FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN PAS: 
SATU RENUNGAN


Sebelum apa yang akan saya utarakan yang timbul di dalam fikiran saya buat beberapa hari ini terlebih dahulu saya menyusun kesepuluhan jari memohon maaf daripada para pembaca yang mempunyai fikiran yang waras andai kata apa yang akan saya paparkan nanti menyentuh perasaan para pembaca.

Pada zahirnya umum tahu yang PAS telah kalah teruk di dalam Pilihan Raya yang kesebelas ini. Mungkin pada hakikatnya tidak begitu kalau kita prihatin dengan keadaan sekeliling dan memahami selok-belok tipu muslihat yang di main kan oleh pihak yang "BEGITU TAKUT HILANG KUASA".

Sejak dulu lagi pihak PAS kerap mengutarakan perihal ugutan, politik wang dan pengundi hantu dan berbagai lagi apabila di adakan Pilihan Raya di Malaysia ini. Tetapi apakah langkah berjaga-jaga yang telah pihak PAS ambil bagi mengatasinya? Bila ada ahli yang prihatin mengutarakan masalah yang berkaitan dengan mudah pihak pemimpin tempatan mengatakan "KITA TIDAK ADA BUKTI".

Dari pengamatan saya sendiri, kebanyakan ahli-ahli PAS di tempat saya (SEGAMAT) dan di seluruh JOHOR belum begitu komited kepada perjuangan. Mereka masih gagal menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat umum, kerana masih ada lagi mereka yang melawat premis, MAGNUM 4-D, SPORTS TOTO dan KUDA. Malah masih ada lagi yang memberi pelbagai alasan apabila diminta tenaga mereka untuk membantu menghadapi Pilihan Raya, seperti memasang sepanduk, menjadi polling agent dan sebagai-nya.

Bagi mereka yang ingin menjadi bakal-bakal calon tidak begitu mengambil berat berhubung dengan masyarakat sekeliling dengan menabur bakti kebolehan yang mereka miliki untuk mencari pengaruh dan simpati. Umpama kalau kita hendakkan hasil dari sesuatu seperti buah-buahan bukankah kita kena tanam pokoknya. Sebelum ia nya berhasil kita kena siram air dan bubuh baja. Kalau dengan cara membeli saja itu dak dapat mencari pengaruh dan menagih simpati.

Contoh mudah yang dapat saya nyatakan ia-lah dengan memberi tuition percuma kepada anak-anak penduduk sekeliling kalau ada yang berminat oleh bakal-bakal calon yang mempunyai kepakaran dalam bidang perguruan. Kita tahu anak-anak ini perlukan tunjuk ajar bagi mata pelajaran yang mereka lemah. Tetapi apa kan daya mereka dari keluarga yang kurang berada, tak mampu hendak menghantar anak-anak mereka ke kelas tuition. Kalau ia pun perbelanjaan kebanyakan wakil-wakil calon adalah dari sumbangan ahli yang prihatin. Takkan ahli-ahli bawahan saja yang di suruh berjihad.

Seperkara lagi adalah berhubung dengan pembantu-pembantu rumah pendatang asing beragama Islam yang bekerja di rumah orang bukan Islam. Apa kah tindakan berkesan yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS setempat dalam menangani masalah ini. Jangan kita hanya pandai membicarakan halal haram saja, tetapi memejamkan mata bila melihat sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Islam. Kalau kita rajin meninjau di taman-taman perumahan perkara ini senang di kesan.

Sebagai pemimpin yang prihatin elok juga sekali sekala kita menjenguk apa yang berlaku di mahkamah syariah. Saya sendiri pernah terserempak dengan perbicaraan kes khalwat satu pasangan gadis MELAYU dengan lelaki CINA. Semasa perbicaraan sedang berjalan lelaki cina berada di luar mahkamah. Selesai perbicaraan sigadis tersebut keluar mendapatkan penyedapnya memberitahu jumlah denda yang di kenakan. Dengan senyum penyedapnya mengeluarkan wang denda. Selesai semuanya mereka beredar dengan selamba. Mungkin selepas itu gadis tersebut kena melayan penyedapnya sebagai balasan "KENANG BUDI" dengan isyarat body language mereka sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah syariah.

Kita jangan terpengaruh dengan kehadiran yang ramai bila di adakan sesuatu ceramah. Lebih-lebih lagi kalau si penceramah adalah dari kalangan hard-core. Elok kalau kita umpamakan mereka itu semua sebagai jemaah sembahyang Jumaat saja, kerana tanggungjawab!!!!!!. Tetapi bila sembahyang fardu mengapa masjid lengang saja. Kalau kesemua para jemaah faham Islam yang sebenar tak kan mereka tidak dapat membezakan tuntutan Islam dalam memilih pemimpin. Dengan itu janganlah kita mudah tertipu dengan kehadiran yang ramai semasa di adakan ceramah. Bukan saja para jemaah yang tak faham, malah imam-imam pun serupa. Lain kali bila kita hendak mengadakan ceramah cukup sekadar mengumunkan tarikh, tempat dan nama penceramah. Selepas itu kalau ada sesiapa yang hendak membuat ulasan, kupas saja isi ceramah tersebut tanpa menyebut jumlah mereka yang hadir.

Terlanjur sudah menulis ini izinkan saya menyentuh apa yang tidak kena pada pandangan saya berkaitan dengan TG HJ HADI AWANG. Saya kira ada empat sebab yang menjadi faktor utama yang membawa kekalahan kepada PAS Terengganu:-

a) Sepatutnya setelah menjadi Presiden parti beliau menyerahkan tugas sebagai MB Terengganu kepada mereka yang berkebolehan. Sementelah lagi setelah dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Tentu sekali banyak tugas dan tanggungjawab. Dengan berbuat demikian dapatlah beliau meluangkan lebih banyak masa meninjau ke kawasan yang memerlukan khidmat beliau.

b) Sepatutnya beliau tidak begitu mudah melayan kehendak pemberita haprak dari akhbar-akhbar yang dikuasai oleh puak UMNO. Masakan beliau tidak tahu kerja haprak pemberita-pemberita tersebut adalah sekadar mencari bahan untuk dijadikan berita sensasi, dengan memutar-belitkan kesemua kenyataan yang benar.

Dengan cara tak langsung beliau turut menyumbang kepada kelarisan penjualan akhbar-akhbar tersebut. Kan elok kalau kita ikut jejak langkah puak UMNO, mana mereka hendak melayan pemberita akhbar Harakah. Ingat tak, semasa pemberita dari pihak kita hendak mendapatkan berita dari program yang di anjurkan oleh puak UMNO, mereka di belasah.

c) Gagal mentarbiahkan kebanyakan wakil rakyat dari PAS semasa menjadi kerajaan di Terengganu. Kenyataan tersebut adalah keluhan dari kebanyakan kenalan saya di sana dengan menyatakan "KEBANYAKAN MEREKA SOMBONG". Kebanyakan mereka bila diajukan sesuatu perkara hanya melafazkan perkataan insyaAllah saja. Satu apa pun tidak menjadi kenyataan.

Oleh sebab itu, kata kenalan saya yang bernama haji………, seorang kontraktor, membuatkan kontraktor-kontraktor menikam PAS dari belakang di saat-saat akhir.

Malah saya sendiri mengalami situasi tersebut. Dua hari sebelum hari mengundi saya telah menghubungi seorang Exco untuk menyampaikan pesanan yang ada kaitan dengan Pilihan Raya di Terengganu. Pemberi maklumat enggan menyampaikannya sendiri kerana takut dikesan oleh pihak berkuasa, kerana beliau sendiri adalah dari kelompok itu. Kerana perjuangan, beberapa kali saya membuat panggilan ke nombor yang di berikan. Tetapi malang. Hanya voice-machine sahaja yang menjawab. Setelah puas dengan hanya mendengar pesanan dari voice-machine saya pun meninggalkan pesan. Tetapi malang tiada respons yang saya terima dari Datuk Ba…  hinggalah selesai Pilihan Raya.

d). Sebagai seorang Presiden parti, tidak sepatutnya beliau mencampuri hal parti lain. Kalau pun ada apa-apa statement, biarlah Setiausaha yang memberi komen. Tiru puak UMNO, mana ada mereka membuat bising walau pun umum tahu yang mereka bercakaran sesama sendiri. Kerana statement TG terhadap DAP membuatkan pengundi-pengundi Cina berpaling tadah di saat-saat injury time. Kini DAP sudah memulangkan hantaran tanggung yang TG lepaskan dengan satu smash yang padu dan jitu.

Kini kita semua terpaksa menunggu lima tahun lagi. Di kala itu, entahkan saya masih hidup atau pun tidak untuk melihat para pejuang ISLAM dan penegak KEADILAN menjalankan misi dalam mencapai cita-cita. Keresahan saya agak terubat apabila TG Datuk Nik Aziz Nik Mat dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan walau pun dengan majoriti mudah. Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Kelantan yang masih setia dengan PAS walau pun terpaksa berhadapan dengan segala halangan dan rintangan.

Di dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kesemua petugas dan penyokong setia ahli-ahli PAS bagi semua peringkat. Kepada para calon, janganlah sedih di atas kekalahan kamu, sekurang-kurangnya kamu telah dapat menyelamatkan akidah para pengundi yang faham. Di akhirat telah sedia menanti rahmat yang telah ALLAH janjikan. Ingatlah yang ALLAH tidak pernah lupa akan janji janjiNya baik yang berupa nikmat mahu pun seksaan yang maha pedih.

Setakat inilah sahaja coretan dari seorang insan kerdil yang boleh diumpamakan sebagai sebatang lidi di dalam seberkas penyapu.

Anak Jati Segamat - 23.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN