Hishamuddin mencium Endon di khalayak ramai?
Pada malam pengumuman kemenangan BN secara LIVE di TV3, di mana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, seorang pemimpin yang diagungkan Datuk Hisyammuddin
telah mencium pipi  Isteri PakLah didepan seluruh rakyat Malaysia yang dipancarkan secara langsung. Betapa jijiknya saya melihat adegan pemimpin yang dipilih rakyat sebegini rupa yang tidak tahu hukum halal dan haram.

Malah lebih teruk lagi ini berlaku didepan suaminya ( Paklah ) Apakah ini tidak dikatakan Paklah Dayus dan tidak cemburu membiarkan Isterinya dicium lelaki yang bukan muhrim. Masyaallah!! Inikah pemimpin yang kita mahu yang secara terang-terang melanggar HUKUM  Allah dihadapan berjuta rakyat . Apakah ini pemimpin yang kita pilih untuk memimpin kita yang secara terang-terang melanggar hukum Allah. Ini bukan Fitnah ini reality. Masyaallah

Sebelum adegan tersebut, saya melihat PakLah telah berpelukkan dengan seorang perempuan yang berambut panjang. Saya tidak mahu menuduh kerana itu mungkin Muhrimnya kerana saya tidak kenal dengan perempuan tersebut. Bersangka baik juga perlu. Tapi kalaulah perempuan tersebut bukan muhrimnya! Alangkah jahilnya mereka.

Sungguh tidak bermaruah pemimpin UMNO hari ini, Paklah digambarkan sebagai iman sembahyang, digambarkan membaca doa selepas sembahyang.

Cuma kalau boleh forwardkan email ini kepada Dr Masitah Ibrahim, Firdaus Ismail, atau Amran Kasimin. Nak tanya bagaimana hukum nya? Nak charge saya mengkritik peribadi pemimpin? Tapi ianya disiarkan secara langsung dalam TV?

Kiriman Anjang Awang - 24.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN