Apakah Cara Untuk Tidak Mengiktiraf Kerajaan Dipilih Secara Penipuan?
Tuan Webmaster,

Saya berharap tuan dan penulis-penulis siber dapat memberi nasihat kepada rakyat yang tidak mahu mengiktiraf keputusan pilihan raya yang dinodai penipuan dan penyalahgunaan "demokrasi".

Kiranya kita tidak bersikap positif dalam penentangan kita terhadap perilaku mereka ini,mereka akan bersikap angkuh dan beranggapan rakyat Malaysia terlalu bodoh dan pengecut.

Mereka akan beranggapan rakyat menerima apa saja kezaliman mereka terhadap kita. Penulis-penulis yang mempunyai "kepakaran" dalam undang-undang serta selok-belok menafi pengiktirafan kerajaan yang diujudkan dengan penipuan mestilah memberi jalan untuk kita sama-sama bertindak sehingga satu pemilihan semula dibuat yang lebih adil dan saksama.

Biar melalui tindakan kita itu beratus ribu ditahan tetapi kita mesti sepakat menuntut demokrasi yang adil dan saksama untuk semua.

ABR - 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN