American Idol - Malaysian Idol - Aman Damai Idol
Contoh Anti Intelektualisme IPT di Malaysia

Oleh: Ibnuamir al-Pendangi
Free Anwar Campaign Website
Baru-baru ini di dalam Forum Ehwal Islam sempena ConVex04; majlis konvokesyen di USM, seorang panelis telah menyatakan bahawa telah wujud fenomena "anti intelectualism" di dalam kebanyakan universiti di Amerika Syarikat.

 
Perkara ini menjadi kebimbangan besar oleh kebanyakan pendidik, pensyarah universiti serta para pengkaji dasar-dasar ilmu pendidikan di Amerika. Dalam kajian mereka, kebanyakan pelajar universiti di USA sudah tidak ghairah lagi menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan mereka.
 
Hal ini kerana, mereka lebih cenderung untuk menjadi atlit sukan, ghairah kepada seks, suka kepada pakaian-pakaian perhiasan termasuklah nyanyian serta mengadakan parti hiburan di rumah-rumah. Mereka sudah tidak gemar lagi membicarakan isu-isu politik.
 
Selain daripada pengaruh tv yang melampau hebat, kini wujudnya American Idol yang telah mendapat sambutan hangat daripada para remaja Amerika kini. Tidak ketinggalan juga di Malaysia, beberapa badan penyiaran telah mengambil kesempatan ini dengan menjayakan Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan lain-lain.
 
Fasa seterusnya, fenomena baru yang dapat dikesan di USM ialah Aman Damai Idol (Adi). Ia berlaku selepas pihak pentadbiran USM mengumumkan bahawa perlantikan MPD (Majlis Penghuni Desasiswa) hendaklah melalui temuduga dan perlantikan oleh sebuah majlis yang terdiri dari sebilangan pegawai universiti. Ini bermaksud, pilihanraya MPD telah pun dimansuhkan bagi sidang ini.
 
Hal ini sekali gus menamatkan nadi riwayat demokrasi di dalam universiti khususnya USM. Dengan cara ini, mudahlah program-program yang melalaikan mahasiswa berkembang mekar selaras dengan itu mematikan budaya intelektual yang menjadi ramuan penting dalam memartabatkan universiti itu sendiri.
 
Adalah diharapkan dengan pendedahan ini, kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain pihak seperti badan bukan kerajaan dapat memikirkan sesuatu bagi membanteras gejala liar yang merosakkan peranan universiti itu sendiri. Satu kempen besar-besaran di peringkat kebangsaan untuk membanteras budaya anti intelektualisme perlulah disusun.

GAMBAR-GAMBAR
1. http://garapmaju.tripod.com/adi1.jpg
2. http://garapmaju.tripod.com/adi2.jpg
3. http://garapmaju.tripod.com/adi3.jpg
4. http://garapmaju.tripod.com/adi4.jpg
5. http://garapmaju.tripod.com/adi5.jpg

Ibnuamir al-Pendangi
+6019-5487877
ibnuamir@yahoo.com – (mohon siarkan e-mail) - 11.08.2004


Hantar artikel ini kpd sahabat: