Takut Kepada Tuhan / Kehancuran Budaya dan Bahasa Melayu
Takut Kepada Tuhan

Allahu Akbar Allahu Akbar!
Allahu akbar Allahu Akbar
(Allah Maha Besar Allah Maha Besar!
Allah Maha Besar Allah Maha Besar!)
 
Bergema azan di surau-surau dan masjid-masjid menandakan masuk waktu solat. Berdudyun-duyulah umat Islam memenuhi surau-surau dan masjid-masjid istimewa untuk solat Jumaat.
 
Mereka tidak kira umno atau pas, prm atau dap, mic atau mca, pbb atau supp. Semua berlumba-lumba memenuhi saf-saf di masjid.
 
Apabila azan bergema semua, umno atau pas, prm atau dap, mic atau mca, pbb atau supp asalkan beragama Islam turut menjawab azan yang dikumandangkan - Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!
 
Di kalangan mereka ini ramai yang tidak faham dan mengerti dengan kalimat ALLAHU AKBAR, ALLAH MAHA BESAR. Allah hanya Maha Besar di dalam surau dan Masjid!!! Keluar surau dan masjid ALLAH di mana?
 
Di kedai ekor. Di kelab disko. Di pusat karaoke. Di pusat dangdut. Orang yang sama yang memuji kebesaran Allah di surau-surau dan masjid-masjid adalah orang yang telah meluluskan lesen kedai, kelab dan pusat ini. Tidak kurang pula di antara mereka turut memiliki lesen-lesen mengusahakan kedai, kelab dan pusat ini.
 
Sehinga muncul slogan "Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah" di akhir surat-surat seperti yang pernah kita baca dan ditandatangani oleh orang yang tidak kurang turut membesarkan Allah di surau dan masjid.
 
Inilah hala tuju dan matlamat islam hadhari. Islam yang memisahkan kebesaran Allah dalam kehidupan seharian. Allah hanya besar di surau dan masjid.


Salah Siapa Kehancuran Budaya Dan Bahasa Bangsa Melayu?

Seronok baca celoteh pakngah.
Salah siapa kehancuran budaya dan bahasa melayu?
 
Pakngah tinggalkan (tidak pangkah) umnobn pada 1999.
Selama 40 tahun umnobn/umnoperikatan diberi kuasa.
Oleh orang-orang melayu termasuk pakngah.
Ertinya pakngah turut bersubahat dengan apa yang terjadi kepada budaya dan bahasa bangsa melayu. Pakngah memegang saham yang agak besar dan kini pakngah sedang menerima keuntungannya berupa dividen dan bonus tahunan dalam pelaburan budaya dan bahasa melayu. Syabas pakngah!
 
Pakngah hanya meninggalkan umnobn selepas trajedi anwar. Trajedi ini diciptarekalaksana oleh orang-orang yang pakngah pilih sebelum 1999. Penghijrahan pakngah pada 1999 diharap lebih dari sebab trajedi anwar kerana dibimbangi dihinggapi virus geng 12 yang diketuai roslan kassim. Mengenangi usia lanjut pakngah yang berpuashati dengan kehidupan kampung dan kejayaan anak-anak pakngah, pakngah tiada lagi kepentingan untuk diraih dari umnobn seperti yang masih ramai di luar sana. Inilah tipikal sifat orang melayu. Selagi tak kena batang hidung sendiri tidak perlu sibuk-sibuk.
 
Ok lah pakngah, terskanlah celoteh pakngah tu. Setidaknya ada hiburan nostalgia bagi kami di marhaen. Cuma jangan jadi macam songkok tinggi kapar, sebelum pru tulisannya boleh dikatakan muncul setiap hari. kini tiada lagi. Aah dia mungkin hanya ejen untuk menyeronokkan kita!

- Achussin - 16.05.2004 - (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN