Al-Quran - Sebuah Perlembagaan


Izinkan saya memperingatkan kembali kepada semua jemaah (RAKYAT JOHOR) yang menunaikan fardu Jumaat sebentar tadi, terutamanya ahli umNo yang saya kira mudah lupa apa yang disampaikan oleh khatib-khatib di atas mimbar-mimbar masjid-masjid jamek mahu pun kampong-kampong mungkin seluruh JOHOR.

Biasalah sebelum membaca teks khutbah yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam (JOHOR) khatib memperingatkan para jemaah agar mempertingkatkan ketakwaan kepada ALLAH.

Apa yang ingin saya sentuh ialah berhubung isi khutbah yang pada saya elok diperbincangkan atau pun direnung dengan satu renungan makrifah, bukan hanya untuk didengar semasa khatib sedang berkhutbah. Khatib ada MEMBACA bahawa Al-Quran adalah panduan hidup untuk sekelian makhluk yang melata di alam maya ini. Ia juga mengandungi cara yang sesuai dan WAJIB untuk manusia berinteraksi dengan KHALIKnya, menjadi petunjuk kepada manusia dalam menjalani hidup seharian, merangkumi semua hukum-hukum yang telah ditentukan oleh ALLAH sebagaimana yang telah difirmankanNya. Memang sedap untuk didengar oleh kesemua para jemaah tetapi TAKUT bertindak dengan apa yang telah ALLAH PERINTAHKAN. Insaflah wahai mereka yang seagama dengan ku. Daripada 73 saf yang akan menjelma di akhir zaman nanti sebagaimana sabda Rasul s.a.w hanya 1 (SATU) saf sahaja yang diikhtiraf oleh ALLAH. Fikir dan renungkan kembali di saf mana kamu semua berada.

Persoalannya, benarkah kita sudah mematuhi segala apa yang telah difirmankan? Kalau belum bila lagi pihak yang diberi amanah hendak melaksanakannya. Tidakkah kamu takut atau pun gerun bahawa di akhirat nanti ALLAH akan menyoal kamu semua berkaitan dengan apa yang telah diamanahkan atau mungkin kamu berkeyakinan bahawa di dalam kubur nanti tiada soal-jawab daripada Mungkar dan Nangkir sebagai mana yang pernah di-tulis oleh ASTORA JABAT. Bukankah tiap-tiap kali khutbah khatib-khatib mengajak semua ahli jemaah meningkatkan ketakwaan kita.

Kini saya belum pun terbaca apa-apa komen daripada orang-orang ISLAM Johor berkaitan dengan mereka yang pernah mencerca ALLAH, AL-QURAN mahu pun sunnah Nabi jauh sekali untuk BERTINDAK. Mengapa agaknya? Kini ada satu puak yang mengaku ISLAM telah berjaya mendapat kebenaran pihak mahkamah untuk menghalang satu kumpulan, khususnya yang diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri Kelantan dan Terengganu yang diterajui oleh PAS yang HENDAK menegakkan dan melaksanakan HUKUM ALLAH sebagaimana yang termaktub di dalam AL-QURAN. Yang pelik bin ajaib perbicaraan tersebut akan dihakimi oleh BANGSA YANG SINONIM DENGAN PANGGILAN SEPULUH DUA. MANA MARUAH ORANG ISLAM KHUSUS ORANG ISLAM JOHOR.

Tidakkah persoalan tersebut ada kaitan dengan khutbah yang baru beberapa jam dibacakan oleh khatib sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas tadi. Andai kata mereka (di Negeri JOHOR) yang telah diamanahkan untuk melaksanakan segala peraturan yang telah difirmankan oleh ALLAH, ENGGAN untuk melaksanakannya, marilah kita beramai-ramai menyertai harakah atau pun kumpulan yang menjuruskan perjuangan mereka untuk memartabatkan segala hukum yang telah ditentukan oleh ALLAH semoga kita semua memperolehi kejayaan di-dunia mahu pun akhirat.

Segala apa yang telah saya jelaskan serba ringkas di atas, marilah kita fikir-fikirkan, jangan hanya berpeluk tubuh sahaja. Bukankah ALLAH mengizinkan HAMBA-HAMBANYA apabila sudah sampai masanya untuk bertindak kerana ALLAH benci kepada hamba-hambaNya yang penakut dan dayus.

Untuk menguatkan ketakwaan kita kepada ALLAH hayatilah isi kandungan surah SHAAD yang mengandungi 88 ayat terutama beberapa ayat yang akhir. Sebelum terlambat kita mencari SIRNA ALLAH dalam menjalani hidup ini.

Selepas solat Jumaat saya dengan tidak sengaja bertemu dengan seorang kenalan dari Mersing. Mungkin apa yang ingin saya kongsi bersama dengan pembaca terkeluar daripada tajuk. Walau pun begitu izinkan saya untuk memanjangkannya untuk kebaikan orang Islam Johor. Semua.

“Bila agaknya rakyat ISLAM Johor hendak berubah?” kenalan saya mula berbicara.

“Entahlah, hanya ALLAH yang Maha tahu” balas saya sebelum kami berbicara agak lama juga.

Perbualan kami berkisar kepada apa yang pernah menimpa rakyat Islam Johor, daripada pertukaran hari cuti mingguan dari hari Jumaat ke hari Ahad angkara perbuatan (RAJA JOHOR) panggilan Sultan Johor kepada beliau. Nasib baik beliau, mauLana Mahyuddin tidak sempat menjual tanah perkuburan Mahmoddiah dan menjadikan hari GOOD-FRIDAY (hari Jumaat kaliwon gamaknya) hari cuti umum. Andai kata beliau dipilih untuk menjadi TPM bagaimanakah agaknya MALAYSIA DAN ISLAM akan beliau corakkan. Tetapi umum tahu bukan beliau kerana PM terpaksa mengikut kehendak SI TUA, Najib akan ditabalkan selepas hari raya nanti.

Setelah selesai babak mau,Lana kenalan saya terus berbicara berkenaan dengan enam buah sekolah SAR yang telah ditutup. Beliau merasa kecewa mengapa rakyat Islam Johor tidak bertindak sehingga tertegaknya kebenaran. Beliau juga turut hairan berhubung dengan apa yang masih dikaji oleh Murad berkaitan dengan SAR kerana sehingga kini belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Perbualan kami tidak berhenti di situ. Beliau terus mempersoalkan cara berfikir rakyat Johor yang tidak ambil peduli walau apa yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa. Isu kenaikan harga air umpamanya. Dalam tempoh dua tahun ini harga air sudah naik tiga kali. Rakyat tidak merasakan apa-apa, apabila BOS SAJ berkata yang harga air terpaksa dinaikkan adalah untuk mendisiplinkan pengguna agar menghargai AIR. Sebenarnya adalah untuk menampung kos kerana membekalkan air mentah percuma (apa tak percuma kalau harganya 3 sen per seribu liter padu) kepada rakyat Singapura.

Beliau mengakhiri bebelannya berkaitan dengan 13 orang budak-budak mentah, 6 dari Johor yang telah ditangkap mengikut Undang-undang rimba - ISA. Tidakkah itu kes naya. Kekesalan terbayang di raut wajah beliau bila berbicara berhubung dengan penangkapan tersebut.

Cerita beliau yang akhir adalah berhubung dengan Pemuda umNo Mersing yang telah memperalatkan ibu bapa di Mersing. Programnya adalah untuk meraikan murid-murid sekolah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Program tersebut diadakan di Dewan Sekolah Menengah Siapu (boleh pula umNo menggunakan Dewan sekolah). Tujuan sebenar adalah untuk mengadakan majlis rasmi meraikan YB Dr. Laatif yang baru dapat Datuk MELAKA (beli dengan harga seratus ribu). Beliau mengharap agar PAKAR BAKAR JAMBATAN SIASAT PERKARA INI. Tetamu jemputan yang diundang khas ialah Setiausaha Kementerian Pendidikan. Beliau ada menyebutkan yang kita semua sudah ISLAM jadi ISLAM yang bagaimana lagi yang hendak kita cari. Kalau tuan Setiausaha hendak tahu kami ingin mencari ISLAM YANG SHUMUL, LENGKAP SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DI-DALAM AL-QURAN DAN HADIS. Bukan ISLAM yang dicanangkan oleh Si Tua. Jangan jadi macam Kasim Ahmad tak percayakan hadis. Itulah sebabnya amalan sesetengah orang Islam menjadi songsang, kerana di dalam AL-QURAN mana ada disebut cara-cara solat. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil berlogokan lambang umNo tanpa tandatangan. Malangnya kenalan saya tidak membawa sijil (IJAZAH uMNO) bersama.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan dan mempelawa para pembaca sekelian menempatkan diri di saf (hanya satu) dengan menyertai kumpulan atau pun harakah yang mempunyai azam untuk mendaulatkan isi kandungan AL-QURAN, seperti mana yang dilaungkan oleh khatib-khatib pada tiap-tiap hari Jumaat agar para jemaah meningkatkan ketakwaan mereka dalam mendapatkan keredaan ALLAH.

Anak Jati Segamat 5.00 petang - 14.11.3002
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!