MUNGKINKAH TINDAKAN BBPPRU SESUATU YANG SIA-SIA?

Oleh Anak Jati Segamat

Pilihan raya ke-11 yang konspirasinya dirancang begitu teliti dan sempurna telah berjaya diadakan walau pun akhirnya rakyat marhaen tahu bagaimana ianya dilaksanakan. Konspirasi yang sebegitu rupa dapat dilakukan setelah mereka yang membuat perancangan belajar daripada kelemahan yang terdapat semasa puak konspirator merancang untuk menjatuh, menyingkir dan mengaibkan DSAI dulu. Tetapi sayang, perkara aneh yang berlaku semasa hari pembuangan undi tidak dapat dihidu sebelumnya oleh pihak pembangkang. Kini UMNO/BN yang kononnya dapat mandat besar sebagaimana yang diterjemahkan oleh pengundi melalui peti undi yang berbagai ragam itu, telah pun membentuk sebuah kerajaan yang dikatakan HARAM. Mereka tidak peduli walau apa pun yang rakyat marhaen hendak labelkan asalkan mereka dapat kuasa. Kalau mereka mempunyai maruah dan harga diri, mereka akan membatalkan pilihan raya tersebut dan diadakan semula. Melalaklah sekuat mana, tidak akan memberi bekas, sama saja dengan kes DSAI, beliau tetap di Sungai Buloh. Sudah berbagai cara pihak BA lakukan tetapi ternyata sia-sia sehingga ke hari ini.

Kini BBPPRU setia berkempen untuk mendapatkan tandatangan melalui road-show yang telah dan akan diadakan. Tujuan tersebut boleh dianggap murni. Tetapi bolehkah tindakan mereka itu membuahkan hasil? Saya bertanya demikian kerana sebelum ini segala rupa tindakan yang dilakukan oleh pihak BA tidak membuahkan apa-apa hasil. Umum faham dengan begitu yakin bahawa kesemua hakim di Malaysia telah dikasi dengan ubat pelali yang berupa "WARNING" dan hanya akan tunduk dan patuh dengan arahan sang penguasa. Saya berkeyakinan bahawa semua hakim telah dibrainwash sebelum pilihan raya lagi cara menendang keluar apa juga petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pihak BA, WALAU PUN IA NYA MEMIHAK KEPADA MEREKA. Tetapi kalau petisyen tersebut dikemukakan oleh pihak UMNO/BN, tindakan segera MESTI diambil dengan skrip penghakiman telah disediakan awal-awal lagi ---MEMIHAK KEPADA UMNO/BN---. Kita tunggu dan lihat apabila pihak UMNO/BN yang dikatakan akan mengemukakan enam petisyen di DUN Kelantan. Bersedialah rakyat Kelantan untuk keluar mengundi.

Berhubung dengan petisyen yang telah dilaporkan terhadap diri Dato’ Seri Abdullah Bedawi, percayalah ianya tidak akan sampai ke mana mana. Silap-silap mereka yang membuat petisyen tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang kerana kes akan berlanjutan sehingga ke tarikh tersebut. Sama seperti yang berlaku ke atas saudara Ezam dan Azmin.

Selayaknya kesemua para konspirator yang menjadi dalang pada pilihan raya ke-11 dulu dilenyapkan dari muka bumi. Percayalah wahai rakyat marhaen, kini Negara kita sebenarnya diperintah ala-diktator. Pak lah tidak semudah itu dilucutkan daripada jawatannya kerana itu bukan cara UMNO. Kalau perkhidmatan beliau tidak mereka kehendaki, Pak Lah akan disingkir cara dalaman sebagai mana yang terjadi kepada Allahyarham Tun Hussien Onn. Ini kerana si tua hangkoi, TKT Mahathir masih berperanan dalam UMNO.

SUDAH TERLAMBAT

Berkaitan dengan perhimpunan aman di SUHAKAM pada 17 April lepas, ramai juga para penulis reformasi seperti Kak Id (Perhimpunan Black 14: Satu Renungan Buat Pemimpin BA) dan Inderaloka (Kalau Takut Berdemonstrasi Usah Bicara Tentang Reformasi!) meluahkan ketidak-puasan hati mereka kerana pembatalan perhimpunan tersebut. Sebenarnya saya juga merasakannya. Tetapi apabila saya merenung jauh sehingga tiada penghujungnya, saya mendapat jawapan berupa bisikan di hati kecil saya bahawa sekiranya perhimpunan tersebut terus diadakan, kemungkinan besar peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang kerana sudah bersedia satu puak misteri yang akan memulakannya. Walau bagaimana pun saya tidak begitu yakin dengan bisikan tersebut kerana saya hanyalah seorang insan kerdil tanpa apa-apa kelebihan.

Saya difahamkan bahawa pihak keselamatan sudah di dalam keadaan bersiap sedia untuk menangkap, membelasah dan sebagainya sekiranya perhimpunan tersebut di adakan. Andai kata kesemua pemimpin BA/PAS ditangkap, sudah tentu pada pilihan raya ke-12, pihak BA/PAS tidak mempunyai calon-calon yang berkaliber, kerana mereka pasti dituduh dan kes mereka akan berterusan. Ini adalah cara pihak UMNO/BN hendak membendung kemaraan BA/PAS. Fikirkanlah.

Semalam saya sempat berbual dengan seorang hardcore UMNO. Bila saya ajukan berkenaan dengan segala penyelewengan yang berlaku semasa hari mengundi pada pilihan raya yang lepas, beliau nampaknya tidak melenting. Cuma berkata kalau benar ianya berlak,u buat saja laporan, kalau dibuat pun ianya tidak sampai ke mana. Tetapi saya sungguh kecewa apabila beliau berkata mengapa BA mengambil bahagian kalau sudah tahu banyak pengundi hantu. Beliau turut mencadangkan agar pada pilihan raya yang akan datang PULAUkan sahaja, habis cerita.

Berkaitan dengan tambahan masa dua jam untuk pengundi-pengundi membuang undi di Selangor,  walau pun hanya secara lisan saja oleh pihak bangsat SPR, beliau berkata mengapa pihak pembangkang tidak mengambil kesempatan membuat havoc pada hari tersebut. Kalau itu berlaku, barulah kena, daripada melalak dan menurut sahaja. Kalau ia pun pada masa itu pihak polis tidak cukup anggota, mengapa tidak dilakukan? Kalau setakat mengeluarkan kenyataan, pihak pemerintah tidak hairan.

Beliau juga meminta saya berfikir berkenaan dengan pelbagai laporan rasuah dan salah guna kuasa para menteri. UMNO tidak sedikit pun ambil peduli malah kesemua mereka menjadi calon dan menang pula. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada diri si tua, beliau boleh bergerak dengan bebas, berceramah di sana sini. Kini apabila sudah mendapat kuasa, pihak UMNO/BN tahu apa yang orang melayu suka, mereka anjurkan segala bentuk pesta. Kalau betul ramai orang melayu menyokong PAS/BA mengapa budak-budak muda malah orang tua ramai yang turut serta? Itu menunjukkan pihak PAS/BA gagal memberikan pendidikan agama dan menyeru agar mereka berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama Islam. Akhirnya saya yang meminta diri kerana bosan dan menyesal dengan gelagat beliau yang bekerja hanya sebagai pembantu am di Majlis Daerah Segamat.

Kini terpulanglah kepada pihak BBPPRU untuk meneruskan kerja murni mereka. Walau pun saya merasa sangsi dengan hasilnya, tetapi sebagai seorang Muslim, saya iringi doa ke atas segala apa yang sedang mereka usahakan dan jangan putus asa. Semoga ALLAH memberkati segala usaha kamu semua.

Andai kata ianya tidak membuahkan hasil, marilah kita berganding bahu dalam mencari satu formula untuk menentang pemimpin diktator walau pun terpaksa bercerai nyawa dari badan. Tetapi saya percaya ada sesetengah dari pemimpin kita yang mempunyai KARAMAH yang pasti dijelmakan bila keadaan begitu terdesak.

Kepada para penganjur yang telah membatalkan perhimpunan yang telah ditetapkan dulu, keluarkanlah satu kenyataan, kerana di luar sana ramai rakyat marhaen berupa insan biasa yang memerlukan jawapan. Juga usahakanlah sesuatu agar DSAI yang saya sanjung, seorang insan yang memiliki sekeping hati yang begitu cekal dalam mengharungi hidup yang penuh dengan onak dan duri, dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Anak Jati Segamat - 24.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN