Maulidur Rasul
Sallallahu'alamuhammad sallallahu'alaihiwasallam...

Selamat menyambut maulidurrasul

Kepada yang percaya Allah dan percaya Rasullullah
Islam adalah Islam
Sekular adalah sekular
Islam tolak sekular
Sekular tolak Islam!

Sayangkah pada Allah?
Sayangkah pada Rasullullah?
Sayang tapi tak nak Islam
Sayang tapi nak sekular
Islam tapi nak sekular...
Sekular tapi ngaku Islam...

Islam adalah Islam
Sekular adalah sekular
Islam tolak sekular
Sekular tolak Islam!
Mulut cakap hati tak tahu
Hati tak tahu mulut cakap
Mulut cakap hati tak mahu
Hati tak mahu mulut cakap
Degil telah me"maut"kan hati
Sehingga tidak faham
Islam adalah Islam
Sekular adalah sekular
Islam tolak sekular
Sekular tolak Islam

Dulu bangsa ini disuap dengan penerapan nilai-nilai Islam
Pengampu-pengampu berkokok melebarkan sebaran
Ulama tidak kurang berkokok menyokong
Algojo pembangsat bangsa cukup berperanan
Hampir dua dekad kemudian nilai ke mana Islam ke mana
Kini muncul pula Islam hadhari
Pengampu-pengampu berkokok melebarkan sebaran
Ulama tidak kurang berkokok menyokong
Algojo pembangsat bangsa cukup berperanan
Dua dekad lagi?

Nasib masa depan bangsa melayukan Pulau Pinang?
Setelah 47 tahun bangsa melayukan mendapat kemerdekaan.
Nasib bangsa melayukan selepas 47 tahun lagi?
Merempat di negara sendiri
Bangsa yang diperjuangkan dulu, kini dan selamanya
Tidak pernah bangun sejak merdeka
Hanya sekadar tersentak Mei 69
Sambung tidur, tidur lena dibuai mimpi janji pembangunan dulu, kini selamanya

Aah apa perlu difikirkan
Kini sudahpun di hujung usia
26 tahun beruniform tentera
Tembak menembak dengan pengganas di belantara
Ampangan Temenggor, lebuhraya timur barat dari tiada kepada ada
Aah nostalgia yang tidak dimengerti bangsa ini

30 peratus bumiputera
Manis disebut pahit dirasa
Tolonglah buat analisis
Bangsa ini bukan miskin profesor dan doktor
Sejarah Palestin bermula dengan tanah

Aduh!
Bangsa ini bukan tidak ada pembela,
Terkenal ke seantero dunia
Parti Islam terbesar di dunia
Pernah dipimpin wira dunia ketiga

Hanya kenangan menemani usia tua
Bukan dimengerti sesiapa
Akibat dilalikan oleh algojo pembangsat bangsa

"Kamu dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kamu mencari kemuliaan selain Islam maka Allah akan hinakan kamu!"

- Achussin - 09.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN