10 Hari Dah Cukup Dah .. Tak Payah Tunggu 100 Hari


Geram sungguh aku malam ni. Sebelum pergi teraweh sempat juga nengok berita kat tv dari muka pintu. Maklumlah pintu rumah aku ngadap tv. Naik segala bentuk reroma aku. 13 pelajar Malaysia yang dihantar pulang dari Pakistan ditahan ISA. Mereka didakwa atas tuduhan mengganggotai Jemaah Islamiyah (JI). Masa terawehpun aku teringat kat bebudak 13 orang ini. Cukup lapan rakaat aku tersandar di dinding surau cadang nak terus buat witir .. last-last sama witir dengan jemaah lain yang cukup 20 rakaat. Malaun punya PM. Patutpun jadi PM Ehsan … sebab tengah geram ni aku kena tulis waktu ni juga. Kalau tunggu esok dah tenang dah .. tak syok pula aku nak tulis...

Aku difahamkan ISA adalah di bawah 100% kuasa Menteri Dalam Negeri. Mahkamahpun tiada kuasa. Buktinya apabila mahkamah membuat keputusan yang penahanan 6 ISA terdahulu adalah tidak sah dan berniat jahat, mahkamah tidak boleh membebaskan mereka kerana kuasa membebaskan adalah terletak pada bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. Jikalau ada manusia lain yang lebih tinggi lagi kuasanya, hanya PM sahaja. Amat jelas tu .. Menteri Dalam Negeri dan juga PM berkuasa penuh dalam menahan dan membebaskan tahanan-tahanan ISA. Pada hari ini siapa yang jadi Menteri Dalam Negeri? Tentulah Imam PM Derhaka. Siapa pula Perdana Menterinya? Imam PM Derhaka. Maknanya dalam tempoh 10 hari pegang kuasa PM dah mula guna ISA. Kesian kat bebudak 13 orang tu ..

Oiii.. PM Derhaka, PM Ehsan, tiada cara lainkah nak tahan mereka? Mereka buat salah pada kerajaan Mussyaraf di Pakistan dan Pakistan sendiri telah melakukan siasatan ke atas mereka . Mereka telah dihukum dihantar pulang dengan tidak dibenarkan lagi belajar di Pakistan. Lagipun mereka masih muda belia, masih boleh diasuh semula. Itupun kalau mereka benar-benar bersalah. Entah-entah mereka dijadikan mangsa untuk menghalalkan politik BN …

Dua minggu lagi kita menyambut hari raya. Kesedihan keluarga 13 tahanan terbaru ISA ini akan menambahkan lagi koleksi penderitaan keluarga-keluarga tahanan ISA yang lain. Imam tak nangisker .. . sepertimana keluarga ISA yang lain hiba meratapi kesedihan angkara politik machivelian BN ini. Tak bolehkah tangguh dua minggu lagi? Atau tak bolehkah bebudak 13 orang ini dijadikan tahanan dalam rumah? Banyak cara lain Imam boleh guna untuk menangani kes bebudak 13 ini. Lagipun mereka bukan Ezam atau anak YAB Nik Aziz yang dikatakan ada pengaruh kat Malaysia ni. Mereka masih bebudak Imam.. bebudak beno …

Kelmarin Imam ada menyebut dalam majlis bersama Tok Samy, "…Saya harap semua memberitahu kepada saya maklumat yang benar. Tell me the truth. Saya tahu kadang-kadang orang kasihan kalau beritahu yang benar Pak Lah akan menangis, takut susah hati tidak boleh tidur. Pada saya sebagai pemimpin saya sudah kata saya bahkan kepada ahli UMNO Kepala Batas pun saya kata, saya bersedia, boleh mendengar apa yang benar. Kalau tidak sanggup hendak tahu apa yang benar tidak payah jadi pemimpin…" Takkan Imam nak nafikan kut kata-kata tersebut bukan keluar dari mulut Imam sendiri.

Imam memang mudah menangis kalau Imam diberitahu akan sesuatu yang benar. Hebat sungguh Imam setelah menjadi PMpun Imam masih nangis. Sebab itulah Imam kena tipu. Dahulu kena tipu hidup-hidup dengan Paduka Tun. Hari ini kena tipu lagi .. isk iskk

Adakah berita tentang bebudak 13 yang kena tahan ISA itu satu penipuan? Apakah kesedihan keluarga mereka juga satu penipuan? Apakah hari raya lagi dua minggu juga satu pembohongan? Semua ini benar Imam. Adalah berita benar yang Imam menandatangani surat penahanan mereka. Berita benar kesedihan dan kejutan yang melanda keluarga mereka. Juga berita benar hari raya dua minggu lagi. Di Pakistan mereka dah kena hukum sebab dalam soal siasat itupun dah jadi satu bentuk hukuman. Balik Malaysia kena lagi. Baik tak payah balik… Imam tidak menangiskah membaca berita benar ini? Dalam Tempoh sehari sahaja Imam telah menodai kata-kata Imam … Imam tahu makna munafik kan?

Di awal tadi saya kata Imam PM Derhaka. Sebab apa saya tulis camtu pada Imam. Sebab Imam adalah PM. PM patut bersama rakyat sebab tanpa rakyat Imam tak boleh jadi PM. Jikalau rakyat Kepala Batas tak beri undi pada Imam, bolehkah Imam jadi calon PM. Tapi Imam telah derhaka kepada rakyat. Imam telah memusuhi rakyat Imam sendiri. Kami rakyat tak tahu dah nak mengadu hal pada sesiapa. Nak harapkan Imam, Imam pula dah jadi diktator. Kami ingat diktator tua belah, Imam akan mampu merubah keadaan. Tapi Imam lagi teruk. Dalam tempoh 10 hari sahaja jadi PM, 13 dah kena ISA. Masa mula-mula diktator Paduka Tun jadi PM tak ler teruk camni. Paduka Tun peringkat awal jadi PM, hanya mendedahkan agen KGB jer … apa ker nama agen tu .. lupa dah .

Pelik aku … ada PM macam takde PM. PM yang adapun hanya nak bergaduh ngan rakyat.. tak berani gaduh ngan yang tua… sebab tu kelahi ngan bebudak 13 ….

Imam..., Imam mesti lagi tahu .. kalau dirasakan dalam kumpulan yang dihukum itu ada seseorang yang teraniaya, lebih baik bebaskan semua… tak gitu Imam?

Esok PM nak buat apa pula .. kita tunggu ..

cacilut - 11.11.3002
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!