Bayangkan kalau....
Oleh Brontosaurus
Bayangkan kalau...

... dengan tidak disangka – sangka UMNO menang besar di Kelantan pada PRU ke – 11 dan Tok Pa pula dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Bayangkan kalau...
...anda bengang dengan keputusan pilihan raya tersebut lalu menyumpah agar semua rumah wakil rakyat termasuk rumah MB Kelantan menjadi batu. Tiba – tiba beberapa hari kemudian anda mendapati sumpahan anda dimakbulkan.

Bayangkan kalau...
... pusat – pusat karaoke dan disko diberi lesen semula, begitu juga dengan kedai – kedai judi dan arak. Tiap – tiap malam Kota Bharu menjadi “Bandar Yang Bercahaya”.

Bayangkan kalau...
... lebih 500, 000 rakyat Kelantan membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke – IV kerana ingin menyaksikan konsert Christina Aguilera yang julung – julung kali diadakan di negeri ini sejak lebih satu dekad yang lalu.

Bayangkan kalau...
... Siti Nurhaliza menangis lagi, tapi kali ini di depan Masjid Serambi Mekah, disaksikan ribuan rakyat yang telah membeli tiket pertunjukannya.

Bayangkan kalau...
... anda terdengar percakapan begini di sebuah tempat di Pengkalan Chepa,

“Aih, lawa – lawa male ni gi mano mu?”
“Mmano lagi, Pusat Tarian Dangdut Istimewa Kelantanlah! Maghi gi skali?”
“Eeh, ambo ready selalu!”

Bayangkan kalau...
... seorang pelajar wanita pulang ke rumah dengan perutnya yang berisi. Ayahnya terkejut tetapi si anak dengan tenang menjawab, “Relakslah Pak, PAS buke ado lagi doh!”

Bayangkan kalau...
... sebaik sahaja turun dari bas anda pergi ke kaunter tiket untuk membeli semula tiket ke Kota Bharu. Tetapi jurujual tiket itu ketawa sambil berkata inilah dia tempatnya. Rupa – rupanya anda menyangka anda telah tersalah naik bas ke Johor Bahru.

Bayangkan kalau...
... bapa mertua anda berkeras mahu menamakan cucu perempuannya Siti UMNO!

Bayangkan kalau...
... kalau semua yang dibayangkan tadi tidak berlaku? Alangkah leganya! Astalavista UMNO bebeh!

Oleh:
brontosaurus_82 - 14.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!

Sertai Maillist M@RHAEN