Tok Imam Dollah Kian Lemah …


Hari ini genap sembilan hari Imam Dollah jadi PM. Imam yang dapat kuasa ehsan daripada Paduka Tun. Sebelum Imam Dollah jadi PM, Imam kelihatan gagah penuh bergaya mahu menghapuskan amalan rasuah yang telah menjadi darah daging Paduka Tun dan juga barah kepada kroni kronik UMNO. Imam seolah-olah yakin yang penawar barah rasuah ada padanya apabila telah bergelar PM nanti. Dan Imam ulangi lagi mahu membanteraskan rasuah dalam ucapan sulungnya di Parlimen selaku PM. Mendengar sahaja ucapan Imam, saya betulkan semula tabik saya pada Imam. Saya mahu tabik saya itu kelihatan kemas pada Imam. Tabik yang mengharap belas ehsan tindakan Imam itu nanti akan secara langsung membersihkan celaan dan hinaan ke atas DSAI. Nasib baiklah sSTK segera menyedarkan mana mungkin seorang imam yang turut bersama berkonspirasi menjatuhkan DSAI, akan mendedahkan salahlakunya sendiri. Malulah Imam nanti… rugilah Paduka Tun lantik Imam jadi TPM. Paduka Tun lantik Imam jadi PM sebab ada makna oooooi …

Hari berganti silih bertukar warna dengan Imam terus menjadi imam. Janji Imam yang mahu membanteras rasuah hilang entah kemana. Imam sibuk dengan perkara-perkara lain. Janji Imam sebagai retorik untuk membuai mimpi rakyat kononnya Imam lebih baik daripada Paduka Tun. Kenyataan Imam berkaitan rasuah telah membuktikan yang fahaman rakyat sebelum ini adalah benar sebenar-benarnya. Sah Paduka Tun pengamal ulung rasuah negara. Takkan berani Imam menyelongkar rasuah Paduka Tun. Selongkar sahaja, Paduka Tun akan mendedahkan pula rasuah Imam. Gelombang Biru entah ke mana, haru biru yang Imam terima nanti. Lagipun Imam tak cukup handal .. sikit-sikit nangisParam lagi handal, sikitpun tak nangis…

Hari ini Imam bersama Tok Samy. Bangga Samy duduk bersebelahan dengan Imam. Dan Imampun turut sama bangga. Bukan senang nak tengak Imam dan Tok Samy duduk sebelah-menyebelah. Nasib baik bulan puasa, kalau tak puasa boleh makan bersuap dan disuap .. tapi kat belakang tetap ada makan suap antara Imam dan Samy. Mustahil hobi bersuap yang dah jadi darah daging boleh ditinggalkan begitu sahaja. Mustahil …. Betui bebeno kata-kata sSTK..

Imam beria-ia berpesan dalam ucapannya di majlis Samy, meminta ahli BN beritahu Imam perkara yang sebenar-benarnya. Jangan tipu lagi macam sebelum ini. Sebab kena tipulah si Najib calon TPM digelar Menteri 241. Maknanya Imam pun kena tipu. Jangan tipu lagi weiii, mampuih BN nanti dalam pilihan raya. Jangan sedapkan telinga PM yang BN itu cukup kuat. Jangan jadi macam sSTK .. habis UMNO Kapar kena tipu walhal dia dah tak ngundi UMNO lagi. Sebenarnya sSTK bercakap benar tetapi cakap benarnya dikatakan fitnah oleh pimpinan perdana UMNO sebab mereka lebih percayakan kisah-kisah yang tidak benar. Tapi Imam mesti dan tetap kena tipu lagi sebab sSTK bukan sahaja ada di Kapar tetapi juga ada di Kepala Batas. Kat Permatang Pauh usah ceritalah, memang ramai jenis sSTK ini. Bolehkah Imam kenalpasti dalam BN yang mana sSTK tulen dan yang mana sSTK celup? Kesian Imam.. kena tipu lagi …

DSAI tetap ‘terpelihara’ di Sungai Buluh. Imam pula enak-enak berbuka puasa dengan pelbagai juadah. Sedarkah Imam yang juadah itu bukan disediakan oleh Bini Endun, bukan disediakan oleh Bonda Kailan. Jikalau mereka yang menyediakan, sudah tentu dalam proses penyediaan itu mereka mengharapkan sesuatu yang baik terjadi pada Imam. Sedarkah Imam bahawa makcik dan pakcik yang sediakan juadah itu adalah makcik pakcik reformasi. Harapan mereka adalah juga merupakan doa mereka yang tulus suci. Mereka memohon agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada yang benar dan menyegerakan pembalasan kepada yang bersalah. Kuih-muih juadah berbuka puasa ini boleh menjadi saluran doa reformis. Boleh makan dalammm Imam …Tapi Imam terus terusan menjamah seolah-olah tiada kesannya. Tapi kami nampak raut wajah Imam setiap hari semakin lemah lesu letih longlai … sedangkan DSAI tetap segar pada kami marhaen Melayu.

Ada pendapat yang mengatakan kalau Imam banteras rasuah pada masa ini, jentera pilihan raya BN tidak akan berfungsi mengikut kehendak BN. Betulkah Imam? Camne boleh jadi lagu niiii?

Imam .. Imam Dollah .. dah tak sejernih kelmarin .. tu baru sembilan hari … (kalau Imam terlupa dah berapa hari, bolehlah check 'count-up counter' yang tersedia di laman M@RHAEN seperti di atas).

He he Imam …

cacilut - 09.11.3002
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!