unit Gerak Khas UMNO Malaysia, maknanya PKPM telah diganti dengan UGK. Tambah-tambah pilihanraya dah semakin hampir dan UMNO pula dah terdesak nak menang. PKPM dah tak boleh nak digerakkan, maka UGKlah gantinya.

Lebih kurang 15 minit saya menunggu tidak jauh dari kereta itu, kelihatan seorang pemuda berusia bawah 30 tahun memasuki kereta tersebut. Muda-muda lagi dah boleh ada mercedes baru. Rezeki dia … Mungkin itu kereta bapa dia kut … tapi tak mengapa .. itu hak dia.

Persoalannya ialah UGK itu apa? Apa kaitannya UGK dengan UMNO. UMNO Malaysia pula tu. Bukannya UMNO Pulau Pinang atau negeri-negeri lain. Maknanya UGK ini adalah satu unit tertentu dalam UMNO yang memang telah direstui oleh MKT UMNO. Sebelum ini saya tak pernahpun terdengar atau ternampak perkataan UGK ini walaupun kerap kali juga menghadiri jemputan UMNO. Saya hadir bukan saya syok untuk hadir atau mendapat habuan-habuan tertentu, tetapi hanya sekadar untuk tunjuk muka walaupun terasa malunya berada dalam majlis-majlis UMNO. Dalam majlis-majlis itu tidak pernah saya terpandang atau mendengar cerita tentang UGK ini.

Saya berharap melalui ruangan ini kita bersama-sama menyelongkar tentang UGK. Jikalau perlu saya boleh dedahkan keseluruhannya plet kereta itu. Tetapi untuk permulaan ini cukuplah PFK 98**. Apakah UGK itu benar-benar bermaksud Unit Gerak Khas atau UMNO Gila Kuasa?

Takkan PM Ehsan yang belum habis pantang 44 hari bergantung hidup kepada UGK kut? Bergantunglah terus kepada polis, hakim dan yang sewaktu dengannya. Bukankah mereka itu adalah daging, hati dan limpa kepada UMNO. Semuanya telah habis. Hanya UGK sahaja yang ada semua itu. Sebab UGK adalah lembu UMNO …

Kalau nak marah, jangan marah saya, marah kat petronas. Kat dewan terbuka PM Ehsan di Kepala Batas baru-baru ni, tidak ada daging kambing sebab PM Ehsan tak makan kambing, nanti pening …

Cacilut - 07.12.2003

Sertailah:
Blog M@RHAEN: http://www.polarhome.com:793/~marhaen2k/marhaen/weblog.php?id=0
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: