PERDANA MENTERI KE 5 HARUS LANTIK SEGERA MENTERI DALAM NEGERI,
MENTERI KEWANGAN DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
4 NOVEMBER 2003

PERDANA MENTERI KE-5 HARUS LANTIK SEGERA MENTERI DALAM NEGERI, MENTERI KEWANGAN DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.

Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat dengan ini meminta Abdullah Hj Ahmad Badawi, selaku Perdana Menteri Malaysia ke lima telah mengumumkan segera lantikan untuk jawatan penting negara seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan. Abdullah perlu mengkaji semula keputusannya yang diumumkan dan disiarkan dalam hampir semua media perdana dimana beliau akan memegang semua jawatan tersebut sehingga satu masa yang akan ditentutkan.

Memegang beberapa jawatan penting serentak merupakan amalan Perdana Menteri yang lepas dan perlu dielakkan oleh Abdullah. Abdullah akan dilihat cuba mewarisi amalan aotukratik Dr. Mahathir ataupun akan dilihat sebagai terlalu lemah dan takut untuk membuat lantikan baru.

Abdullah sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan kesemua tugas itu dalam satu masa, malah dengan ketidak kemampuanya akan meletakkan negara dalam risiko yang tinggi.

Hari pertama menjadi menjadi Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri , Menteri Kewangan dan tanpa dibantu Timbalan Perdana Menteri, Abdullah telah membuat satu keputusan yang dilihat kurang cemerlang.

Abdullah kurang bijak dalam menguruskan isu penganugerahan semula projek insfrastruktur terbesar negara yang bernilai RM 14.5 billion dalam electrified double tracking rail project kepada  Malaysia  Mining Corporation Bhd -Gamuda consortium (MMC-Gamuda JV) yang mampu menyebabkan hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan India terjejas.

Sebuah akhbar di India, India’s The Financial Express melaporkan New Delhi mempersoalkan Kuala Lumpur kerana menganugerahkan projek tersebut kepada sebuah syarikat lain tanpa membatalkan surat penganugerahan awal letter of intent (Lol) yang diberi kepada Ircon International (syarikat multinasional India). Bantahan yang sama juga dari negara China dimana syarikat China Railway Engineering Corp (CRET) telah mendapat penganugerahan sebelum ini.

Ircon International dan CRET telah menerima penganugerahan awal melalui perjanjian antara negara. Masing – masing dianugerahkan projek trek berkembar ke utara sejauh 328 km dari Ipoh ke Padang Besar dan 287.5 km dari Seremban Johor Bharu.

Walaupun perjanjian awal tidak dibatalkan lagi tetapi kerajaan telah menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat lain. Perkara ini perlu dipandang serius kerana ini melibatkan perjanjian antara negara dan Abdullah harus bertanggungjawab.

Perkembangan ini telah meletakkan hubungan luar negara dalam risiko. Abdullah kelihatan gagal dalam menjalankan tugasnya pada hari pertama, untuk itu Abdullah harus segera melantik individu lain untuk mengisi jawatan – jawatan penting tersebut kerana jelas beliau tidak berkemampuan memegang beberapa jawatan penting serentak.

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 04.11.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!