Angkara Kedegilan Sebahagian Orang Melayu
Amat malang bagi bangsa ini kerana degil dari mengambil iktibar dari pengalaman apatah lagi sejarah.

Kerana degillah bangsa ini mempersendakan agama Allah.
Kerana degillah bangsa ini menghina diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini merempat di tanah air sendiri.
Kerana degillah bangsa ini memperlekehkan diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini berangan-angan untuk jadi perkasa dan dihormati dengan memijak-mijak diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini tidak peduli kepada amaran maha pencipta yang dalam genggamannya berada bangsa ini.
Kerana degillah bangsa ini tidak mampu memikirkan kenapakah dari sebanyak nama Allah takdirkan nama negaranya malay "sia".

Amat malang. Sungguh malang.

Kerana degillah bangsa ini sedang menempah maut.
Kerana degillah bangsa ini tidak diberi Allah kesedaran untuk memilih pemimpin yang cintakan Allah dan rasulnya.
Kerana degillah bangsa ini bermegah-megah dengan kehebatan yang tidak langsung memberi faedah kepada diri sendiri.
Kerana degillah orang lain memiliki harta bangsa ini.

Kerana degillah.
Kerana degillah bangsa ini merancang sesuatu bukan demi diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini mengguna orang lain untuk menindas diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini seronok dengan korupsi.
Kerana degillah bangsa ini seronok dengan kroni.
Kerana degillah bangsa ini menyokong kezaliman dan bersama yang zalim.
Kerana degillah bangsa ini tidak kenal batu atau permata.
Kerana degillah bangsa ini memilih untuk menghancur diri sendiri.
Kerana degillah bangsa ini berpemimpinkan mereka yang penuh dengan kemaksiatan terhadap Allah.
Kerana degillah bangsa ini mengharapkan nasib mereka kepada pemimpin yang mengkhianati Allah dan RasulNya.
Kerana degillah bangsa ini akan menerima balasan dari Allah.

PLKN... Islam hadhari... Islam bertamadun?

Islam di zaman Nabi Muhammad saw dulu tidak bertamadun?
Islam yang menolak menutup aurat kepada wanita Islam dan bebas bersalaman di antara lelaki dan perempuan dengan alasan tidak ada nafsu, itulah agaknya islam hadhari.

Islam yang patuh kepada telunjuk Amerika proksi yahudi?
Lihatlah nasib umat Islam bangsa Arab yang dipimpin oleh pemimpin yang sangat patuh kepada Amerika akan nasib mereka? Kerana degillah.
Bangsa ini mengharapkan sesuatu yang baik dari sistem yang rosak, punah, bernanah!
Kerana degillah tali persahabatan lebih tinggi dari tali persaudaraan "sesungguhnya mukmin itu bersaudara".

Tunggulah bangsa ini.

Kedegilanmu akan mengulangi apa yang berlaku di selatan Thai...

Seronoklah dan berilah kepercayaanmu kepada pemimpin-pemimpin yang telah kamu pilih. Bagaimana agama mereka itulah agamamu.
Bagaimana pemimpin PLKN begitulah anak buah dan produknya!!!!!

- Achussin - 06.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN