Jawapan Kepada Reformis PAS, Dr Aq, Haliza Talha
Oleh Major (B) Abdul Rashid bin Hassan Bakri (Wilayah Persekutuan) (Laman M@RHAEN)


Perbincangan berhubung satu kenyataan yang dipetik tanpa sumber yang sah, oleh penulis yang tidak dikenali siapa sebenarnya, tempat yang tepat di mana kenyataan itu dibuat telah bercambah tanpa arah tujuan dan matlamat. Mangsanya Ustaz Hassan Shukri.

Kenapakah keadaan seperti ini berlaku? Ianya adalah satu petunjuk yang jelas betapa kita tidak menggunakan akal tetapi menggunakan emosi di dalam membuat sesuatu tindakan. Secara spontan apabila berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa atau insiden sekurang kurangnya menjawab persoalan berikut:

1. Siapa yang terlibat, siapa yang melaporkannya
2. Bila berlakunya
3. Di mana berlakunya
4. Kenapa ianya berlaku
5. Bagaimana ianya berlaku

Apa yang berlaku ke atas peristiwa ini, banyak pihak ingin menjadi lubalang dan wirawan serta juga memberi kesempatan kepada pihak musuh menyemarakkan lagi api permusuhan kerana mereka amat arif tentang sikap cepat melatahnya di kalangan Barisan Alternatif yang di antara sebabnya ada niat nak jadi wirawan tetapi amat sedikit yang sanggup menjadi askar, laskar atau perajurit biasa.

Berbalik kepada persoalan kita, semua tulisan yang dibuat oleh Dr Aq, Haliza Talha dan penulis lain hanya bersandarkan kepada tulisan Reformis Pas yang siapa pun tidak tahu dari mana datangnya, siapa orangnya dan apakah motif penulisannya. Atas dasar apa yang menyebabkan penulis lain menggunakan tulisan Reformis PAS sebagai sandaran? Atas namanya Reformis PAS?

Kenyataan Dewan Ulama PAS amat jelas dan perlu diambil peringatan. Sebagai nasihat juga kepada semua pejuang keadilan dan pembebasan sejagat adalah menjadi tanggungjawab kita menentukan dengan jelas semua sumber maklumat bagi mengelakkan kenyataan kita yang terpesong mengikut telunjuk agenda yang disediakan oleh musuh kita. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk, kadang kalanya pelanduklah yang melupakan jerat.

Major (B) Abdul Rashid bin Hassan Basri- 16.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: