Mana Relevannya UMNO?
Hampir sebulan PM Ehsan berkuasa. Dalam tempoh tersebut dia telah memuji yang dia memang layak menjadi PM. Dia bermula dengan watak warak mengimami solat maghrib, isyak dan teraweh di sepanjang bulan puasa. Menjadi satu kehairanan kepada saya kenapa PM Ehsan ini tidak mengimamkan pula solat sunat Idil Fitri. Mungkin dia merasakan bahawa tahun depan ada lagi .. tapi sempatkah?

PM Ehsan juga memulakan tugas dengan ucapan retorik mahu menghapuskan amalan rasuah yang memang telah menjadi darah daging kerajaan Barisan Nasional. Rakyat dibuaikan dengan seloka indah kononnya PM Ehsan ini adalah PM yang lebih baik dari PM sebelumnya. Rakyat menanti dan terus menanti sehingga hampir berakhirnya bulan November ini. Sepanjang November, akhbar perdana mewawarkan kehebatan PM Ehsan ini yang membuat lawatan mengejut ke Jabatan Imigresen. PM Ehsan juga mengarahkan pembayaran wang segera kepada kontraktor yang telah menyempurnakan projek kerajaan sebelum hari raya.

Penahanan ISA 13 pelajar Melayu amat mengejutkan. Pelbagai alasan yang bercanggah dengan kenyataan duta Malaysia di Pakistan semakin menyerlahkan niat keji PM Ehsan ini. Sebagai penenang keadaan, 4 ISA ini bersama al-maunah dibebaskan sehari sebelum hari raya. Berkaitan al-maunah di Sauk, saya ulangi kenyataan saya terdahulu, iaitu kenyataan dari hasil temubual dengan JKK Kg Jenalek selepas setahun kejadian rampasan senjata tersebut. Beliau memberitahu bahawa seminggu sebelum kejadian telah ada trak-trak polis dan tentera di kawasan itu. Fikir dan fikirkanlah sendiri .. sandiwara atau bukan? Maklumat terkini saya perolehi dalam bulan puasa yang lalu. Saya terserempak dengan kenalan lama yang saya sendiri tidak menyangka yang dia mengajar di SK Jenalek pada masa kejadian. Tidak perlu saya beritahu guru tersebut mengajar di mana pada hari ini. Pada masa itu semua guru di SK Jenalek telah diarahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri supaya hanya membuat kenyataan berkaitan murid-murid sahaja sekiranya ditemubual oleh mana-mana pihak. Diringkaskan cerita .. guru tersebut memberitahu saya bahawa isu Sauk sememangnya sandiwara …

PM Ehsan sekali lagi cuba memperlihatkan kehebatannya apabila menggugur dan menukar ketua-ketua bahagian di Kelantan dan Pulau Pinang. Sama sahaja perangainya dengan PM Paduka Tun yang memecat DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO dahulu. Jawatan berkenaan adalah jawatan yang diperolehi hasil daripada pertandingan di peringkat bahagian. PM Ehsan telah tidak menghormati keputusan mesyuarat agong bahagian-bahagian yang telah menobatkan mereka sebagai ketua bahagian. Selepas ini bahagian-bahagian UMNO tidak perlu bersusah payah mengadakan mesyuarat agong untuk memilih jawatankuasa bahagian sebab hasil mesyuarat itu belum tentu digunapakai oleh PM Ehsan ini. Saya ingatkan PM Ehsan ini hanya derhaka kepada rakyat yang bukan UMNO, tetapi dia juga telah derhaka kepada UMNO itu sendiri. Laaa ni hangpa tunggu apa lagi lagi dalam UMNO … Mana pi teloq hangpa? Itulah yang payahnya, patut pemuda yang ada telur .. tapi nampak macam puteri pula yang bertelur.

Apabila saya halusi lagi aktiviti UMNO di peringkat bahagian, ternyata UMNO bahagian tidak lagi bermaya seperti di pilihanraya 1999. Semasa pilihanraya 1999 UMNO juga lesu tetapi masih gagah untuk bangun. Tapi hari ini kelesuan itu semakin menebal hingga mereka tidak lagi bermaya .. hampir-hampir jadi mayat dah… Kekuatan yang ada pada UMNO ialah wang. Semasa saya di Kelantan dalam kempen pilihanraya umum 1995, hampir setiap malam saya menghadiri ceramah-ceramah UMNO. Dua atau tiga ceramah UMNO saya hadir pada setiap malam. Setiap ceramah UMNO akan diagihkan RM10 atau RM20 kepada pengunjung. Bila dah dapat pergi ceramah yang lain pula. Pak Cik kayaaa … tapi bila balik Perak tak juga ngundi BN.

UMNO sendiri mengakui bahawa kekuatan BA terutama PAS ialah semangat kerjarela mereka. Cuma PAS tidak begitu bijak mengambil kesempatan. Ortodoks PAS yang masih memimpin beberapa kawasan tetap menggunakan cara lama mereka iaitu banyak menghukum daripada mendidik. Pergerakan KeADILan pula lebih dominan di bandar-bandar berbanding di luar bandar. KeADILan akan merasa rendah diri apabila bermesyuarat dengan ortodoks PAS di luar bandar. Kelemahan BA inilah yang digunakan sepenuhnya oleh UMNO. Inilah saki baki kelebihan yang masih ada pada UMNO. Tetapi sekiranya kerjasama PAS dan keADILan kukuh di peringkat akar umbi seperti di bandar-bandar, UMNO akan menderita terkubur.

Pimpinan UMNO bahagian tidak lagi mampu untuk memujuk dan meyakinkan ahli-ahlinya di cawangan bahawa UMNO masih relevan sebagaimana yang didendangkan oleh PM Ehsan kelmarin. Ketua bahagian mengharap sangat kepada ketua-ketua cawangan agar menjaga anak buah sebaik mungkin. Wang diberi kepada ketua cawangan untuk ditaburkan kepada anak buah. Tetapi sebahagian besar wang tetap tersimpan di akaun ketua cawangan sehingga ada beberapa ketua cawangan yang ke hulu ke hilir dengan mata belalang. Lagipun ketua-ketua cawangan UMNO hari ini bukannya ada pengaruh seperti ketua-ketua cawangan terdahulu. Ketua-ketua dahulu boleh jadi imam, boleh baca doa, boleh baca talkin dan macam-macam lagi kemahiran yang baik-baik yang boleh ditumpang oleh anak buah. Ketua hari ini dah jauh dari masjid. Terdapat juga ketua-ketua cawangan yang lebih bergaya daripada ketua bahagian. Sekiranya ketua bahagian mempersoalkan, nanti dia dan anak buahnya tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya nanti. Last-last .. ketua bahagian hanya pejam mata tengak kelaku ketua-ketua cawangannya.

Kisah ringkas yang saya ceritakan di atas adalah gambaran sebenar apa yang berlaku pada UMNO di Perak. UMNO Perak tidak sekuat dahulu, cuma UMNO kelihatan kuat kerana BA mengalami sindrom kurang upaya. Kurang upaya untuk mendampingi golongan marhaen walaupun golongan ini telah bersedia untuk didampingi. BA lena diulit mimpi indah konon Perak dalam genggaman. Sokongan 44% pengundi Perak kepada BA dalam pilihanraya 1999 seolah-olah cukup meyakinkan BA untuk menambah 10% lagi sokongan. Saya tidak bimbang dengan pengundi lelaki sebab pengundi lelaki telah membuat keputusan muktamad siapa yang akan dipilihnya nanti. Jikalau ada perubahanpun cuma sedikit sahaja. Tetapi pengundi wanita menjadi penentu. Pengundi wanita yang berusia 40 tahun ke atas sering berubah-ubah pilihannya. Dalam sekelip mata sahaja pengundi wanita boleh dipengaruhi. Tetapi apa yang BA Perak lakukan untuk mendekati golongan ini? Ziarah dan usrah dari rumah ke rumah hanya mendatangkan ketidakselesaan kepada kumpulan ini. Hanya yang benar-benar rapat sahaja boleh mendatangkan keselesaan kepada golongan ini. Mungkin BA boleh memikirkan untuk melatih kader-kader BA yang ada ikatan kekeluargaan dengan kumpulan wanita 40-an itu. Tetapi janganlah dihantar kader-kader yang dangkal… yang menganggur, yang spm gred tiga… takde sape nak respect kat deme ni.

Masa masih ada .. BA tetap berpeluang cerah di Perak. Ustaz Ahmad Awang boleh memenangi Bagan Serai. Dr. Hassan Ali tetap gagah di Parit Buntar. Si Pidah Aziz akan sakit di Kuala Kangsar. Hamzah Md Zain semakin ceria untuk menghumbankan Nazri Aziz di Tasek Chenderoh/Padang Rengas. Dr. Lo’Lo’ yang difahamkan akan bertanding di Parit tempat dia berasal-usul akan memudahkan PAS mengekalkan kerusinya di Parit. Lonjakan reformasi di Kg Gajah melalui Muhaimin Sulam dan Haji Othman akan menipiskan harapan UMNO di sana. Begitu juga dengan Lumut yang merupakan satu-satunya contoh pakatan BA yang begitu akrab di Perak sehingga BN hanya menang majoriti 600 sahaja tahun 1999. Sekiranya Dr. Xaxier bertanding di Sungai Siput, Samy Vellu semakin nazak. Tambahan pula UMNO Sungai Siput semakin haru biru sesudah Haji Fadhil Harun meninggal dunia. Lintang menjadi rebutan antara Dr. Zamri dan orang-orang tua UMNO Sg Siput.

Dr. Lim Bon Chai begitu sinonim dengan masyarakat Cina terutama di Ipoh. Susah MCA nak hapuskan sinonim ini. Batu Gajah dan Teluk Intan pula masih relevan kepada DAP. Tokoh muda keADILan Mustapa Kamil Ayob dan Hanapiah Man masih berbisa di samping wakil rakyat tunggal mereka, Usaili Alias yang terus mengungguli Bota. Cikgu Kamarudin pula mula meniti di bibir Beruas.

Ayuh BA .. mulakan gerak yang lebih pantas dan tersusun. Jangan takut dengan UMNO sebab UMNO telah tidak relevan lagi. Ada PMpun PM Ehsan, PM Derhaka.

Cacilut - 28.11.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: