Surat Terbuka Untuk Jeslina
Oleh Ahem - Laman M@RHAEN

jeslina@grabix.net

Assalamualaikum,

Kehadapan yang dikasihi Saudari seIslam ku Jeslina semoga berada di dalam keadaan aman, iman dan hidayah Allah.

Marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah Taala kerana dapat bertemu dalam warkah ini, dan yang lebih besar, marilah kita memuji Allah kerana telah memberikan kepada kita nikmat yang amat besar kepada kita iaitu agama Islam sebagaimana yang telah diberitahu oleh Allah sendiri dalam Al-Quran yang ertinya

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu agamamu. (Surah Al Maidah, Ayat 3)”
Marilah kita berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah diutuskan oleh Allah SWT untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini sehingga kita sendiri dapat menikmati Islam yang dibawanya.

Oh ya, Ahem cuba untuk mencari alamat email Jes, yang jumpa hanyalah jeslina@grabix.net.  Ahem bersyukur jika alamat ini betul atau ada orang lain yang sampaikan warkah ini kepada Jes.

Jes apa khabar?  Diharapkan sihat hendaknya.  Ahem meminta maaf jika warkah ini mengganggu Jes.  Tujuan warkah ini adalah untuk Ahem memenuhi tanggungjawab Ahem sebagai saudara se Islam yang perlu untuk rasa kasih dan Sayang kepada semua saudara/Saudari seIslamnya kerana Allah dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Marilah kita berdoa agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di sisi Allah

Jeslina yang dikasihi,
Ahem bukanlah pandai sangat dalam hal-hal ugama ini, tetapi untuk memenuhi tuntutan Rasulullah: “Sampaikanlah walau satu ayat”.  Sebenarnya Ahem mengikuti perkembangan Jes dan Jawi.  Daripada kenyataan yang Jes buat, pada pendapat Ahem mungkin Jes tidak sedari dan tidak tahu akan isu ini dari perspektif Islam.  Di tambah lagi dengan persekitaran Jes yang juga tidak faham isu ini dari perspektif Islam dan di tenatkan lagi dengan berdiam dirinya atau berdolak daliknya ulamak-ulamak dari pihak berwajib kerana takut kepada tekanan politik.

Jeslina yang dikasihi,
Adakah Jes tahu tujuan hidup Jes di muka bumi ini?  Adakah untuk glamour?  Okay lah jika itu tujuannya maka apa yang Jes dapat dari glamour?  Orang puj betul tak?  Tetapi ada juga orang akan mengata Jes.  Ini merupakan lumrah kehidupan di dalam persekitaran Jes.  Mesti ada yang dengki.  Okay lah katakana Jes glamour giler…  semua orang puji.  Apa akan jadi bila Jes dah tua?  Glamour ini akan hilang.  Betul tak?  Ia tak akan kekal. Akhirnya tujuan hidup Jes tidak akan kesampaian bila Jes tua nanti.

Mungkin Jes akan mengatakan tujuan hidup Jes adalah harta yang banyak.  Okaylah, katakana Jes mempunya duit dan harta yang banyak.  Adakah Jes tahu rezki Jes adalah apa yang Jes makan dan pakai sahaja.  Bila Jes meninggalkan dunia ini, Jes hanya membawa kain kafan sahaja.  Harta yang lain akan dibahagi-bahagikan kepada orang yang hidup.  Akhirnya tujuan hidup Jes tidak akan kesampaian di akhir hidup Jes.

Sebenarnya tujuan hidup kita telah diberitahu oleh Allah maha kaya yang menciptakan kita.  Firman Allah yang mafhumnya:

Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.” Surah az-Zariyat: ayat 56-57
Inilah matlamat kehidupan kita, iaitu untuk beribadah/mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dan maha kaya.  Jes jangan salah faham.  Beribadah/mengabdikan diri di sini bukanlah bermaksud kita kena sentiasa sembahyang atau berzikir kepada Allah tanpa buat aktiviti harian yang lain.  Maksud Beribadah/mengabdikan diri kita adalah kita melakukan aktiviti harian kita bedasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Allah sahaja.  Bukan berdasarkan fikiran kita.  Kita kena nilai sesuatu itu baik jika Allah kata baik dan begitu juga kita kena nilai sesuatu itu tidak baik jika Allah kata tidak baik.  Di bawah ini adalah rujukan ringkas perkara yang baik dan yang tidak baik di sisi Islam.

1. Membuat perkara yang baik – Membuat perkara yang baik ini ada beberapa ketegori:

• Wajib – Iaitu perkara yang mesti kita buat, tak boleh tidak. Contohnya Sembahyang, puasa, zakat, haji, taat kepada kedua ibu bapa,  dan lain-lain lagi.
• Sunat – Iaitu perkara yang jika kita buat dapat pahala, dan jika tidak tak apa-apa.  Contohnya bersedekah, puasa sunat, berzikir samada secara kuat atau di dalam hati, membaca Al-Quran, menuntut ilmu, dan lain-lain
• Harus – Iaitu perkara yang jika kita buat atau tidak buat tak apa-apa.  Contohnya memasak, bersenam, membelibelah dan lain-lain.
• Halal – Iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh Islam.
2. Meninggalkan perkara yang tidak baik
• Haram – Iaitu perkara yang ditegah oleh Allah dan jika membuatnya akan dapat dosa seperti mencuri, membunuh, berzina, meminum arak, menipu, rasuah, memakan dadah, mendedahkan aurat dan lain-lain
• Makruh – Iaitu perkara yang Allah benci kita membuatnya tapi tak sampai berdosa.  Contohnya hisap rokok, makan benda-benda yang menyebabkan mulut kita berbau, dan lain-lain
Secara ringkasnya, untuk kita mentaati Allah, kita perlu melihat dari nilai Islam seperti di atas.  Jika kita buat sesuatu yang baik dengan niat mentaati Allah ini, maka Insyallah kita dikira beribadah/ mengabdikan diri kita kepada Allah.

Jeslina yang dikasihi,
Dalam isu pakaian, bila kita hendak menilai ia boleh di pakai atau tidak, maka kita kena ikut apa yang Allah tetapkan atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.  Allah berfirman yang ertinya:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Ahzab : 59

Begitu juga dengan pergaulan kita dengan orang yang berlainan jantina di sekeliling kita.  Allah berfirman yang mafhumnya:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. An-Nur – 30-31

Jeslina yang dikasihi,

Inilah perintah Allah yang menciptakan kita dan percayalah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu marilah kita sama-sama bertaubat dan memohon rahmat Allah kerana rahmat Allah adalah amat luas dan Insyallah kita masih belum terlambat untuk memohon ampun dan memohon rahmat dari Allah.  Firman Allah yang ertinya:

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,

supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ),
Al-Zumar(53 –57)

Percayalah Jes, jika mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, kita akan selamat di dunia dan akhirat, Insyallah.  Langkah pertama yang Jes perlu buat adalah untuk menambahkan Ilmu Islam dengan menghadiri kelas-kelas Agama yang dibuat di masjid-masjid atau di tempat-tempat lain.  Jika kita bersungguh hendak kembali kepada Islam, Insyallah Allah akan tolong.

Rasanya dah panjang Ahem menaip ni.  Rasanya sampai di sini dulu.  Oh ya, dengarnya Jes akan bernikah tidak lama lagi.  Ahem doakan agar berbahagia sehingga akhir hayat dan dapat membentuk rumah tangga bahagia dan di redhai Allah.

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan kita taufik dan hidayahNya dan seterusnya menjadikan kita orang yang diredhainya.

Wassalam

Saudara seIslammu,

Ahem
ahem0209@yahoo.com - 28.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: