Kehancuran Melayu
Oleh Azman, Kuching Sarawak.
Zaman kebodohan melayu berlanjutan dari zaman kejatuhan empayar melayu sampai sekarang. Kenapa boleh jadi bodoh. Adakah bodoh dan dunggu dengan semua amanat diberi atau sengaja mencari amanat bodoh. Membuat perkara bodoh memang terjerumus pada bodoh. Kenapa tidak fikir, sama ada buat kerja bodoh atau sengaja cari bodoh. Orang yang bodoh, memang tidak mahu fikir pasal bodoh, sebab bodoh senang dapat keuntungan, walaupun sikit, asalkan dapat. Mari semak berapa kerat melayu sudah menjadi kaya disebabkan kebodohan. Tentu jawapannya kecil. Sebab itu banyak yang kejatuhan disebabkan kebodohan sendiri.

Masa sekarang bermacam macam skim, bantuan, dasar, wawasan dan matlamat dibuat bagi membentuk melayu supaya maju. Tapi melayu tetap juga dungu dan bodoh. Jawapannya senang sahaja. Sebab sasaran kemajuan sudah salah digunakan. Siapa yang salah, jawapannya tentu disebabkan kebodohan melayu sendiri. Pengurus yang memang bodoh mendapat habuan yang sedikit dan memberi sedikit dengan penerima yang sudah bodoh tanpa sebarang bantahan dan soalan, menjadikan suasana berubah macam orang bodoh.

Membuat penganalisaan dan mencari jawapan sebenar memerlukan masa yang panjang. Lebih lebih lagi, kalau ianya menjerumus aspek membaca yang banyak. Siapa melayu mahu membaca dengan banyak. Kalau hendakkan lulus peperiksaan dan menghadapi tuhan baru membaca. Itupun hanya membaca sebagai bahan pameran saje. Berapa kerat menjadi sebagai lembing untuk bergerak, jawapannya dapat dihitung dengan jari kudung.

Berpandukan dengan kebodohan membawa melayu melakukan berbagai perkara bodoh. Sehingga sanggup mengadaikan maruah jati diri, keluarga, agama, bangsa dan negara kepada mereka yang bijak bodoh. Kalau dilihat perkembangan semasa, tiada satu unsur pun membawa melayu untuk benar benar melakukan amanah yang diberi dan diminta. Kesemuanya berkonsep sementara. Asalkan dapat untung sedikit dan untung yang besar diberi kepada penyangak bodoh. Mereka tahu apa yang mereka buat, asalkan dapat sedikit habuan biarlah asalkan yang bodoh lain tidak dapat. Konsep begini membawa melayu dilemma didalam kebodohan sendiri. Siapa bodoh, melayulah bodoh.

Sikap bodoh mendorong melayu menegakkan benang yang basah. Sanggup berkelahi, bermusuhan dan sampai membunuh disebabkan kebodohan sendiri. Semua hujjah adalah bernas dan tiada terselit satu pun yang dusta. Tetapi kenapa hujjah dan fakta dijadikan senjata bertikam lidah. Sedangkan nasib melayu di Malaysia masih di dalam kebodohan sendiri. Kasihan melihat siapa melayu. Sanggup melayu dibodohkan oleh melayu bodoh.

Waktu begini jangan harap bangsa lain hendak berbuat baik dan berhati mulia dengan melayu. Jika melayu sendiri memperbodohkan sesame melayu. Sedarlah melayu, jangan terlalu berhayal dengan kemelayuan kamu. Jika bangsa dan keturunan kamu akan diperbodohkan oleh semua bangsa di Malaysia ini. Penyesalan bukan jalan penyelesaian, sebab semuanya sudah menjadi nyata. Kenyataan akan menjadi lebih daksyat lagi jika tiada melayu yang betul betul bijak dan cerdik. Dan menjadi hamba kepada kebendaan dan bangsa lain.

Jika direnungkan setiap ungkapan kata kata dari bangsa lain sama ada diluar atau dekat dengan kamu mengenai melayu, ianya memang betul. Melayu memang bodoh, melayu makan taik sahaje, melayu kaki rasuah, melayu kaki mengampu, melayu dan kakinya. Apa sahaja pada kaki, itulah melayu. Melayu hanya tahu berserah, berserah pada orang bodoh untuk menjalankan kehidupan mereka. Bagi melayu mendukung cita-cita untuk keperluan semua bangsa melayu, adalah membuang masa dan menghabiskan kazanah diri sendiri dan yang itu sahaja.

Hari ini dan seterusnya, tiada pembaharuan pada pemikiran bodoh melayu. Melayu hanya untuk satu melayu sahaja, tiada dua, tiada tiga, semuanya satu. Jika perlukan perubahan dari kebodohan maka tiada kita terdengar melayu bodohkan melayu dan tiada kita dengar melayu menghancurkan melayu. Sekarang banyak mata memerhatikan kebodohan melayu, mereka menunggu masa sahaja bila melayu akan menjadi betul betul bodoh. Tidak sedarkan diri lagi, semuanya hilang dan menjadi pengemis di negara sendiri. Mereka hanya ketawa dan melayu hanya tahu memuja mereka dan mana mana ketua yang dungu serta bodoh. Pujian dan kota kota janji dibuktikan bagi memberi peransang agar bodoh melayu lebih menyerlah lagi kebodohannya.

Untuk menghancurkan kewarasan melayu dari kebodohannya, sokonglah dan bantulah setiap pembodoh pembodoh melayu dan jadikanlah kesemua melayu sebodoh dengan tuannya yang bodoh.

- Azman, Kuching, Sarawak - 27.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Catatan Penyunting: Laman ini mentakrifkan ‘melayu bodoh’ ini manusia yang berotak, berakal tetapi tidak mahu atau tidak mampu berfikir akibat hidup terbelenggu di bawah ruang lingkup UMNO aka PERKEMBAR. PERKEMBAR (asalnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah diharamkan Mahkamah kini diganti oleh Pertubuhan Kebangsatan Melayu Barua sejak tahun 1987). Melayu yang berakal dan cerdik (termasuk yang asalnya berada di bawah naungan PEKEMBAR sebelum ini) langsung tidak mahu dikaitkan dengan pertubuhan tersebut. Contoh paling klasik 'melayu bodoh' ini ialah Rais Yatim. Walaupun belajar hingga ke tahap Doktor Falsafah (PhD), tindak-tanduknya lebih menjurus kepada seorang Doktor FalSAMPAH. Hari ini dia dedahkan terdapat 18 kes rasuah berprofil tinggi yang akan didakwa, esoknya dia mengatakan bahawa dakwaan itu adalah khabar angin yang dia sendiri tak mahu percaya! Sendiri buat khabar angin, sendiri tak mahu percaya! Samalah bagaimana si Rais ni susah-susah menyiapkan tesis PhD 'menentang penggunaan ISA' tetapi akhirnya bermati-matian mempertahankan ISA.

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN