Dihinakanlah Ke Atas Kamu Dunia dan Akhirat
Saya cuma ingin meluahkan perasaan hati yang mengelegak memberontak ke taraf yang tidak terhingga. Ramai yang bertanya, “Are you happy with the election results?”. Jawapannya ialah ‘NO’.

Keputusan dan perjalanan pilihan raya dan berbagai laporan yang dibuat jelas menunjukkan negara Malaysia sebenarnya bukan menuju ke arah negara maju, tetapi terjun mejunam ke tahap negara pariah. Lebih bawah daripada taraf dari dunia ketiga. Tidak salah kalau dikatakan hampir menyamai negara-negara mundur diperintah diktator korup di Amerika Latin, Afrika dan negara-negara Karibia yang diberi jolokan ‘Republik Pisang’ (Banana Republics). Kalau BN menang secara gentlemen, kami akan terima dengan hati terbuka. Bukankah itu prinsip demokrasi? Tetapi kemenangan dengan cara penyalahgunaan kuasa, kedudukan dan politik wang yang berleluasa adalah sesuatu yang amat memalukan. Pak Lah masih mengelamun semasa pengumuman kemenangan UmnoBn yang sungguh pelik dan luar biasa. Si Endon terpaksa menepuk bahu Pak Lah untuk menyedarkan ke suasana realiti. Rayuan Pak Lah supaya rakyat semua menerima keputusan pilihanraya jelas menunjukkan beliau sendiri bimbang dan riak hati beliau meronta membayangkan sesuatu yang tidak wajar telah diperlakukan oleh UmnoBn. Aneh, kenapa perlu merayu kepada rakyat?

Dengan kerenah penyelewengan jentera kerajaan termasuk media yang berat sebelah dan dikawal kerajaan, rakyat marhain sudah bosan disogok dengan propaganda dakyah busuk. Macamlah kami dungu tidak tahu membeza baik dan buruk. Kami pun mempunyai otak untuk berfikir, bukan lembu. Berita tulen amat sukar diperolehi. TV langsung tak layak ditontoni. Pendapat serong ‘pakar-pakar’ dan lakonan profesor kangkung amat memualkan dan membosankan. Peluang untuk pihak pembangkang langsung tidak ada.

Dengan kecenderungan menghalalkan apa cara sekali pun akhirnya BN menang dalam satu pilihanraya yang penuh kontroversi.  Segalanya sanggup dilakukan demi cintakan kuasa dan kekayaan yang berterusan. Rakyat marhain tidak akan menerima keputusan ini. Ugutan ISA oleh polis sudah mula kedengaran. Jadi sama-sama kita lihat sama ada Pak Lah mampu mengotakan janjinya. Kita saksikan sama ada Wang Ensan bertukar menjadi Wang Royalti seperti asal atau terus jadi Wang si Dereh. Kita saksikan sama ada universiti akan dibina di Kelantan dan Terengganu dan  MRSM yang ditutup si bahlol Nazri dibuka semula. Kita saksikan sama ada sistem pendidikan anak-anak bangsa terus dirobek ikut acuan mereka. Kita saksikan sama ada mereka ini sebenar-benarnya Wakil Rakyat, Wakil Kroni atau Wakil Perut untuk membesarkan temolok. Kita saksikan juga sama ada beliau akan menghapuskan rasuah, penyelewengan polis, memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.

Pak Lah yang dikatakan ‘Mr. Clean’ telah menjelma menunjukkan belangnya. Beliau telah turut bersubahat dan berpesta di dalam kubang bergelumang dengan segala kebusukan najis di dalam UmnoBn. Mampukah beliau membuat perubahan tanpa sokongan akar umbi yang turut terpalit dengan segala najis yang membusukan? Dari apa yang dilaporkan belum pun berapa hari memerintah anak menantu Pak Lah nampak begitu gelojoh dan polok  kontrak-kontrak besar. Bagaimana beliau akan mengikis daki busuk UmnoBn tanpa menjejaskan kedudukannya menjadi tandatanya ramai. Begitu senang menjadi kaya kalau berpolitik dengan UmnoBn. Kemewahan yang melimbah ruah sehingga mereka lupa daratan dan peranan memikul amanah rakyat. Wakil-wakil rakyat terutama dari Umno berlagak macam anak raja.

Berbalik kisah pilihan raya ke-11 ini. Memang jelas sekali keputusan kali ini menghasilkan begitu ramai ‘anak-anak haram’ yang disemai bibitnya oleh SPR dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara.. Pengerusi SPR begitu angkuh dan berlagak seperti satu sayap UmnoBn dengan perjalanan pentadbiran yang tidak telus yang meragukan menjadi tandatanya orang ramai.

Pada tahun 1999 saya pernah berkenalan dengan seorang rakyat Indonesia dari Medan yang menjadi orang tengah dan terlibat secara langsung dengan sindikit mendagangkan kad pengenalan kepada pendatang Indonesia dengan harga RM1,500. Katanya kad pengenalan ‘ori’ dan mampu menunjukan ciri-cirinya sekali. Asal usul kad pengenalan ini menurut malaun pecacai ini adalah daripada agihan kuota untuk orang-orang politik yang diperolehi daripada dalang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sejumlah hampir 50,000 kad pengenalan yang tidak dituntut digunakan bagi tujuan kotor ini. Tidak pula dimusnahkan seperti dakwaan JPN di akhbar ketika itu. Malaun ini juga menyebut nama-nama orang terlibat dan begitu yakin berhujjah tujuan penjualan kad pengenalan ini adalah untuk membantu UmnoBn dalam pilihanraya. Modus operandi sama dengan ‘program pemutihan’ pendatang asing di Sabah dulu. Jadi dalam tempoh hampir lima tahun semenjak 1999 apa lagi perancangan lanjut yang dibuat di JPN kita tidak tahu. Baru-baru ini saya mendapat maklumat ‘ori’ juga daripada orang yang terlibat secara terus dalam konpirasi kotor UmnBn. Dakwaan beliau ramai remaja, pelajar dan juga keluarga setinggan yang miskin termasuk pendatang asing telah ditipu semasa pendaftaran untuk pilihanraya oleh talibarut UmnoBn dengan dicap jari dan diberi wang. Mereka diugut akan ditangkap dan dipenjara sekiranya gagal mengundi untuk BN kerana telah menerima sogokan wang. Kad pengenalan mereka juga ditukar alamat secara paksa. JPN dibuka pada waktu luar pejabat selepas jam 5 petang untuk melaksanakan konspirasi jahat tak bermaruah ini.

Dengan kepincangan ini Pilihan Raya kali ini tidak wajar kita mengiktiraf Pak Lah dan geng sebagai barisan pimpinan kerajaan Malaysia. Mereka adalah ‘anak-anak haram’ hasil kacukan benih-benih mutan yang tidak elok oleh SPR dan talibarut di JPN. Kepada semua yang bersubahat dalam penipuan terhadap rakyat semoga dilaknati dan dibalas di dunia dan di akhirat dengan segala kehinaan. Tidak mungkin kebusukan yang lebih besar daripada bangkai gajah ini dapat diserkop dengan nyiru. Akhirnya akan terbongkar jua.

Shame on you SPR’!!!  Anda telah meletakkan tanggungjawap, amanah, maruah dan otak anda di celah bontot. Maka kita tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengan kata-kata Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz, "Segala kesalahan dan penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat, tidak akan diampunkan, dunia dan akhirat."

Boo San - 24.03.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN