- SIRI 1
BUKTIKAN KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Perhimpunan 100,000 Rakyat
yang akan dijalankan di Kampung kelahiran DSAI akan membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Tanggal 14 Februari dilihat sebagai satu tarikh keramat setelah pemerintahan 100 hari dan juga hampirnya pilihan raya akan datang. Inilah pemerintahan yang mewarisi rejim Mahathir. Cakap Imam Dolah gegak-gempita terus berlakon lagak telus, rupanya tidak ke mana. Imam Dollah tak ubah dan sama sahaja Mahafiraun ke-2 yang dilahirkan.

Jika kes DSAI dan royalti minyak tidak dikembalikan sehinggakan pendakwaan ke atas Menteri kabinet tidak dikenakan. Apa bezanya Mahathir dan Pak Lah. Alih-alih corak yang berbeza tapi dasar kezaliman yang sama. Lebih tepat lagi Pak Lah cakap tak serupa bikin.

Buat semua rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan. Peluang untuk anda menyertai himpunan 100,000 bukannya datang selalu. Ianya memerlukan perancangan dan strategi yang jitu bagi menjayakannya. Rakyat harus sedar bahawa tinggal di bumi Malaysia yang diperintah oleh rejim yang tidak berhati perut haruslah bersatu hati.

Rakyat dituntut untuk mendapatkan kemudahan yang sesuai dengan pembangunan. Bukannya Hospital jutaan ringgit, bukan juga bangunan tinggi melangit, tapi untuk rakyat mendapatkan rawatan terpaksa merayu satu Malaysia. Bukannya gedung ilmu yang tinggi dan gah, namun kualiti dan kadar yuran yang munasabah.

Adakah dengan mempunyai rakyat berpelajaran akan menjadikan Negara rugi mempunyai rakyat yang celik daripada segi kemajuan pendidikan dan seterusnya memajukan Negara akan menguntungkan pemerintah. Tapi malangnya,  kesemua pusat pendidikan tinggi dipunyai oleh sekelompok penghisap darah yang menggadaikan ilmu kepada rakyat sendiri. Ilmu adalah untuk perdagangan bagi rakyat sendiri.

Bagaimana pula sistem kehakiman? Mahkamah kangaroo yang dipanggil dengan 'Palace of Justice' bolehlah dipanggil 'Palace of Kangaroo’ bersesuaian dengan peranannya menjaga buntut pemerintah. Mahkamah adalah lambang bagi pemerintah yang penakut kepada rakyat.

Justeru itulah, rakyat perlu berani bagi menghadapi dan menyatakan pendirian bahawa uruslah Negara dengan bijaksana, agar Negara tidak menjadi porak peranda. Rakyat merana kerana tidak ada pemerintah yang bijaksana. Rakyat harus turun ke Bukit Mertajam dan ke Cherok To kun bagi menyatakan dengan tegas bahawa jangan lagi ada pemerintah yang boleh memperbodohkan rakyat. Rakyat bukan hamba kepada pemerintah. Kita rakyat merdeka. Kita anak Malaysia generasi Merdeka. Kita perlu bangga jika Negara kita berjalan lancar tanpa adanya landasan yang sering menyimpangkan haluan sebenar kepada pemerintahan bercelaru. UMNO sudah tidak segagah dahulu. UMNO telah di tolak oleh bangsa Melayu.

Ayuh!!! Rakyat yang berhati batu, kita bukannya untuk mengharu-birukan Negara. Tuntutan dan perhimpunan kita adalah perhimpunan keamanan. 100,000 adalah angka yang amat digeruni UMNO.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 03.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN