ANTARA DUA WAJAH

Menjelang Pilihan Raya Umum kesebelas pada 21 Mac 2004 berbagai peristiwa yang sudah menjadi kebiasaan pasti berlaku. Di sini saya hanya hendak merakamkan tiga peristiwa sahaja untuk renungan kita bersama.

a. "BODOH"

UMNO/BN Johor diperhatikan agak tertekan setelah bumi Senggarang di izinkan ALLAH hingga dapat melahirkan anak sulungnya (PAS) sehingga tok ketuanya tersasul menyebut perkataan "BODOH" kepada UMNO Batu Pahat. Kenyataan yang serupa pernah disabdakan oleh SI-TUA HANGKOI yang sudah pencen setelah dapat mengharu-birukan UMNO yang haprak APABILA PAS dapat menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999. Akibatnya hingga kini UMNO Terengganu jadi begitu haprak. Takkan sudah lupa? Mungkin ahli UMNO/BN yang mudah lupa, tak tahulah.

Di sini saya ingin bertanya, “Tidakkah ahli UMNO/BN di Batu Pahat merasa hina dengan kenyataan tersebut? Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO/BN JOHOR. Tak kan kamu semua tidak mempunyai maruah dan harga diri. Bukankah ISLAM mengajar kita untuk memelihara maruah dan harga diri.”

Mengikut kenyataan akhbar Berita Hairan bertarikh 16 Mac 2004, Dato’ Abdul Ghani Othman sudah memujuk nenek berusia 61 tahun Shamsiah Rashidah Ibrahim agar jangan kecewa. Hai nek tak ingat ke baru kelmarin kena kata ‘bodoh’.

Di Melaka pula mengikut laporan dari akhbar dan pada tarikh yang sama Tan Sri Muhiyuddin Yassin (MAHYUDDIN SUNDAY, kerana menukar hari cuti mingguan dari Jumaat ke Ahad) dipetik sebagai berkata agar PAS jangan mensensasikan kenyataan Ghani (perkataan BODOH). Kasihan Muhiyuddin kerana terpaksa menghurai dengan panjang lebar kepada ahli UMNO/BN maksud yang tersirat dan tersurat perkataan "BODOH" yang disabdakan oleh Ghani. Agak-agaknya ada makna lain ke?

Dengan itu saya menyeru agar ahli-ahli UMNO/BN dapat membuat penilaian sebelum memangkah kertas undi pada 21 Mac 2004 nanti.

b. DIBELI

Tan Sri Muhiyuddin Yasin juga dipetik sebagai berkata agar PAS jangan merasa bangga dengan kemenangan di Senggarang itu, kerana kemenangan itu pada tanggapan beliau ada lah satu kemenangan "betina".

Bagaimana pula dengan kemenangan calon UMNO/BN di parlimen Kota Tinggi? Pada saya ianya satu kemenangan yang bacul. Tak gitu Tan Sri? Maklumat sahih dari pihak yang boleh diyakini calon PAS, Abu Bakar Sakak (SENGKEK) telah dibeli dengan harga hanya RM50,000.00 sahaja. Agak-agak boleh tahan sampai mati ke pakcik?

Kenyataan Abu Bakar yang dia dipaksa untuk bertanding adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Apa yang saya tahu dan alami, selama ini PAS tidak pernah memaksa ahlinya melakukan sesuatu yang tidak mereka sukai. Apa di Kota Tinggi kurang ke ahli yang berkaliber? Mengikut kenyataannya lagi, yang dia terpaksa meloloskan diri ikut pintu belakang dalam misinya untuk menyerah borang penarikan diri sebagai calon. Kononnya di hadapan rumah beliau berkeliaran ahli-ahli PAS untuk menegah hasrat "murni"nya. Betulkah mereka ahli-ahli PAS?

c. PENDERITAAN

Ustazah Mashitah begitu bangga kerana dapat bertanding pada pilihan raya ini atas tiket UMNO/BN. Konon katanya PAS tidak dapat menyuarakan penderitaan yang ditanggung oleh kaum hawa. Kalau dia diberi mandat semuanya dapat dibereskan macam kelorok membersihkan segala kotoran kerana dia begitu yakin yang dia berada di dalam kerajaan. Cakap biar betul, ustazah.

Hingga ke saat ini ulama-ulama pak hangguk yang berada di dalam kerajaan pun gagal. Ini kan pula ustazah. Boleh percaya ke? Sebagai seorang yang beriman (mungkin) tak kan tunggu sehingga dilantik sebagai wakil rakyat baru hendak berjuang. Kalau begitu ianya seolah-olah seperti nazar saja.

Apa pula pendirian ustazah bila ada manusia yang mengaku Islam sanggup membawa ke mahkamah hukum hudud kisas dan ta'zir yang sudah dirangka dengan begitu teliti oleh kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan. Juga apa perasaan ustazah apabila mendengar cercaan SI-TUA terhadap Rasullah s.a.w. di Pusat Islam beberapa tahun yang lepas. Lapangkanlah masa dan dengar sendiri kenyataan yang disabdakan. Kaset tersebut melambak. Kalau payah sangat biar saya belikan.

Kalau ustazah benar-benar hendak membantu golongan hawa, mengapa tidak diusahakan satu cara terbaik dan berkesan untuk mengatasi penderitaan yang ditanggung hingga ke saat ini oleh isteri-isteri, anak-anak tahanan ISA (IKUT SUKA ABDULLAH). Walau pun sebelum ini ustazah berpeluang memberi ceramah di TV tidak saya dengar walau satu ayat ustazah menyebut perbuatan kerajaan menzalimi mereka yang sedang mogok lapar kerana memprotes ke atas penahan mereka yang tidak sah, walau pun pihak-pihak yang membuat penilaian sudah membuat perakuan yang mereka tidak berbahaya. Apa pandangan Islam ke atas akta ISA, boleh tak ustazah tolong perjelaskan?

Hentikanlah daripada menabur janji wahai ustazah kalau kes dengan jiran sendiri pun belum selesai lagi.

Buat para pejuang yang ingin melihat ISLAM berada di tempat yang sepatutnya juga buat para pejuang yang inginkan keadilan tertegak di bumi ini tetapkanlah langkah kamu dengan satu azam yang jelas sebelum melangkah ke tempat mengundi. Jadikanlah langkah-langkah tersebut satu perbuatan yang diredai oleh ALLAH dengan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Anak Jati Segamat - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN