Pak Imam Dollah PM Ehsan

Syabas Pak Lah kerana berjaya menjadi PM pertama di Malaysia yang menjadi imam solat. Sekurang-kurangnya Pak Lah boleh digelar Bapa Imam Negara. Allahyarham Tunku Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tun Razak Bapa Pembangunan, Allahyarham Tun Hussein Bapa Perpaduan, manakala Tun Dr. Mahathir klon Tun Mutahir Bapa Korupsi dan pelbagai jenis bapa yang sewaktunya dengannya. Pak Lah pula Bapa Imam Malaysia.

Pak Lah, cukuplah sekali dua rakyat diberitahu melalui media yang Pak Lah menjadi imam solat-solat di bulan Ramadhan ini. Selama lapan hari Pak Lah menjadi PM, selama itulah juga tersiar berita Pak Lah jadi imam. Itu dah angkuh Pak Lah. Riak pula tu. Silap-silap pahala tak dapat, bala yang dapat. Harap-harap Pak Lah dapat petunjukNya…

Sepanjang seminggu Malaysia berPMkan Pak Lah, tiada idea besar yang menarik perhatian rakyat. Rakyat hanya digula-madukan yang Pak Lah alim dan mesti baik punya PM … Setiap hari berbuka puasa dengan aristokrat negara. Imam maghrib, isyak dan teraweh. Apa kata kalau Pak Lah arahkan si ZAM tu buat siaran langsung solat-solat tu kat tv. Aaaa.. sure heboh punyaaaa.. Si Zam jadi bilal. Lebih molek lagi kalau Najib jadi bilal teraweh. Barulah rakyat boleh terbeliak biji telinga mendengar merdunya suara bilal…

Ramadhan telah hampir separuh berlalu. Pak Lah telah bertemu rakyat di Pulau Pinang di Kepala Batas. Sudi-sudikanlah mulai esok Pak Lah berbuka puasa dengan rakyat di negeri-negeri lain pula. Nanti kempunan pula ketua-ketua bahagian UMNO yang bukan berstatus menteri nak berbuka dan berimamkan Pak Lah. Pak Lah mesti tahu yang mereka terlalu ingin tunjuk muka tak tahu malu mereka kepada Pak Lah. Mesti berebut mereka nak jadi bilal Pak Lah.

Kelmarin, Pak Lah suruh perkuat jentera pilihanraya BN. Memang dah cukup kuat dah. Jentera BN memang kuat. Kuat jentera, tapi payah nak menang. Nak kerusi meja canopi minta dengan JKR. Nak p.a. system minta pada Penerangan. Nak lori angkut beras kain batik minta kat majlis-majlis daerah. Nak Polis, nak samseng, atau nak apa-apa sahaja, semua itu BN dapat sebab semua itu adalah jentera BN.

Pak Lah jangan bimbang, BA memang tiada jentera. Kalau adapun telah diguna-pinjam oleh BN. Jikalau Pak Lah tak caya, lekas-lekaslah bubarkan parlimen, buat pilihan raya. Malulah jadi PM ehsan. PM yang piau ialah PM yang jadi PM selepas pilihan raya, bukannya jadi PM sebelum pilihan raya. Lainlah kalau PM yang sebelum ini dah jadi arwah .. taklah malu sangat. PM lama elok hidup lagi. Boleh pergi Sepanyol, Jepun tanpa singgah buat umrah kat Mekah. Malu Pak Lah .. rakyat kata Pak Lah PM Ehsan.

Apabila Terengganu hanya diberi Wang Ehsan ganti Petronas, Terengganu cukup marah. Marahlah sebab malu. Jatuh maruah rakyat Terengganu. Patutnya dapat wang royalti Petronas tapi hanya diberi Wang Ehsan sahaja. Sampai hari ini mahkamah tak berani nak bersidang mengenai wang royalti dan wang ehsan itu. Bagi Terengganu, demi menjaga maruah mereka sanggup bawa kes wang royalti dan ehsan ini ke mahkamah. Malu sebab wang ehsan yang mereka dapat hanya merupakan sedekah pusat jer .. Dan bertambah malu lagi kalau mereka langsung tak peduli pasal wang royalti tu .. sebab tu Terengganu marah sebab hak dia tak dibagi, hak orang lain pula yang dibagi ..

Pak Lahpun patut rasa malu. Pak Lah hanya jadi PM Ehsan. Patutnya Pak Lah cabar Paduka Tun di mahkamah kenapa dia bagi PM kat Pak Lah. Cabar Pak Lah jangan tak cabar. Tapi Pak Lah memang tak tahu malu… semuanya kecut dahhh .. Kalau Pak Lah ada rasa malu, dah lama dah Pak Lah takkan rujuk pada UMNO. Kuli dan Rais sempat juga dua penggal baru rujuk, tapi Pak Lah tak sempat habis sepenggal dah rujuk semula pada Paduka Tun. Memang Pak Lah tak tahu malu .. buat malu imam jer ..

Pak Lah .. Pak Lah PM Ehsan.

… sSTK dengan selokanya .. cacilutpun nak terai .. seloka bukan, gurindampun bukan .. tapi hanya berbentuk godaman dari cacilut.

cacilut - 09.11.3002
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!